Inilah Syurganya! Anak Istimewa Ini Baring Di Kubur Ayah Setiap Jumaat, Sebak Tengok

Share

Tiada apa yang lebih menyedihkan apabila kehilangan orang yang disayangi. Tiada kata dapat digambarkan apabila diuji dengan ujian maha berat itu.

Perkongsian seorang sukarelawan yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan membantu anak yatim, orang miskin dan sebagainya pastinya mengundang sebak di hati kita.

Melihat kepada reaksi anak muda ini yang berbaring di kubur ayahnya setiap minggu, memegang batu nisan seolah-olah sedang memegang tangan ayah yang pernah membesarkannya sejak 20 tahun lalu pastinya mengundang sebak di hati.

Ikuti perkongsian di fb Natipah Abu mengenai anak istimewa dikenali sebagai Abang atau nama sebenarnya Muhammad Nazren Firdaus yang saban minggu akan ke kubur ayahnya bagi melepas rindu.

RINDU SEORANG ANAK SYURGA ….

Betul kata orang … sakitnya merindu kepada yang telah tiada. Tak ada satu ayat pun mampu menggambarkan tentang betapa dalam dan betapa sakitnya rindu itu …

Luluh hati menatap gambar anakanda Muhammad Nazren Firdaus atau mesra dipanggil Abang … seorang anak autisme yang telah kehilangan arwah Abah tersayang April lalu.

Kak Pah kenal Abang sejak Abang masih kecil. Abang anak kenalan rapat Kak Pah. Sangat rapat sekali …

Sungguh pun Abang tak pandai membilang hari .. tetapi bila tiba hari Jumaat … Abang seakan tahu, Abang akan jumpa Abah.

Tidak kira apa pun alasannya .. setiap Jumaat .. Abang mesti akan jumpa Abah.

Bila sampai di pusara Abah, Abang akan pegang nisan Abah seolah Abang sedang pegang tangan Abah.

Abang akan cakap dengan Abah .. seolah Abang sedang bercakap dengan Abah ketika hayat.

Abang akan baring di sisi pusara Abah seolah-olah Abang sedang baring di sebelah Abah sejak lebih 20 tahun lalu. Abang buat seolah-olah Abah ada di depan mata …

Kak Pah dan semua ahli keluarga sedia maklum … arwah terlalu sayangkan Abang. Arwah bimbang sekali tentang masa depan Abang tanpa arwah kelak.

Allah itu sebaik perancang .. merancang segalanya dengan rahmat dan rahmah. Setelah arwah pergi .. Alhamdulillah , Abang baik-baik saja.

Cuma rindu Abang pada Abah yang selalu mandikan Abang, gosokkan gigi Abang, pakaikan Abang baju, suapkan Abang makan, main dengan Abang dan bawa Abang ronda-ronda dengan motor … hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

Doakanlah Abang ya …

Published by
Almaswa Haji Che Ros