Insiden Kena Tahan Di Airport Sebab Powerbank, Gadis Ini Kongsi Peraturan Bawa Gajet Dalam Pesawat

Share

Korang pernah dengar tak tentang isu kena tahan di lapangan terbang kerana kesalahan membawa powerbank?

Seperti perkongsian yang telah dibuat oleh Siti Nur Syuhaidah, baru-baru ini dia dikejutkan dengan berita sahabatnya yang di tahan di airport Bandung atas kesalahan membawa powerbank berkuasa melebihi 20,000mAh.

Menurut Astro Awani, membawa muatan kargo berisi bateri ion lithium dianggap sebagai ‘risiko yang tidak boleh diterima’ bagi mana-mana pesawat penumpang komersial.

Kenyataan amaran ini turut dipersetujui oleh pakar material berbahaya dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Angela Stubblefield.

Gambar hiasan

Malah baru-baru ini juga syarikat gajet terkemuka Apple.Inc ada mengeluarkan kenyataan penarikan sebilangan kecil produk Macbook Pro 15” yang terjual dalam tempoh September 2015 hingga Februari 2017.

Unit tersebut tidak dibenarkan untuk dibawa masuk kedalam kabin pesawat kerana dikhuatiri bateri lithium komputer riba tersebut mudah terdedah kepada “over-heating” dan boleh menyebabkan letupan dan kebakaran kecil.

Namun, sekatan membawa masuk benda berkaitan lithium ini bukan sesuatu yang baru. Larangan untuk membawa peralatan berasaskan bateri lithium telah dikuatkuasakan di peringkat antarabangsa IATA- International Air Transport Association dan syarikat penerbangan di Malaysia (MAS, Air Asia, Firefly dan sebagainya) sudah pun mengikuti peraturan tersebut.

Mesti korang terfikir adakah semua barangan berasaskan bateri lithium tidak boleh dibawa naik kedalam pesawat? Sebab smartphone pun ada bateri kan?

Jangan risau. Ada beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk penumpang untuk korang bawa powerbank dalam pesawat. Tapi, terhad dengan peraturan-peraturan seperti berikut:

Berikut adalah info yang didapati dari pihak IATA

1. Korang perlu dapatkan info berapakah Watt Per Hour (Wh) bateri gajet tersebut. biasanya smartphone mempunyai kadar Wh yang rendah

2. Cuma, jika korang ada gajet-gajet yang bersaiz besar seperti powerbank, laptop dan lain-lain, sila dapatkan info bateri korang daripada pengeluar. Ini bagi memudahkan korang untuk membuat tindakan lanjut jika kadar Wh tidak menepati syarat-syarat IATA.

3. Watt Hour (Wh)/(kandungan lithium) = > 100Wh – <160Wh korang boleh membawa gajet (jenis built in battery) ini bersama di dalam beg di ruangan penumpang ataupun kargo

4. Untuk gajet dari jenis bateri boleh tanggal, hanya dibenarkan dua unit bateri saja di dalam beg dan tidak dibenarkan disimpan di dalam ruangan kargo

Watt Hour (Wh)/(Kandungan lithium) = >160Wh, korang perlu memberitahu petugas di kaunter bahawa korang membawa peralatan yang mempunyai bateri besar dan melebihi 160Wh. Petugas akan membantu korang untuk tindakan selanjutnya.

Kalau korang pengguna powerbank Pineng, korang masih boleh bawa powerbank di dalam pesawat tanpa sebarang masalah.

Berikut adalah kadar Wh untuk powerbank Pineng:

-10000mAh (Model PN963, PN968, PN983S, PN913 dan lain-lain) – 3.7V 10000mAh 37Wh
-15000mAh (Model PN929) – 3.7V/15000mAh 55.5wh
-20000mAh (Model PN999, PN969, PN920) – 3.7V/20000mAh 74Wh

Walau bagaimanapun, korang kena pastikan gajet yang dibawa bukan dari barangan palsu atau tidak sah bagi memastikan kualiti dan jaminan keselamatan. Sentiasa patuh dengan arahan yang diberikan oleh petugas pesawat kalau korang tak nak sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Jangan ikut kepala sendiri, akur dengan setiap peraturan yang telah ditetapkan. Kalau ada sebarang letupan yang berlaku di atas awan, korang juga yang cuak kan? Hiks!

Sumber: Siti Nur Syuhaidah

Published by
Noor Ain Norman