Insiden Lelaki Terjun Suria KLCC Bukti Kesedaran Isu Tekanan Emosi Masih Lemah

Share

 

Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat tiga di pusat membeli-belah Suria KLCC kira-kira pada jam 1.52 petang, hari ini.

Insiden tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Muhammad Zainal Abdullah setelah pihak menerima laporan berkenaan kejadian tersbut pada waktu tersebut.

Biarpun punca di sebalik tindakan lelaki terbabit masih cuba untuk dikenal pasti dalam siasatan pihak polis, jelas tindakan terbabit timbul hasil gangguan emosi mangsa.

Ini setelah hasil siasatan awal menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa bertindak terjun tanpa paksaan. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber Foto : Twitter

Laporan oleh Sinar Harian pula berkata mangsa berusia 25 tahun itu dan mempunyai kad rawatan psikiatri dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTA) Klang berdasarkan dokumen yang ditemui di dalam beg galas milik mangsa.

Terdahulu, beberapa keping foto yang menunjukkan lelaki tersebut terbaring di atas lantai setelah bertindak terjun tular di media sosial Twitter.

REMAJA merasakan kejadian anak muda yang tidak teragak-agak mengambil nyawa mereka sendiri ini adalah refleksi kepada kelemahan sistem pendidikan negara yang masih belum sampai ke tahap kesedaran kesihatan mental seseorang.

Isu seperti tekanan jiwa, depresi dan kekecewaan emosi seringkali dianggap sebagai perkara remeh dan ‘boleh diubati’ dengan berpaling kepada agama. Ya itu benar.

Namun rawatan terhadap keadaan emosi seseorang juga seharusnya ditangani dengan cara psikologi yang berkesan dan ilmu yang diberikan kepada anak muda mengenai kondisi mental seseorang sebaya dengan mereka dan cara-cara menangani sebarang jenis tekanan perasaan.

Sekurang-kurang, setiap daripada kita wajib mengetahui akan talian bantuan yang boleh dicapai dalam situasi tekanan perasaan. Contoh terdekat adalah pihak Befrienders yang boleh dihubungi seperti di bawah.

Published by
FZ