It is like the end for beauty world apabila innisfree Malaysia mengumumkan mereka bakal menamatkan salah satu produk paling terkenal milik mereka bermula Mac ini.
Tiada angin, tiada ribut, KESEMUA Green Tea line keluaran innisfree tidak lagi akan dijual di stor innisfree Malaysia secara berkala bermula 31 Mac 2018. Ini termasuklah produk Green Tea Serum mereka. Ia dianggap sebagai berita yang cukup mengejutkan kerana semua orang tahu,Green Tea Serum adalah produk Best Seller
innisfree setelah sekian lama dipasarkan.
Malah pada bulan Disember tahun lalu, innisfree Malaysia melalui Amore Pacific telahpun menerima pengesahan sijil Halal setelah melakukan pelbagai uji kaji dan percubaan bagi mendapatkan kelulusan tersebut.
Sebagai jenama pertama daripada grup Amore Pacific yang mendapat kelulusan itu, semua peminat produk kecantikan tidak lagi perlu ragu-ragu untuk memilih koleksi Green Tea line mereka. Mungkin itu juga adalah salah satu faktor ia begitu popular di kalangan pembeli pada tahun ini.
Namun menurut innisfree Malaysia dalam kenyataan rasmi hari ini, mereka ingin memperkenalkan lebih banyak produk baharu yang sama kualitinya dan sama keberkesanannya seperti Green Tea Line.
Tak sabar juga untuk menantikan produk baru daripada innisfree Malaysia. But for now, lebih baik korang borong koleksi Green Tea Line mereka sebanyak mungkin jika ia adalah produk kecantikan favourite korang selama ini.