Inilah Keajaiban Super Blue Blood Moon Di Seluruh Dunia…

Share

Semalam, 31 Januari 2018 beberapa buah dunia dapat menyaksikan  gerhana bulan penuh iaitu  Super Blue Blood Moon  di mana matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garis. Saat itu, bulan berada pada jarak terdekat dengan bumi.

Fenomena yang berlaku secara serentak iaitu Supermoon, Bluemoon dan Bloodmoon yang membentuk Super Blue Blood Moon kali  terakhir dapat disaksikan pada 31 Mac 1866 sekitar 152 tahun dahulu.

Ramai yang hadir ke Planaterium Negara sejak petang namun hujan menghalang penglihatan kelompok awan menutupi bulan.

Bagaimanapun, Planetarium Negara tidak menghampakan pelawat apabila menyiarkan siaran secara langsung fenomena itu dari Balai Pencerapan Griffith, Nasa selama kira-kira 30 minit selain menyiarkan penampakan gerhana itu dari Balai Cerap Kebangsaan Langkawi untuk orang ramai melihat fenomena tersebut.

Bagaimanapun fenomena Super Blue Blood Moon ini dapat disaksikan di seluruh dunia malah ramai yang menyuarakan rasa kagum melihat keagungan dan kebesaran Allah taala ini.

Tidak kira jurugambar mahupun individu  turut merakam fenomena jarang terjadi ini dan upload ke fb masing-masing dari seluruh dunia. Saksikan gambar-gambar Super Blue Blood Moon yang dirakam dari seluruh dunia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Fenomena ini dirakam pada jam 6 pagi tadi…

Ini lagi gambar-gambar menarik sempat dirakam..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros