innisfree ‘Bergurau’ Henti Keluaran Serum Green Tea

Share

Beberapa hari yang lalu, REMAJA ada melaporkan tentang keputusan innisfree Malaysia untuk menamatkan pengeluaran koleksi Green Tea Line mereka termasuklah serum wajah No 1 jenama tersebut.

Dan daripada comment yang diterima oleh REMAJA di Facebook, rata-rata netizen merasa sedih dengan berita tersebut.

Well guys, I guess we have all been pranked !

Dalam kenyataan yang dihantar oleh wakil mereka, innisfree Malaysia tidaklah akan serta-merta menamatkan penjualan koleksi tersebut. Akan tetapi, mereka akan memperkenalkan koleksi green tea terbaru yang dikatakan lebih berkesan dan baik untuk kulit wajah.

Dikenali sebagai koleksi Beauty Green Tea, ia diperkenalkan selepas syarikat tersebut melakukan penyelidikan khusus terhadap 2,401 jenis daun teh hijau. Hasilnya, mereka menemui spesis daun teh hijau terbaik yang boleh digunakan untuk memelihara kondisi kulit wajah.

Di dalam koleksi produk baru green tea ini, ia termasuklah Green Tea Seed Serum & Line yang diminati ramai itu.

Penulis dapat menjangkakan peminat produk kecantikan berasaskan teh hijau akan menyukai upgrade yang ditawarkan oleh innisfree Malaysia.

Walaupun mereka tiada niat untuk ‘menipu’ pelanggan (dan penulis!) dengan kenyataan sebelum ini, mereka berharap prank ‘biashe-biashe’ sempena April Fool ini akan membuatkan pelanggan innisfree teruja dengan pengenalan produk baru tersebut.

Ish jahat tau! Kenalah bagi kami produk free innisfree, hehe..

Published by
FZ