Insiden Jatuh 3 Kali, Neelofa Katakan Ini Kepada Peserta Dewi Remaja

Share

 

Bukan mudah untuk menjadi pendatang baru dan mencari tapak menyertai industri seni hiburan.

 

Segala gerak-geri korang akan diperhatikan setelah bertukar status sebagai figura publik dan itulah yang dihadapi oleh Farzana Zainul Abidin yang mesra dengan panggilan Zaza.

Zaza yang berasal dari Johor berhadapan dengan insiden terjatuh di atas pentas catwalk semalam semasa sesi pengumuman Top 12 finalis Dewi Remaja 2019.

Walaupun terjatuh sebanyak 3 kali, penonton yang mengikuti siaran langsung di Instagram dan Facebook Majalah Remaja semalam terus memberikan sokongan kepadanya malah bertanyakan keadaan lutut yang diakuinya sedikit lebam.

Insiden itu turut mendapat perhatian Dewi Remaja 2009/10 iaitu Noor Neelofa. Menerusi akaun Twitter-nya, Lofa berpendapat insiden yang tidak diingini di khalayak ramai seperti ini adalah sebahagian daripada asam-garam industri hiburan.

“Sekiranya (Zaza) memilih untuk terus berada dalam industri seni hiburan, kehidupannya selepas Dewi Remaja adalah seperti ini (mendapat liputan ramai pihak).

“Namun, jika dia terus bijak mengelolakan situasi seperti ini dengan penuh tertib dan keyakinan diri, dia akan berjaya kelak. All the best!” ujar pengasas jenama Naelofar Hijab itu.


 ARTIKEL BERKAITAN: “Enjoy Momen Di Dewi Remaja” Jatuh 3 Kali, Farzana Tetap Bangun & Terus Senyum 

*

Insiden yang tidak dirancang oleh mana-mana pihak itu sedikit sebanyak memberikan pengajaran kepada remaja di luar sana untuk terus yakin dan bangkit semula meski berdepan dengan halangan.

Tak semua perkara yang berlaku kepada kita indah belaka. Tetapi cara kita bangkit semula adalah lebih penting daripada pendapat orang di sekeliling.

Love you Zaza!

Published by
FZ