Instagram telah pun melancarkan ciri Instagram Reels secara rasminya di peringkat global dan apa yang menarik, aplikasi ini menawarkan ciri-ciri seperti TikTok.
Instagram Reels menawarkan kemudahan menyunting dan berkongsi video 15 saat serta menambahnya dengan audio serta beberapa kesan penuras tambahan dalam menjadikan video tersebut menjadi lebih menarik.
Ciri ini boleh dikongsikan melalui Feed dan sekiranya akaun korang tidak private, ia turut akan dipertontonkan pada bahagian Reels di Explore.
Instagram Reels ini telah diperkenalkan secara berperingkat di lebih kurang 50 negara, termasuklah Amerika Syarikat, Jepun, Australia, India dan beberapa negara lain.
Seakan aplikasi TikTok, korang boleh membuat video pendek Reels yang diiringi dengan pilihan muzik dan efek melalui aplikasi Instagram.
Pengguna boleh melakukan pilihan Reels pada bahagian dimana korang berkongsi story di Instagram, atau feed mahu pun direct message. Jika dikongsi di IG Story, ia kan hilang dalam tempoh 24 jam. Namun, jika di feed, ia akan kekal di Instagram feed korang. Ciri ini dijangka akan boleh diakses oleh semua dalam beberapa hari ini.
Ha, tak sabar nak tunggu bagaimanalah agaknya rupa pesaing TikTok ini kan? Hiks!
Mungkinkah selepas ini pengguna TikTok akan beralih arah? Sama-sama kita nantikan..
Sumber: kompas.com