
Beberapa hari yang lalu, REMAJA ada melaporkan tentang keputusan innisfree Malaysia untuk menamatkan pengeluaran koleksi Green Tea Line mereka termasuklah serum wajah No 1 jenama tersebut.
Dan daripada comment yang diterima oleh REMAJA di Facebook, rata-rata netizen merasa sedih dengan berita tersebut.
Well guys, I guess we have all been pranked !
Dalam kenyataan yang dihantar oleh wakil mereka, innisfree Malaysia tidaklah akan serta-merta menamatkan penjualan koleksi tersebut. Akan tetapi, mereka akan memperkenalkan koleksi green tea terbaru yang dikatakan lebih berkesan dan baik untuk kulit wajah.
Dikenali sebagai koleksi Beauty Green Tea, ia diperkenalkan selepas syarikat tersebut melakukan penyelidikan khusus terhadap 2,401 jenis daun teh hijau. Hasilnya, mereka menemui spesis daun teh hijau terbaik yang boleh digunakan untuk memelihara kondisi kulit wajah.
Di dalam koleksi produk baru green tea ini, ia termasuklah Green Tea Seed Serum & Line yang diminati ramai itu.
Penulis dapat menjangkakan peminat produk kecantikan berasaskan teh hijau akan menyukai upgrade yang ditawarkan oleh innisfree Malaysia.
Walaupun mereka tiada niat untuk ‘menipu’ pelanggan (dan penulis!) dengan kenyataan sebelum ini, mereka berharap prank ‘biashe-biashe’ sempena April Fool ini akan membuatkan pelanggan innisfree teruja dengan pengenalan produk baru tersebut.
Ish jahat tau! Kenalah bagi kami produk free innisfree, hehe..
Gadis Kacukan Pertama Menang Gelaran Miss Thailand, Manita Farmer Pecah Rekod 88 Tahun Pertandingan

Miss Thailand atau Nag Sao Thai merupakan pertandingan ratu cantik tertua yang diadakan di negara gajah putih itu. Bermula pada tahun 1934 pertandingan ini telah melahirkan dua pemenang Miss Universe pada tahun 1964 dan 1988 menerusi Apasra Hongsakula dan Porntip Nakhirunkhanok serta seorang Miss International pada tahun 2019 menerusi Sireethorn Leearamwhat.
Semalam telah berlangsungnya acara Miss Thailand 2022 yang mana menyaksikan gadis kacukan Thai-Amerika Syarikat, Manita Duangkham Farmer diangkat sebagai juara. Fakta menarik di sebalik kemenangan si cantik tinggi lampai berusia 25 tahun ini, menurut sumber dia merupakan gadis kacukan pertama yang berjaya dinobatkan sebagai Miss Thailand.

Mengalahkan 23 peserta lain untuk bergelar juara, Manita yang dilahirkan dan dibesarkan di Phuket merupakan seorang graduan jurusan Seni Komunikasi dari Universiti Bangkok.
Semasa pusingan top 5, Manita ditanya soalan, “Setiap tiga bulan semasa perintah berkurung, 15 juta wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga, menurut Wanita PBB. Jika anda menjadi Miss Thailand, bagaimana anda akan membantu menyelesaikan masalah ini?”

Dia menjawab, “Keganasan rumah tangga datang daripada fakta bahawa wanita telah diajar untuk menjadi pasif dan lemah, yang pada hakikatnya adalah tidak benar. Wanita perlu menjadi berani untuk berlalu dan membantu diri mereka sendiri, cukup berani untuk mengatakan bahawa saya tidak akan bertolak ansur dengan ini lagi, dan cukup berani untuk menjadi kuat dalam masyarakat ini.”
Jawapannya itu membolehkan dia mara ke pusingan seterusnya yang mana dari lima hanya tiga sahaja yang berpeluang untuk bergelar Miss Thailand. Untuk pusingan ini ketiga-tiga finalis ditanya soalan yang sama berkaitan penggunaan media sosial untuk menghasilkan kandungan menarik sebagai Miss Thailand.
BACA JUGA: Miss Universe Thailand 2021 Perjuangkan Keyakinan Wanita Tanpa Mengira Saiz Badan

Jawapan yang memberikan kemenangan kepada Manita berbunyi, “Saya akan menyampaikan tarikan pelancong dan produk tempatan di media sosial, bukan sahaja melalui strim langsung, tetapi saya juga akan berkongsinya sebagai hantaran.
“Apabila saya melawat wilayah Amnat Charoen, saya melakukan strim secara langsung menjual produk tempatan selama satu jam yang mana kami memperoleh 20,000 baht. Oleh itu, selama setahun sebagai Miss Thailand, saya akan membantu meningkatkan ekonomi Thailand sebagai duta baru untuk pelancongan dan juga kebudayaan.”

Manita yang cantik menggayakan gaun rona hijau untuk majlis pemahkotaannya itu telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai 800’000 bath atau bersamaan RM101,408.81.
Untuk pengetahuan pembaca, pertandingan Miss Thailand adalah berbeza dari pertandingan Miss Universe Thailand dan juga Miss Thailand World yang juga acara ratu cantik popular di negara itu. Sejarahnya, sebelum ini Miss Thailand merupakan organisasi yang memegang lesen Miss Universe di negara itu dan pemenang utamanya dihantar ke pertandingan tersebut.

Namun begitu Miss Thailand telah melepaskan lesen Miss Universe. Miss Thailand terakhir yang dihantar ke pertandingan Miss Universe ialah Apisamai Srirangsan yang merupakan Miss Thailand 1999. Bermula tahun 2000 sehingga kini lesen Miss Universe Thailand telah dipegang oleh organisasi yang berbeza.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Miss Universe Thailand Drama! Guru Tidak Layak Masuk, Diganti Peserta Kegemaran Ramai

Pemilihan 30 finalis pertandingan ratu cantik Miss Universe Thailand (MUT) yang berlangsung hujung minggu lalu bertukar dramatik setelah berlakunya pertukaran peserta.
Terdahulu, organisasi MUT telahpun melangsungkan pusingan uji bakat melibatkan 45 peserta. Menerusinya, mereka hanya memilih 30 peserta untuk dijadikan sebagai finalis akhir. Pusingan tersebut memerlukan setiap peserta memberikan pandangan bernas mereka terhadap satu kata kunci yang dipilih secara rawak.
Di bahagian panel jurinya pula, ia terdiri daripada kelompok profesional serta empat bekas juara MUT termasuklah Anchilee Scott-Kemmis (MUT 2021), Amanda Obdam (MUT 2020), Maria Poonlertlarp (MUT 2017) dan Chalita Suansane (MUT 2016).
Lalu, 30 finalis yang dipilih bagi edisi MUT 2022 ini diyakini bijak, mempunyai skil komunikasi yang baik dan mampu ‘beraksi’ di bawah tekanan.
Begitupun, peminat dunia ratu cantik dikejutkan dengan ketiadaan salah seorang peserta kegemaran mereka yang gagal meloloskan diri ke kelompok Top 30. Peserta dimaksudkan ialah ‘First’ Patraporn Wang yang merupakan juara Miss Intercontinental 2014 dan pernah melayakkan diri sebagai finalis Top 5 Miss Universe Thailand 2019.




Biarpun kegagalan Patraporn menyertai kelompok Top 30 ini mencetuskan perdebatan, jelas gadis berketinggian 180cm ini agak cemas semasa berdepan pusingan uji bakat yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube MUT itu.
Menurut penonton dari Thailand lagi, Patraporn turut melakukan kesilapan mendedahkan namanya sewaktu berada di belakang tirai; peraturan yang diberikan organisasi adalah untuk menjawab tanpa mendedahkan identiti diri agar juri boleh menilai kecerdasan pemikiran peserta dan mengenepikan rupa fizikal terlebih dahulu.
Patraporn menerusi akaun Instagram-nya meluahkan kesedihan dek kerana impiannya yang berkecai di peringkat awal. Namun, dia segera menerima nasibnya ini malah kelihatan telah ‘move on’ dengan melibatkan diri dalam sebuah projek berasaskan kecantikan.

Tidak sampai sehari keputusan Top 30 diumumkan, MUT kembali dengan kejutan dan mengumumkan peserta bernombor MUT06 yang dikenali sebagai Kanokwan Chusuk terpaksa disingkirkan disebabkan statusnya sebagai seorang guru. Sebagai info, Thailand menerapkan satu peraturan sejak tahun 1961 di mana seorang guru tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik.

Justeru lewat malam tadi, Patroporn diumumkan sebagai peserta MUT31 dan diserap masuk untuk mengenapkan jumlah finalis menjadi 30 orang.
ARTIKEL BERKAITAN : Baru Berusia 18 Tahun, Pelajar Jurusan Pemasaran Dinobat Miss World Puerto Rico 2022 – REMAJA
Tinjauan REMAJA pada bahagian komen dan halaman pencinta dunia ratu cantik mendapati tidak semua orang bersetuju dengan penyerapan semula ini.
Mereka mempersoalkan mengapa identiti Kanokwan Chusuk tidak dikenal pasti terlebih dahulu sebelum sesi uji bakat. Malah, ada juga inginkan kepastian sama ada Patraporn Wang benar-benar menduduki tangga peserta ke-31 terbaik ataupun ini sekadar stun publisti semata. DRAMA!
Biarpun begitu, masih ramai menyokong penyerapan Patraporn ini kerana beranggapan gadis tersebut mampu mengubah landskap dunia ratu cantik di Thailand.
Berbekalkan pengalaman, skil persembahan di atas pentas dan kecantikan yang dimilikinya, tidak dinafikan Patraporn kini membayangi kehadiran 29 finalis MUT 2022 yang lain dan tidak mustahil juga untuknya menebus kekecewaan awal ini dengan memenangi gelaran Miss Universe Thailand 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Banggalah Dengan Badan Sendiri, Artis Ini Bayangkan Disney Princesses Bertubuh Normal

Isi Kandungan
Toggle
Sejak kecil lagi, kita sudah dihidangkan dengan imej cantik dan sempurna si Disney Princess..
Cinderella, Snow White, Red Riding Hood dan ramai lagi puteri Disney ditonjolkan sebagai perempuan yang ramping, berdagu runcing dan tubuhnya bersaiz tidak masuk akal jika dibandingkan dengan realiti sebenar tubuh manusia.
Disney pernah mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan lagi latar belakang, warna kulit dan bentuk tubuh badan karakter utama di dalam filem keluaran mereka. Antaranya ialah Merida dari filem Brave dan Moana yang bertubuh normal seperti kanak-kanak perempuan biasa.
Namun selain daripada itu, tak banyak imej lain yang sebegitu rupanya.

Oleh sebab itu, seorang artis ilustrator melalui akaun Instagram-nya, Neoqlassical Art Official telah mempamerkan karya lukisan grafiknya yang meraikan perempuan bertubuh normal.
Ini termasuklah koleksi puteri-puteri Disney yang diolah. To be honest, they look just as beautiful as the original version!
Cuba lihat 12Puteri Disney pilihan kami, mana satu yang paling korang gemari?
01
Ariel dari Little Mermaid
02
Merida dari Brave
03
Alice dari Alice In Wonderland
04
Snow White
05
Mulan
06
Moana
07
Anna & Elsa dari Frozen
08
Rapunzel dari Tangled
09
Jane dari Tarzan
10
Cinderella
11
Jasmine dari Aladdin
12
Aurora dari Sleeping Beauty
Cantikkan! Kita semua patut berbangga dengan tubuh badan sendiri.
#GirlPower