Instagram Didakwa Halang Kesedaran Tentang Palestin, Ini Cara Teruskan Sokongan Kamu

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ramai pengguna Instagram yang merasakan bahagian timeline mereka tidak lagi dipenuhi oleh foto serta video mengenai situasi semasa di Palestin.

Jika pada minggu lalu, acapkali kita menemui mesej kesedaran tentang situasi tegang yang dihadapi oleh saudara kita di sana.

Begitupun pada minggu ini, Facebook didakwa telahpun mengolah algorithm di Instagram agar sebarang perkembangan terbaru berkenaan Palestin sukar dilihat oleh penggunanya.

Senang cerita, apa-apa muat naik mengenai kekejaman rejim Israel ke atas Palestin akan diberikan amaran oleh pihak Instagram. Hhm..

Sumber Foto : Arab News.

 

Sumber Foto : Middle East Eye

*

Apapun, kita bertuah kerana beberapa akaun Instagram telahpun berkongsi tip alternatif untuk terus menyebarkan kesedaran dengan cara baharu di medan media sosial popular itu.

Ini adalah 5 tip yang dikongsikan oleh akaun Instagram @impactforpalestine untuk kita ikuti:

 

01

Gunakan ejaan alternatif bagi kata kunci. Contohnya seperti Isr*el, G@za dan Pal-estine.

02

Tangkap layar (screenshot) sesuatu imej dan muat naik ke media sosial korang. Elakkan repost muat naik pengguna Instagram lain secara direct.

03

Pada bahagian Instagram Story, korang digalakkan menggun filter, fungsi sketch dan memasukkan muzik bagi ‘mengelirukan’ algorithm.

04

Gunakan GIF dan emoji yang tidak berkaitan dengan topik (seperti emoji bendera Palestine, bendera Israel, pistol). Sebagai contoh, gantikan penggunaan emoji bendera dengan emoji makanan, haiwan atau tumbuh-tumbuhan.

*

Apa yang penting, usah kita hentikan peperangan kita menentang kekejaman rejim Israel biarpun hanya dengan menyampaikan mesej kesedaran.

ARTIKEL BERKAITAN : Menantu Kris Dayanti  Kumpul RM600 Ribu Bagi Membantu Warga Palestin Yang Tertindas – REMAJA

BACA LAGI : Jovian Mandagie Berjaya Kutip Lebih RM200,000 Hasil Jualan Amal Face Mask Palestin – REMAJA

Published by
FZ