Sejak melangsungkan pernikahan pada pagi Jumaat lalu, ramai peminat menantikan perkembangan terbaru majlis resepsi pasangan sama cantik, sama padan iaitu MK K-Clique dan wanita pilihannya, Siti Hajaar.
Busana perkahwinan rekaan siapa yang bakal disarungkan, bagaimana rekaan pelamin yang menjadi pilihan mereka, di manakah lokasi majlis.. dan macam-macam lagi persoalan yang berada di minda peminat.
Cuma kali ini, REMAJA ingin memberi fokus kepada busana perkahwinan yang direka khas oleh pereka duo, AMAZÉ buat merpati sejoli ini.
Menerusi hantaran di media sosial, AMAZÉ yang diterajui oleh Zeed Jamil dan Ammar Madfie telah memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap persalinan klasik songket berona champagne untuk MK dan Siti Hajaar.
Jarang sekali kita dapat melihat MK dalam persalinan baju Melayu songket lengkap dengan tanjak dan bengkung.
Beralih kepada gaun yang turut direka khas oleh AMAZÉ untuk Siti Hajaar, ia mempunyai potongan skirt A-line dengan perincian mantel daripada fabrik tulle pada bahagian lengan dan belakang untuk memberikan lebih ‘drama’.
Manakala sebahagian perincian renda pada bahagian dada dan bawah gaun pula disulam dalam rona senada agar ia lebih feminin. Selebihnya, seri pengantin Siti Hajaar bertambah jelas hasil riasan jurusolek, Nurul.
Ads
Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen memuji persalinan sopan lagi ayu yang direka untuk Siti Hajaar.
“Cantik, sopan, eksklusif.”
“Sopan dan cantik!”
Ads
“Cantik, sopan dan ayu. Tak jemu tengok.”
Apapun, rekaan AMAZÉ buat raja sehari terutamanya dalam kalangan klien selebriti Malaysia mereka jarang sekali menghampakan. Malah, ia memberi lebih idea dan menginspirasikan bakal pengantin lain untuk hari bahagia mereka kelak.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mudah bagi kita menyeru agar semua orang bersyukur dengan rupa paras yang diberikan Tuhan kepada kita. Namun, dalam tak sedar, ramai yang mengalami kemurungan disebabkan tidak yakin dengan rupa paras sendiri sehinggakan perasaan ingin bunuh diri timbul.
Minggu ini, portal The Coverage melaporkan seorang kanak-kanak di Singapura yang berusia 10 tahun telah menulis sekeping nota ‘bunuh diri’ selepas dia mengalami kemurungan. 10 tahun?!
Selepas dia bertengkar dengan ibunya disebabkan perkara tertentu, kanak-kanak tersebut menulis, “Betapa nikmatnya jika dia dapat mengambil pisau dan berjaya menikam dirinya.” Nota itu dijumpai oleh ibunya sendiri ketika sedang mengemas bilik anaknya itu pada tahun lepas.
Inti pati nota ‘bunuh diri’ tersebut adalah cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Namun setelah dibaca, jelas bahawa anaknya itu mengalami kemurungan teruk.
Antara kandungannya berbunyi, “Saya rasa sangat teruk. Saya rasa macam hendak terjun bangunan dan mati, tapi saya tahu dia (ibu) akan menangis dengan terus. Jadi, saya akan rahsiakan perkara (perancangan) ini.
“Saya terfikir, kenapa ibu lahirkan saya dengan rupa sebegini. Pendek, gemuk dan hodoh. Dia tak suka lihat saya menangis setiap masa.
“Alangkah bagusnya jika saya dapat sebilah pisau dan berjaya tikam diri saya. Tiada lagi buli. Tiada lagi kerja sekolah. Saya akan bunuh diri pada suatu hari nanti.
“Saya tidak akan lagi tersenyum, hanya menangis! Saya akan memuji diri sendiri kerana bodoh. Saya tidak mahu hidup lagi. Maaf (saya) buat ibu menangis!”
Selepas menemui nota tersebut, ibunya yang terkejut segera meminta bantuan FutuReady Asia’s Character & Leadership Academy untuk membantu mengatasi masalah kemurungannya anaknya itu.
Kini selepas beberapa bulan, emosi anaknya dikatakan semakin stabil. Ibunya juga meminta khidmat kaunselor untuk membantu.
Siapa sangka, kanak-kanak ini sangat ceria di sekolah. Keputusan di sekolah juga cemerlang. Namun, selama ini dia hanya memendam rasa tak puas hati terhadap diri sendiri.
Kajian di Singapura mendapati kanak-kanak seawal usia 7 tahun telah mengalami masalah kemurungan. Besar kemungkinan, ia disebabkan kesibukan ibu bapa di tempat kerja dan juga isu buli di sekolah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Demam denggi adalah penyakit virus bawaan nyamuk yang melemahkan di dunia. Kira-kira, 390 juta jangkitan denggi berlaku setiap tahun, dengan sebanyak 96 juta mengakibatkan penyakit. Lebih dekat dengan rumah, kawasan kejiranan diberi label zon hijau, kuning dan merah untuk mencerminkan peningkatan risiko demam denggi masing-masing.
Malaysia melaporkan kes denggi baru-baru ini, dengan negeri Selangor paling terjejas. Denggi berlaku secara nasional di Malaysia, dengan peningkatan risiko di kawasan bandar dan pinggiran bandar. Penyebaran puncak berlaku pada akhir musim monsun (Oktober hingga Februari di semenanjung timur Malaysia, Sabah, dan Sarawak; Julai hingga Ogos di semenanjung barat Malaysia).
Berikut adalah perkongsian ringkas oleh Dr Chuah Siew Kee, Pakar Perubatan Dalam, Pantai Hospital Klang untuk membantu anda memahami penyakit dan bersiap sedia menghadapi penyakit ini.
Menurut Dr Chuah Siew Kee, individu yang pernah mengalami demam denggi mempunyai risiko yang agak tinggi diserang penyakit itu untuk kali kedua. Malah kajian mendapati serangan denggi kali kedua sering kali membawa kesan yang lebih teruk sehingga boleh mengakibatkan maut.
Ini kerana jangkitan kali kedua didapati boleh menyebabkan gejala simptom klinikal dan komplikasi yang lebih teruk berbanding kali pertama. Ramai beranggapan bahawa mereka yang pernah menghidap denggi tidak akan mendapat penyakit sama kerana antibodi berupaya melawan penyakit selepas jangkitan pertama. Namun, kajian membuktikan mereka yang pernah menghidap penyakit itu perlu lebih berhati-hati,” katanya dalam satu temubual.
Jelas Dr Chuah Siew Kee lagi, bagi yang kurang jelas dengan maksud demam denggi, denggi adalah jangkitan virus yang disebabkan oleh empat jenis virus (DENV-1, DENV-2, DENV-3, DENV-4) yang tergolong dalam keluarga Flaviviridae.
“Virus disebarkan melalui gigitan nyamuk betina Aedes aegypti dan Aedes albopictus yang dijangkiti yang memberi makan di dalam dan di luar rumah pada waktu siang (dari waktu subuh hingga senja). Nyamuk ini berkembang di kawasan yang menahan air, termasuk genangan air, tangki air, bekas dan tayar lama. Kekurangan kebersihan dan pengumpulan sampah yang kerap juga menyumbang kepada penyebaran nyamuk,” katanya menjelaskan, risiko penyakit ini berlaku ialah ia wujud di kawasan tropika dan subtropika di Amerika Tengah, Amerika Selatan, Afrika, Asia, dan Oceania.
“Semua pelancong berisiko semasa wabak. Pelancong jangka panjang dan pekerja kemanusiaan yang pergi ke kawasan di mana denggi endemik berisiko lebih tinggi. Denggi berlaku di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kadar penularan yang lebih tinggi berlaku semasa musim hujan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pakar perubatan dalam ini memaklumkan, demam tidak dapat merebak secara langsung dari orang ke orang, tetapi seseorang yang menderita demam denggi dapat menjangkiti nyamuk.
“Nyamuk dijangkiti ketika mengambil makanan dari orang yang dijangkiti denggi, dan denggi merebak ketika nyamuk kemudian menyebarkan virus kepada orang lain yang mereka gigit. Selepas 5 – 14 hari, virus akan matang di kelenjar air liur nyamuk dan merebak ke mangsa seterusnya semasa penyusuan nyamuk berikutnya.
“Manusia diketahui membawa jangkitan melintasi sempadan atau dari satu daerah ke daerah lain selama tahap ketika virus beredar dan berkembang biak dalam aliran darah. Sebenarnya, kepercayaan umum adalah bahawa pendudukan Jepun di Asia Tenggara semasa Perang Dunia ke-2 memberikan cara untuk pertumbuhan dan penyebaran nyamuk, dan oleh itu virus di wilayah kita. Nyamuk mengikuti kawasan yang mempunyai air pembiakan dan terdapat makan kepada nyamuk,” katanya.
Ditanya apakah simptom-simptom mereka dijangkiti denggi, Dr Chuah Siew Kee berkata, dalam beberapa kes, jangkitan Denggi tidak simptomatik – orang tidak menunjukkan gejala.
“Mereka yang mengalami gejala sakit antara 4 hingga 7 hari selepas gigitan. Jangkitan ditandai dengan gejala seperti selesema yang meliputi demam tinggi secara tiba-tiba yang datang dalam gelombang yang berasingan, sakit di belakang mata, sakit otot, sendi, dan tulang, sakit kepala yang teruk, dan ruam kulit dengan bintik-bintik merah. Rawatan merangkumi rawatan gejala yang menyokong. Tidak ada rawatan antivirus yang tersedia.
“Penyakit ini boleh berlanjutan ke Demam Berdarah Denggi (DHF). Gejala termasuk sakit perut yang teruk, muntah, cirit-birit, kejang, lebam, dan pendarahan yang tidak terkawal. Demam suhu tinggi boleh berlaku dari 2 hingga 7 hari. Komplikasi boleh menyebabkan kegagalan dan kejutan sistem peredaran darah dan boleh membawa maut (juga dikenali sebagai Dengue Shock Syndrome).
Sekiranya anda dijangkiti dengan serotaip virus Denggi yang sama, anda menjadi kebal terhadap jangkitan pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, jika anda dijangkiti dengan serotip yang berlainan, imuniti semakin berkurang dari masa ke masa yang meningkatkan risiko menghidap Demam Berdarah Denggi,” katanya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah perkahwinan anak saudara mendiang Puteri Diana ini mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja kerana dia seorang anak saudara kepada figura terkenal, tetapi dia juga merupakan seorang yang dikenali ramai dek statusnya yang datang dari keluarga bangsawan selain aktif dalam dunia glamor sebagai seorang model dan jurucakap kepada jenama-jenama terkenal.
Ketika hari perkahwinannya dengan Michael Lewis, majlis yang berlangsung selama tiga hari itu memperlihatkan beliau menggayakan busana-busana indah hasil rekaan duo pereka Dolce & Gabbana.
Why Dolce & Gabbana? Sebab wanita berusia 30 tahun ini merupakan jurucakap global dan juga model untuk jenama ini. Bertuah sungguh badan!
Jom kita lihat busana-busana indah rekaan Stefano Gabbana dan Domenico Dolce untuk ratu sehari ini.
.
.
.
.
.
Kenapa pula Lady Kitty Spencer tidak mengenakan Tiara The Spencer yang merupakan warisan turun temurun keluarga bangsawan Spencer?
Tiada penjelasan kukuh yang diberikan namun mengikut laporan Page Six, beberapa individu dari golongan bangsawan British membuat spekulasi yang mengatakan dia mengambil keputusan itu kerana untuk menghentikan rasa kurang selesa kematian Diana yang dekat dengan waktu perkahwinannya. Dan kemungkinan kegagalan perkahwinan ibu bapanya turut menyumbang kepada keputusan tersebut.
Sumber gambar: Instagram German Larkin, Dolce & Gabbana, Kitty Spencer
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...