Ini bukan kali pertama kes yang kedaifan melibatkan pelajar pedalaman terutamanya di kawasan kepulauan Borneo sama ada Sabah atau Sarawak.
ARTIKEL BERKAITAN : Gara-Gara Nak Akses Internet, Pelajar Patah Kaki Jambatan Gantung Runtuh
Terbaru, viral di platform media sosial menunjukkan momen cemas di mana jeti yang digunakan oleh para pelajar dan guru roboh.
Berdasarkan video yang dikongsikan oleh @jonjonahah di laman sosial Twitter , mangsa yang terlibat jelas menunjukkan para pelajar sekolah yang lengkap dengan uniform panik dan para guru berserta penduduk yang berada berdekatan dengan insiden cuba menyelamatkan mereka yang jatuh dari bot dan jeti. Kejadian dikatakan berlaku di Pulau Bababag, Sabah.
Dpt dri group ws. Siannya budak-budak sekolah 😭. Semoga semuanya selamat dan baik-baik jer. Semoga Allah balas jihad dorang dgn masa depan yg baik 😢. pic.twitter.com/HftTe4aAwL
— Jonathan (@jonjonahah) January 30, 2023
Rata-rata netizen juga menyeru pihak kerajaan atau mereka yang bertanggunjawab menyelesaikan isu perihal fasiliti dan infrastruktur yang tidak berkesudahan ini sebelum ada nyawa yang melayang.
Moga nasib pelajar-pelajar pedalaman lebih terbela dan isu keselamatan sebegini tidak berulang lagi di negara kita ini.
BACA : Cikgu Sanggup Redah Hujan Hantar Kertas Latihan, Risau Pelajar SPM Tak Belajar Time PKPB
Sumber : Twitter @jonjonahah
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.