Instagram sebelum ini telah pun melancarkan ciri Instagram Reels di peringkat global dan apa yang menarik, aplikasi ini menawarkan ciri-ciri seperti TikTok.
Instagram Reels menawarkan kemudahan menyunting serta menambahnya dengan audio dan beberapa kesan penuras tambahan dalam menjadikan video tersebut menjadi lebih menarik. Pada mulanya pengguna IG boleh berkongsi video selama 15 saat, kemudian ia dinaikkan durasinya ke 60 saat.
Namun, kini Instagram telah mengemaskini sokongan Reels dan membolehkan pengguna berkongsi video selama 90 saat pada Reels. Dengan ini, orang ramai boleh berkongsi lebih banyak klip video yang menawarkan kandungan lebih baik.
Ciri Reels ini dikongsikan melalui Feed dan sekiranya akaun korang tidak private, ia turut akan dipertontonkan pada bahagian Reels di Explore. Seakan aplikasi TikTok, korang boleh membuat video pendek Reels yang diiringi dengan pilihan muzik dan efek melalui aplikasi Instagram.
Pengguna boleh melakukan pilihan Reels pada bahagian dimana korang berkongsi story di Instagram, atau feed mahu pun direct message. Jika dikongsi di IG Story, ia kan hilang dalam tempoh 24 jam. Namun, jika di feed, ia akan kekal di Instagram feed korang.
Bagi individu yang tidak mempunyai akaun TikTok, sudah tentu Instagram Reels ini menjadi pilihan mereka untuk memuat naik video di laman sosial. Betul tak?
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=U985G7cH8a4&t=8s