‘You are the best husband in the world’
Isteri kepada operator kren menara, Allahyarham Afiq Danial, Ziema Hazimah meluahkan rasa sedih atas pemergian suaminya yang maut selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam kabin di tapak pembinaan hadapan sebuah hotel di Persiaran KLCC, semalam.
Ziema menerusi hantaran di Facebooknya, menyifatkan Afiq sebagai sebagai seorang suami dan bapa yang baik.
ARTIKEL BERKAITAN: Meski Masih ‘Mentah’, Atlet Memanah Berusia 18 Tahun Cipta Sensasi Layak Ke Olimpik Paris 2024!
“Daddy (Afiq) you are the best husband in the world (awak seorang suami yang terbaik di dunia ini). ‘Mummy’ sayang ‘daddy’.
“Pergi mu ketika mencari rezeki untuk ‘mummy’ dan danda (anak perempuan), ‘daddy’ suami yang baik tersangat baik, ramai yang sayangkan ‘daddy’. Semoga ‘daddy’ ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan tinggi darjatnya,” luahnya.
Menurut Ziema, dia berjanji akan menjaga satu-satunya zuriat mereka dengan baik seperti mana arwah suaminya memastikan segala keperluan untuk tiga beranak itu mencukupi dan terbela.
“Mummy ikhlaskan segala-galanya. Jangan risau ya ‘mummy’ akan jaga anak dengab baik mcm mana ‘daddy’ jaga kami,” katanya.
Semalam, seorang operator kren menara disahkan maut selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam kabin di tapak pembinaan hadapan sebuah hotel di Persiaran KLCC.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Facebook Ziema Hazimah