Instafamous Popular Iran Mirip Angelina Jolie Ditahan Kerana Menghina Agama

Share

Baru-baru ini, tular kisah seorang selebriti Instagram terkenal Iran, Sahar Tabar yang melakukan banyak pembedahan agar wajahnya menyamai aktres popular Angelina Jolie.

Merasakan wajahnya sudah mirip pelakon terkenal itu, jumlah pengikut Sahar Tabar di Instagram mencecah 486,000 orang yang ingin tahu aktiviti dilakukannya setiap hari.

Di sebalik ramai menyifatkan wajahnya seperti zombie atau mayat hidup kerana terlalu kurus dan pembedahan plastik yang agak kerap semata-mata mahu menyamai Angelina Jolie, terkini selebriti ini ditahan pihak berkuasa Iran atas kesalahan menghina agama.

Malah penahanannya dilakukan atas prinsip Pengadilan Syariah kerana terdapat “sejumlah permintaan dari pemerintah” selepas kisahnya menjadi tular di seluruh dunia.

Selebriti Instagram ini bakal berhadapan dakwaan kerana mempersendakan agama, menghasut ke arah kekerasan, memperoleh pendapatan dengan cara tidak betul (melalui media sosial) selain mendorong mengambil rasuah pada generasi muda.



Kata Sahar saat ditangkap itu, wajahnya tidak sama seperti foto dalam instagramnya,” katanya ketika wawancara dengan tv Iran. Malah dia juga menunjukkan wajahnya sudah mulai berisi sedikit berbanding dahulu.

Sebelum ini, jelas kelihatan wajahnya yang kurus, hidung yang tajam dan pipinya yang cengkung dan ramai mengatakan dia mahu kelihatan seperti aktres popular itu. Sahar pernah melalui lebih 50 pembedahan plastik untuk dirinya kelihatan sama seperti Angelina Jolie.

Selepas kisahnya tular dan ramai mengatakan dirinya umpama mayat hidup, Sahar pantas mengatakan dia mengubah dirinya kerana terinspirasi dari karektor pengantin perempuan dalam filem animasi Corpse Bride yang mirip zombie.

Dalam satu temuramah di tv Iran, Sahar merupakan anak tunggal yang tinggal bersama ibunya selepas kedua ibu bapanya bercerai. Dia mengaku dirinya boleh masuk universiti tetapi kerana pesonanya yang “aneh” dia tidak boleh memasukinya.

“Saya lihat ramai pengikut menyukai apa yang saya lakukan,” kata Sahar memaklumkan ibunya tidak menyukai pembedahan plastik dia lakukan namun dia tetap mahu lakukannya kerana menyukainya.

Sahar mengakui, dia berani melakukan pembedahan itu kerana mahukan kehidupan lebih baik kerana menjadi terkenal adalah impiannya sejak kecil.
Dalam pada itu, pertubuhan hak asasi terkemuka Amnesty Internasional meminta Iran menghentikan “pengakuan” Sahar kerana tindakan itu melanggar haknya.

Published by
Almaswa Haji Che Ros