Selepas kejadian pecah masuk di salah sebuah kedai serbaneka oleh mangsa banjir yang dikatakan ingin mencari makanan, kini Mydin Mart di Sri Muda mula menerima nasib yang sama apabila cawangan mereka turut dipecah masuk.

Walau bagaimanapun, satu kenyataan telah dibuat oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin yang menyatakan bahawa beliau menghalalkan barangan yang dicuri dan memaafkan individu yang melakukan perbuatan tersebut.

Insiden Pecah Masuk Kedai, Bos Mydin Halalkan Segala Barangan Yang Diambil
Foto: Astro Awani

Saya amat tersentuh dan simpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda terutamanya ketika negara masih bergelut dengan wabak pandemik COVID-19.

Cawangan MYDIN Mart, Sri Muda, Shah Alam, Selangor turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021 (Sabtu) dan mengakibatkan kerugian melebihi jutaan ringgit.

Ads

Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya.

Insiden Pecah Masuk Kedai, Bos Mydin Halalkan Segala Barangan Yang Diambil
Foto: Remaja

Demikianlah kenyataan rasmi yang telah dibuat oleh wakil Mydin susulan insiden pecah masuk yang berlaku baru-baru ini. Kita tidak mengetahui bagaimana keadaan sebenar mereka, mungkin sahaja mereka memang benar-benar terdesak dan kerana itu juga pihak Mydin bersetuju untuk menghalalkan segala barangan yang telah diambil.

Ads

Semoga dengan niat ikhlas ini dapat menjadi asbab agar perniagaan mereka lebih maju dan dimurahkan lagi rezeki.

Kami juga doakan agar mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut diberikan bantuan segera dan mencukupi. Semoga terus tabah untuk mengharungi dugaan ini.

Ads

BACA: Senarai NGO Yang Sedang Mencari Sukarelawan Bagi Misi #DaruratBanjir

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI