Setelah menyediakan akses Direct Message Instagram di dekstop, kini aplikasi itu menambah lagi feature terbaru mereka iaitu Instagram Live sudah boleh ditonton melalui dekstop korang.
Sebelum ini pengguna hanya boleh menyaksikan siaran IG Live melalui aplikasi Instagram di gajet sahaja, dan jika di dekstop korang hanya boleh melihat Instagram Strories. Namun selepas ini, sekiranya korang memang sedang melakukan pekerjaan di dekstop dan mengakses instagram, korang juga boleh terus menonton siaran live menerusi dekstop.
Menurut amanz.my, sebelum ini keupayaan akses Instagram Live melalui laman web terhad untuk beberapa negara, tetapi kini ia turut boleh diakses oleh pengguna di Malaysia.
Korang hanya perlu klik pada paparan di sebelah kanan yang mengeluarkan notifikasi Live dan boleh tonton secara langsung di situ.
Lebih menarik, komen-komen akan berada di bahagian kanan dan tidak menutup wajah individu yang sedang melakukan Live. Paparan dekstop juga lebih besar dan sudah tentu korang akan lebih puas menonton melalui akses ini.
Sumber: amanz.my