Cuaca panas sekarang ni memang buat tekak rasa kering dan haus je kan?
Apa kata kita cuba minuman perisa baru daripada kedai kopi terkemuka Starbucks. Fuh, bayangkan nikmatnya bila sampai di tekak tengah panas terik ni…!
Yang menariknya, minuman-minuman yang pastinya ‘menyejukkan’ cuaca panas ini diinspirasikan dari pencuci mulut klasik dan perasa yang disukai anak kecil seperti vanila, strawberi dan juga coklat.
Ads
Untuk info, Starbucks Malaysia akan melancarkan beberapa minuman baharu mereka untuk penutup musim panas ini, iaitu Starbucks Neapolitan Frappuccino, Starbucks S’mores Frappuccino, dan Starbucks Chocolate Truffle Nitro Cold Brew.
Difahamkan harga bagi Neapolitan Frappucino dan S’mores Frappucino bermula dari RM20.65 manakala harga Chocolate Truffle Nitro Cold Brew dan Cold Brew pula bermula dari RM 15.90.
Ads
Kesemua minuman ini boleh didapati di semua cawangan mereka di seluruh negara mulai hari ini iaitu 27 Julai 2021, hanya dalam tempoh masa dan stok yang terhad.
Namun bagi Chocolate Truffle Nitro Cold Brew pula, ianya hanya akan ditawarkan di cawangan mereka yang terpilih.
Ads
Sebelum sampai ke Malaysia, 3 perisa minuman ini mula ditawarkan oleh Starbucks Singapura pada 22 Julai yang lalu.
Lepas minum perisa baru Starbucks ni mesti kita mengimbau kenangan zaman kecil kita dulu kan.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web Starbucks Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanpa mengambil kira status ekonomi, bangsa atau agama seseorang graduan universiti, Perdana Menteri; Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini telah mengumumkan bahawa graduan ijazah sarjana muda kelas pertama akan dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).
Keistimewaan ini akan diberikan kepada peminjam yang menamatkan pengajian mereka bermula tahun 2019 sebagai dorongan kepada pelajar untuk terus bersungguh-sungguh mendapatkan kelulusan terbaik dalam pengajian masing-masing.
Dalam perucapan Perdana Menteri di majlis sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN itu, beliau mengharapkan agar pihak PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung perkara ini terutamanya dari aspek peruntukan.
“Saya melihat PTPTN telah memberikan tumpuan kepada aspek penabungan dengan kerjasama strategik. Justeru, PTPTN juga boleh melaksanakan inisiatif yang sama untuk meningkatkan kutipan bayaran balik pinjaman.
“Saya difahamkan sehingga akhir bulan lepas, lebih 2 juta atau 82.04 peratus peminjam telah membayar balik pinjaman dengan jumlah kutipan sebanyak RM17.8 bilion. Terima kasih saya ucapkan kepada para peminjam yang komited membuat bayaran balik,” ujarnya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada warga PTPTN atas segala khidmat bakti dan komitmen yang dicurahkan selama 25 tahun sejak ia ditubuhkan agar memastikan tiada anak muda yang tercicir daripada melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di usia 77 tahun, Zulkifly Abdullah membuktikan bahawa tiada kata terlambat untuk mengejar ilmu.
Beliau baru-baru ini menamatkan pengajian dan meraih ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), sebuah pencapaian yang sangat mengagumkan dan penuh inspirasi.
Zulkifly bukanlah orang biasa. Beliau pernah menjawat jawatan penting sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja di Kementerian Sumber Manusia dari tahun 2001 hingga 2003.
Selain itu, beliau juga berkhidmat sebagai pendaftar Mahkamah Perusahaan. Dengan pengalaman lebih 34 tahun dalam bidang undang-undang pekerja, Zulkifly mempunyai latar belakang yang kukuh dalam bidang ini.
Apa yang menjadikan kisah Zulkifly lebih menarik adalah motivasinya untuk terus belajar. Walaupun beliau telah mempunyai pengalaman luas dalam undang-undang, Zulkifly memutuskan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini.
“Pengalaman saya bekerja dengan undang-undang pekerja selama lebih 34 tahun mendorong saya untuk mengambil ijazah ini,” katanya.
Menyelesaikan pengajian pada usia lanjut bukanlah sesuatu yang mudah. Zulkifly menghadapi cabaran besar, seperti mengingat dan menghafal banyak maklumat. Namun, dengan semangat yang tinggi dan usaha yang gigih, beliau berjaya mengatasi cabaran ini.
Beliau juga mendapat sokongan berharga daripada anak-anaknya, yang juga merupakan graduan undang-undang dari universiti yang sama.
“Anak saya banyak membantu sepanjang pengajian saya,” jelasnya lagi.
Sempat menitipkan nasihat buat generasi muda, dia berkongsi mereka di luar sana harus sentiasa rajin membaca dan meluangkan masa untuk belajar.
“Belajarlah selagi ada peluang. Ini akan membantu kita menjadi insan yang berjaya,” pesan beliau.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Malaysia Gazette
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rata-rata daripada kita semua jika memasak tak ‘sah’ kalau tak rasa. Tapi jadi masalah pada mereka yang tak mahir memasak terutama di bulan puasa.
Bulan puasa ni mesti korang ada perasaan ragu-ragu sama ada kita boleh ke tidak merasa makanan yang dimasak tu.
Dan kalau dibolehkan, macam mana pula cara nak merasa makanan yang dimasak supaya tak sampai terbatal puasanya?Berikut adalah jawapan dan penjelasan yang dipetik dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan hal ini.
SOALAN
Apakah hukum merasa makanan?
JAWAPAN
Merasa makanan adalah dibolehkan dengan dikecap di hujung lidahnya dan tidak membatalkan puasanya mengikut pendapat yang terpilih.
Situasinya adalah seperti tukang masak atau surirumah yang sedang memasak di dapur.
“Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”
(Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (9277))
Begitu juga telah berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah:
“Merasa makanan adalah makruh sekiranya tiada hajat tetapi ianya tidak membatalkan puasa. Sekiranya terdapat hajat (untuk merasanya) maka ianya seperti al-Madhmadhoh (berkumur)”.
[Lihat Majmu’ al-Fatawa, 25/266]
Adapun berkumur, jika diperhatikan masih terdapat baki-baki air yang sedikit di dalam mulut dan jika tertelan bersamanya air liur maka ianya tidak membatalkan puasa kerana ianya amat payah untuk dielakkan. [Lihat Rad al-Muhtar, 2/98]
Seperti juga bersugi, bersiwak dan memberus gigi ketika berpuasa, telah sepakat para fuqaha’ akan keharusannya. Begitu juga penggunaan ubat gigi.
Jika kita perhatikan, semasa memberus gigi, bersiwak dan sebagainya pasti akan terdapat ‘rasa’ pada lidah namun jika tidak ditelan, ianya tidak membatalkan puasa
Kesimpulannya, cara merasa makanan ketika puasa adalah seperti berikut:
CARA MERASA MAKANAN KETIKA PUASA
1. Merasa makanan hendaklah dalam kuantiti yang sedikit seperti di hujung lidah.
2. Namun, tidak boleh menelannya kerana jika ditelan masuk bersama air liur, batallah puasanya.
3. Jika seseorang merasa makanan ketika berpuasa, kemudian dia meludahkannya tetapi masih berbaki rasanya pada lidah sekalipun sampai kepada tekak dan ditelannya, maka ianya tidak membatalkan puasa seseorang itu kerana makanan tersebut telah diludahkan dan yang tinggal hanya athar (kesan) sahaja yang berbaki.
Jadi, korang yang baru belajar memasak tu bolehlah merasa makanan ketika puasa tapi ia harus diludahkan semula. Jangan sedap sangat sampai tertelan sudah la…hiks
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, telah selamat melahirkan bayi lelaki.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Syasya melalui akaun Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal...