Ketika tumpuan lebih terarah kepada kakaknya, Noor Neelofa yang dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang pada hujung minggu ini dengan jejaka pilihan hatinya Haris Ismail, Ameera Khan hari ini telah mencuri sedikit perhatian pemerhati dengan penampilan terbarunya.
ARTIKEL BERKAITAN : Mohon Doa Semua, Netizen Speku Neelofa Dan PU Riz Bakal Bernikah Masa Terdekat – REMAJA
Menerusi muat naik di akaun Instagram miliknya dan beberapa lagi hantaran Instagram Story milik ahli keluarganya, Ameera yang mesra dengan panggilan Little Miss Khan mengenakan hijab berona silver untuk dipadankan dengan persalinan neutral dan beg berjenama Dior.
Pempengaruh lokal itu turut memadankan foto tersebut dengan caption berbunyi, “Ini merupakan hari pertamanya, InsyaAllah” dalam tulisan arab.
Perubahan imej itu juga mendapat sokongan daripada adik beradik yang lain seperti Neelofa dan Athisha Khan dalam ruangan komen serta hantaran Instagram Story.
“Akhirnya (saya) merasakan ketenangan dan lengkap. Alhamdulillah,” catat Ameera.
Cantik sangat Meera!
REMAJA doakan agar fasa baharu dalam kehidupan Ameera ini diiringi dengan perasaan instiqomah senantiasa dalam diri gadis berusia 20 tahun ini.
BACA LAGI : Ada Sebab Mengapa LMK Berwajah Marilyn Monroe, Gara-Gara Demi.. – REMAJA