Institut Muzik UCSI Diiktiraf Di Malaysia & Tersenarai Terbaik Di Asia

Share

Apa perasaan korang bila universiti tempat korang belajar diiktiraf sebagai yang terbaik? Mesti proudkan, tambah-tambah jika kita salah seorang yang terlibat. Tak kiralah sama ada masih belajar atau sudah graduate, bila nama universiti kita menerima pengiktirafan, rasa bangga itu pasti ada.

Terbaru, universiti UCSI dalam bidang muzik telah diiktiraf oleh penilaian QS World University Rankings yang baru sahaja diumumkan oleh Subject 2018 di mana  UCSI termasuk dalam senarai ke 51-100 institut yang terbaik dalam bidang muzik dan seni persembahan.

Statistik yang diberikan oleh QS memperlihatkan reputasi Institut Muzik UCSI (iMus) yang memberangsangkan dalam bidang akademik dan pekerjaan yang merupakan kelayakan utama menyumbang pada penilaian skor keseluruhan tertinggi. Faktor ini menempatkan UCSI di dalam senarai 100 institusi terbaik daripada 1,182 yang dinilai.

Kedudukan selanjutnya mengukuhkan reputasi iMus sebagai pusat pembelajaran muzik yang terbaik dan terkenal di seluruh Malaysia.

Tiada universiti atau institusi yang di Malaysia yang disenaraikan dalam lingkungan antara 100 yang terbaik di dalam kategori ini  dan hanya tiga institusi sahaja yang disenaraikan mendahului UCSI di Asia iaitu Universiti Kebangaan Singapura, Institut Kesenian Yogyakarta Indonesia.

Pelajar dan tenaga pengajar USCI berbangga selepas menerima pengiktirafan ini

Berbangga dengan penilaian ini, Pengarah Institut Muzik UCSI, Profesor Dr P’ng Tean Hwa mengatakan bahawa pengiktirafan ini dianggap sebagai hasil dari kerja kerasnya selama bertahun beliau berkhidmat di UCSI dan iMus.

“Tergolong antara 100 institut yang terbaik daripada kebanyakan universiti dan sekolah muzik dari seluruh dunia yang tersenarai adalah sesuatu yang amat membanggakan dan memberikan kepuasan. Ianya bukanlah sesuatu yang mudah bagi kami kerana kami perlu membuktikan bahawa wujudnya peluang pekerjaan dan masa depan yang cerah dalam bidang muzik” kata Dr P’ng.

“Kami sentiasa bekerjasama dengan pelajar kami, jadi kejayaan ini patut dikongsi bersama alumni dan pelajar-pelajar kami, begitu juga dengan tenaga pengajar kami. Setiap seorang di sini memainkan peranan dalam usaha meningkatkan pencapaian UCSI and iMus sehingga ke hari ini dan apabila kami bersatu-padu, segalanya menjadi lebih hebat dan cemerlang.”

“Kami akan terus berusaha kuat untuk mempertahankan kejayaan ini. Kami sasarkan untuk menjadi pilihan utama, bukan sahaja untuk pelajar tempatan, tetapi juga untuk pelajar dari seluruh dunia. Kami gembira prestasi dan kedudukan kami di peringkat global ini memperlihatkan cita-cita kami.”

iMus dikenali sebagai pusat pengajian muzik yang utama di Malaysia dalam pengajian muzik klasikal dan kontemporari. Ia telah melancarkan karier untuk penggiat-penggiat seni terkemuka, antaranya adalah seperti Dr Joanne Yeoh, Dennis Lau dan komposer terkenal Onn San.

Semakin rancak mencapai kejayaan, iMus sentiasa melangkaui kecemerlangan dalam pembelajaran dan pengajaran. Institut ini mengadakan pertandingan piano peringkat wilayah dan ia juga telah diperluaskan dengan mengadakan persidangan muzik yang mengajar pelajar-pelajarnya pengetahuan pedagogi.

Kekuatan iMus yang jelas ditonjolkan di dalam penilaian ini adalah salah-satu persediaan untuk mencapai kejayaan dan prestasi ke peringkat yang lebih tinggi untuk UCSI. Universiti UCSI seronok menikmati kecemerlangan menjadi universiti yang terpantas meningkat naik di Asia selepas melonjak naik 131 tangga di dalam penilaian QS University Rankings: Asia 2018 – sekaligus menempatkan UCSI di dalam 1.8% universiti yang terhebat di Asia.

UCSI adalah satu daripada dua universiti swasta di Malaysia yang tersenarai di dalam penilaian QS sedunia ini.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros