Korang terfikir, siapakah genius di sebalik jenama Tupperware?
Baca perkongsian menarik oleh John Mohamed yang telah dimuat naik di Facebook-nya.
Tupperware, siapa tak kenal dengan jenama yang boleh menyebabkan seseorang kena marah teruk kalau tertinggal atau hilang. Tupperware merupakan sebuah syarikat yang berasal dari negara Amerika.
Ia sebenarnya dicipta oleh seorang lelaki bernama Earl Tupper. Pada tahun 1938 di Leomister Massachusetts, Earl bekerja di sebuah syarikat plastik dan dari situ, dia membeli mesin acuan plastik dan terciptanya Tupperware.
Setiap bekas Tupperware memiliki penutup kedap udara untuk memastikan makanan didamnya kekal segar.
Penutup ni dikenali sebagai ‘Burp seal’ disebabkan bunyi yang dihasilkan seakan sendawa.
Tapi pengguna ketika itu tak faham cara nak gunakan produk ni.
Jadi seorang wanita bernama Brownie Wise telah bertemu dengan Tupper dan memberi cadangan yang kreatif untuk mengadakan Parti Tupperware. Ia bertukuan untuk menerangkan kepada bakal pengguna bagaimana cara menggunakan produk ini.
Bermulalah parti Tupperware pertama pada tahun 1949 di Detroit, Amerika. Dengan adanya parti tersebut, produk Tupperware telah diterima ramai oleh pengguna dan dijual secara eksklusif pada parti tersebut.
Parti tersebut dibuat dalam komuniti perumahan, pejabat atau tempat kerja untuk menjual produk jenama Tupperware.
Tupper terpegun dengan parti anjuran Brown tadi dan telah mengambil keputusan untuk menjadikan Brown sebagai Timbalan Pengarah syarikat Tupperware.
Bekas makanan kedap udara ini juga merupakan pengeluar bekas makanan yang pertama meletakkan huruf Braille pada bahagian bawah produk mereka
Hebat kan, it all started from a party!
Buku Guinness world record meletakkan Tupperware sebagai antara inovasi terbaik pada abad ke 20.
Sehingga kini jenama Tupperware terkenal dengan kualiti yang dihasilkan. Korang mesti ada banyak di rumah, right.