
Bukan mudah untuk menjadi pendatang baru dan mencari tapak menyertai industri seni hiburan.
Segala gerak-geri korang akan diperhatikan setelah bertukar status sebagai figura publik dan itulah yang dihadapi oleh Farzana Zainul Abidin yang mesra dengan panggilan Zaza.
Zaza yang berasal dari Johor berhadapan dengan insiden terjatuh di atas pentas catwalk semalam semasa sesi pengumuman Top 12 finalis Dewi Remaja 2019.
Walaupun terjatuh sebanyak 3 kali, penonton yang mengikuti siaran langsung di Instagram dan Facebook Majalah Remaja semalam terus memberikan sokongan kepadanya malah bertanyakan keadaan lutut yang diakuinya sedikit lebam.
Insiden itu turut mendapat perhatian Dewi Remaja 2009/10 iaitu Noor Neelofa. Menerusi akaun Twitter-nya, Lofa berpendapat insiden yang tidak diingini di khalayak ramai seperti ini adalah sebahagian daripada asam-garam industri hiburan.
“Sekiranya (Zaza) memilih untuk terus berada dalam industri seni hiburan, kehidupannya selepas Dewi Remaja adalah seperti ini (mendapat liputan ramai pihak).
“Namun, jika dia terus bijak mengelolakan situasi seperti ini dengan penuh tertib dan keyakinan diri, dia akan berjaya kelak. All the best!” ujar pengasas jenama Naelofar Hijab itu.
Life after Dewi Remaja (if she chooses to be in the industry) will be like this but if she continues to handle the situation with grace and full confidence like how she did here, she’ll do great! All the best ♥️ https://t.co/RZeaL1MQfi
— Neelofa (@Neelofa) October 16, 2019
ARTIKEL BERKAITAN: “Enjoy Momen Di Dewi Remaja” Jatuh 3 Kali, Farzana Tetap Bangun & Terus Senyum
*
Insiden yang tidak dirancang oleh mana-mana pihak itu sedikit sebanyak memberikan pengajaran kepada remaja di luar sana untuk terus yakin dan bangkit semula meski berdepan dengan halangan.
Tak semua perkara yang berlaku kepada kita indah belaka. Tetapi cara kita bangkit semula adalah lebih penting daripada pendapat orang di sekeliling.
Love you Zaza!
‘Fall Seven Times, Stand Up 8’, Selebriti Beri Kata Semangat Buat Haneesya Hanee

Situasi yang menimpa Haneesya Hanee mendapat perhatian bukan saja netizen, malah selebriti terkenal tanah air.
Dalam pada dia ditimpa musibah, masih ramai yang memberikan kata-kata semangat buat anak muda ini.
Antara yang turut bersimpati dan memberi semangat kepada Haneesya adalah Janna Nick dan Fasha Sandha. Kata-kata positif itu dimuat turun dalam laman Instagram mereka.
Pak Nil juga turut memberi kata semangat dan sepertinya beliau turut memahami situasi yang terjadi kepada anak gadis ini.
Walaupun tidak menyebut nama Haneesya, tetapi Sharifah Amani juga dilihat tidak menyokong dengan tindakan masyarakat yang mengecam secara melampau di media sosial.
Miss Supranational Malaysia 2018 iaitu Sanjna Suri juga tampil memberikan sokongan positif kepada Haneesya. Dalam siri klip Instagram Story, dia berkata ramai yang sudah bertanyakan pendapatnya mengenai insiden ini memandangkan Sanjna sendiri perlu mengalami situasi gelaran ditarik balik, sebelum ini.
“Jika sudah dinyatakan dalam kontrak untuk menjaga tingkah laku, secara teknikalnya ia memang melanggari peraturan. Sebagai peserta, kita perlu lebih sensitif terhadap pandangan masyarakat lebih-lebih lagi dirinya yang dipandang sebagai personaliti contoh kepada para remaja berbangsa Melayu.
“I’m sure she regrets it. Mereka hanyalah remaja yang kurang matang pada waktu itu. Jika dia boleh kembali menjadikan situasi ini kepada sesuatu yang lebih positif, that is great. Saya sendiri yang pernah ditarik balik gelaran dan ia menjadikan saya lebih kuat. Please continue to reach after your dreams,” tambahnya lagi.
***
Selain itu, Haneesya juga turut mendapat sokongan daripada masyarakat di luar sana. Tidak hanya menerima kecaman, sebenarnya masih ramai yang menyokong dan sayangkan bakat yang ada pada gadis hitam manis ini.
Dear Haneesya, keep strong girl. Jadikan ini satu ‘sebab’ untuk Hanee lebih bersemangat mengejar cita-cita dan lebih berjaya pada masa akan datang.
9 Idea Gaun Nikah Yang Pernah Disarung Oleh Finalis Dewi Remaja

Isi Kandungan
Toggle
Biasalah, selebriti kalau pakai apa pun cantik. Tapi kalau Dewi Remaja, cantik dia macam ekstra sedikit.
Bermula dari era 90-an lagi, setiap kali bekas finalis pencarian Dewi Remaja mengambil keputusan untuk mengikat tali pernikahan bersama lelaki pilihan mereka, pasti kelompok media dan netizen amnya tak sabar untuk melihat foto pernikahan mereka.
Bukan saja tertanya-tanya siapakah lelaki bertuah itu, netizen juga hendak melihat rekaan gaun pernikahan yang dipilih oleh Dewi ini. Ada di antara gaun ini yang khas direka bersama oleh Dewi dan pereka fesyen tersohor.
Jom tengok idea yang mungkin korang boleh gunakan untuk hari pernikahan korang kelak.
01
Scha Alyahya
Scha Alyahya, pemenang Pencarian Dewi Remaja 2005/2006 akhirnya disatukan dengan Awal Ashaari pada tahun 2012 dengan memakai kurung moden Syaiful Baharim. Sumpah cantik sangat dan penulis juga merasakan ia amat bersesuaian dengan Scha yang ringkas tetapi fashionable.
Sehingga kini, masih ramai yang bercakap mengenai baju nikah ini dan baju perkahwinan songket Scha berwarna hijau zamrud tu. Walaupun 6 tahun telah berlalu tetapi impaknya masih bertahan!
02
Anzalna Nasir
Siapa boleh lupakan gaun perkahwinan Anzalna Nasir rekaan Cosry yang masih terbayang-bayang dalam ingatan penulis?
Tetapi kali ini, kita nak bercakap tentang baju nikahnya terlebih dahulu. Direka oleh Rizalman Ibrahim, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa finalis Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 ini memang cantik sangat pada malam itu. Walaupun ada yang sedikit ‘terkejut’ dengan elemen ruffles pada dada, tetapi Anzalna mampu menggayakannya.
Kata orang, she wore the dress, not the other way around.
Anzalna juga merupakan antara selebriti yang selesa memakai semula baju nikahnya! Muat okay, walaupun selepas setahun berkahwin.
03
Mawar Rashid
Mawar juga merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja yang inginkan rekaan Putra Aziz dari Cosry untuk majlis nikahnya. Kelihatan berbeza daripada gaun nikah konvensional, Mawar memilih kebaya Jawa untuk disalaskan dengan tema pernikahan ini.
Katanya, “Masa Mawar fitting baju ini, mengalir air mata sebab cantik sangat. Sampaikan salah seorang staf di Cosry pun cakap dia terkejut dengan rekaan Abang Put ni.”
04
Izara Aishah
Majlis pernikahan pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 iaitu Izara Aishah dan Adib Khalid sememangnya menjadi topik perbualan hangat netizen pada akhir tahun lalu.
Bukan saja kerana Izara berstatuskan selebriti tetapi juga kerana semua orang ternanti-nantikan baju rekaan Rizalman Ibrahim yang akan disarung olehnya. Hasilnya, nyata tidak mengecewakan! Rizalman sendiri pernah berkongsi bahawa sebaik saja majlis merisik Izara dan Adib selesai, pelakon itu terus menghubunginya dan meminta Rizalman menyiapkan baju pernikahan.
Antara bahagian baju kurung moden Izara yang diperkatakan adalah kerudung dempak yang dipakainya di atas sanggul kepala, bahagian leher ‘bottleneck’ yang diakui ramai sukar untuk dibentuk dan bahagian lengan baju yang dipenuhi perincian ala ‘petals’.
Kata Izara, “Che tak mahu kahwin kalau abang Rizalman tak nak buat wedding Che!”. Sememangnya, baju yang dilabel Sopan Couture / Future Classic oleh Rizalman ini merupakan antara baju nikah paling dinantikan pada tahun lalu.
05
Syamim Farid
Hanya lima bulan selepas majlis resepsi, pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 iaitu Syamim Farid sah diijab kabulkan kepada YM Tengku Ezrique Ezzuddean.
Berlangsung pada 17 Mac 2016, Syamim memang cantik menyarung kebaya moden putih. Hanya bahagian butang di tengah baju dan kelim kerudung Syamim saja yang diberikan perincian lebih. Selebihnya, Syamim memilih untuk tampil seringkas boleh.
06
Ramona Zamzam
Ramona Zamzam dari Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 pula tampil berbeza semasa majlis nikah bersama Rami Alaskhar.
Memilih biru firus sebagai tema, bridesmaids kepada Ramona pula menyarungkan pakaian berwarna merah jambu. Sweet sangat, terutamanya pada bahagian atas baju yang seolah-olah bercantum dengan selendang. Dengan perincian batu kuning pada gaun, Ramona tidak lagi memerlukan jewellery yang terlalu sarat untuk majlis pernikahan.
07
Syatilla Melvin
Berwalikan bapanya, Amirol Melvin Abdullah, Syatilla Melvin dari Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 sah menjadi milik pelakon, Shaheizy Sam dalam gaun rekaan Syaiful Baharim. Memilih untuk ‘memberatkan’ detailing pada veil, baju Syatilla pula dibiarkan ringkas dan tidak terlalu sarat.
Pada majlis ini juga, kalau korang masih ingat, Sam telah melakukan gimik pengsan di atas pelamin selepas selamat diijab kabulkan.
08
Balqish Maarif
Pemenang tempat ketiga Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 ini memilih Azura Couture sebagai pereka gaun nikah idamannya. Sementara itu, wajahnya pula disolek oleh Alha Alfa.
Azura sempat berseloroh dengan Balqish di mana Azura berkata dia merupakan pengantin ‘paling gila’ pernah bekerja dengannya disebabkan diri Balqish yang sememangnya selalu ceria. Perincian pada bahagian atas gaun dan cape belakang saja sudah memadai kerana Balqish sendiri memang cantik orangnya. Tidak perlu terlalu keras mencuba.
Di dalam caption untuk salah satu fotonya, Balqish berkata dia ingin sekali hidup bersama suami, Ahmed sehingga tua dan berkedut. Hehe, insyaAllah dear.
09
Deja
Nurul Hazrina atau lebih dikenali dengan panggilan Deja juga merupakan finalis dari batch 2014/2015. Memilih Faruq Fadhullah sebagai teman sepanjang hayat, Deja kelihatan amat berlainan apabila menyarung gaun pastel bagi hari pernikahannya.
Pasangan sama tinggi (literally, tinggi!) sama padan ini memilih Iwan Fancy Wedding Couture sebagai pereka. Memang sweet sangat warna gaun tersebut, tambahan pula dengan floral detailing pada bahagian dada, lengan dan pinggul.
* * * * *
Siapa pula finalis Pencarian Dewi Remaja yang akan berkahwin tak lama lagi..? Hehe

Pegang Title ‘Ratu Sabah’, Lydia De Sal Mampu Beri Saingan Dalam Dewi Remaja 2018/19

Satu-satunya wakil peserta dari Borneo, Lydia De Sal tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba nasib di tanah Semenanjung buat pertama kalinya.
“Terus terang memang Lydia ambil risiko. Guna gaji sendiri pergi audition, then terpilih sebagai Top 20 dan terbang lagi ke KL berharap dapat masuk Top 12. Syukur Alhamdullilah Lydia akhirnya masih berada di sini,”
“Berada dalam Dewi Remaja ini membolehkan Lydia belajar sesuatu yang baru ini dan Lydia ingin menjadikan pertandingan ini sebagai platform untuk menunjukkan bakat. Mungkin ada yang lihat potensi Lydia dan bolehlah Lydia mencari rezeki di Semenanjung,”
Dalam masa yang sama, Lydia berharap dapat menjadi inspirasi untuk mereka di luar sana supaya lebih percaya pada diri sendiri dan berani mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru.
Sering kali mengambil bahagian dalam acara ‘ratu cantik’ di Sabah, gadis ini pastinya bakal memberikan saingan sengit kepada semua peserta Pencarian Dewi Remaja kali ini.
Korang nak tahu dah berapa banyak Lydia menyertai pertandingan di Sabah? Nah, berikut kami senaraikan antara pencapaiannya sejak usia 15 tahun lagi.
- Unduk Ngadau 2013-2015, sekitar kampung dari daerah Inanam, Pekan Menggatal, Kota Marudu, Matunggong.
- Ratu Mitarab Momogun Runggus peringkat Daerah Matunggong
- Mitarab Momogun Runggus peringakat negeri 2017 Top 6
Pageant
- Dewi Remaja sabah 2017
- Ratu Tahun baru cina Dearah Pitas 2018
- Ratu Grand Merdeka Mall 2018
- Winner Aura Ambassador DHg event
Dewi Remaja Sabah
Dewi Remaja Sabah adalah pertandingan besar yang pertama Lydia sertai tahun lepas. Disinilah dia menimba pengalaman dan mencari ilmu berguna untuk dibawa dalam setiap pertandingan yang disertainya.
“Dalam pertandingan Dewi Remaja Sabah Lydia masih fresh lagi. Catwalk pun macam robot dan tak pandai juga nak pose kalau ada photoshoot. Pertama kali photoshoot, muka Lydia paling buruk. Lydia rasa sangat down dan terus berfikiran negatif sehingga rasa nak tarik diri,”
“Cuma Lydia kalau dah masuk satu-satu pertandingan, Lydia mesti akan habiskan juga. Waktu ini memang Lydia cuba positifkan diri. Penat memanglah penat sebab Lydia perlu memberikan komitmen selama tiga bulan untuk pertandingan ini,”
“Tapi akhirnya Lydia dapat apa yang dah diusahakan. Bila dinobatkan sebagai pemenang Dewi Remaja Sabah, itulah pengalaman manis dalam hidup kerana Lydia tidak kecewakan keluarga dan penyokong. Bila diumumkan sebagai juara, rasa macam nak lompat daripada pentas pergi peluk Mommy,” jelasnya memberitahu bahawa keluarga dan rakan-rakan antara yang sering memberikan sokongan.
Melihatkan kesungguhan Lydia, kami pasti gadis ini mempunyai semangat yang tinggi dalam setiap perkara yang dia lakukan. Mengakui bahawa pada mulanya dia tidak berapa biasa dengan environment di Semenanjung, namun itu bukan halangan untuk dia meneruskan impiannya itu.
“Mula-mula Lydia tidak berapa biasa sebab mungkin masalah bahasa juga membuatkan ia sukar sedikit. Mereka tak faham apa yang Lydia cakap dan Lydia pun tak faham apa yang mereka cakap. Hehe!Tapi lama-lama dah dapat biasakan diri dan sudah mula faham. Jadi senanglah Lydia bergaul dengan yang lain,” jelasnya mengakhiri perbualan.
Jangan lupa saksikan Pencarian Dewi Remaja 2018/19 yang bakal bersiaran di Astro Ria dan Ria HD bermula 25 November, jam 10.30 malam.