
Bintang sensasi, Ariana Grande telah mengumumkan yang dia sudahpun berkahwin dengan pilihan hati, Dalton Gomez pertengahan Mei lalu. Majlis yang dilangsungkan secara tertutup itu hanya dihadiri 20 orang rakan dan keluarga terdekat sahaja.
Bila sudah berkahwin pasti ada busana perkahwinan, betul tak? Akhirnya hari ini, penyanyi popular ini telah memuatnaik gambar hari perkahwinannya dalam balutan busana pekahwinan.
Direka oleh pereka fesyen terkenal Vera Wang, busana gaun perkahwinan tanpa lengan potongan empire itu cukup ringkas tanpa perincian manik atau labuci. Namun rekaan yang moden dengan bukaan dan belahan tinggi di bahagian belakang menjadikan ia sempurna buat selebriti berusia 27 tahun itu.
Gaya busana ini dilengkapkan dengan pemilihan layah ber’volume’ potongan pendek paras bahu dan diserikan dengan tampilan riben keras. No crown, no tiara, just a bow.
Dalam satu hantaran di Instagram, Vera Wang berkata, “Untuk muse yang cukup menakjubkan, betapa hebatnya perjalanan ini bagi kami semua di Vera Wang. Ia merupakan satu kegembiraan dan penghormatan! Semoga anda dan Dalton berbahagia sepanjang hayat.”
Sumber foto: Instagram Ariana Grande
7 Tip Hadapi Jerebu, Pendingin Hawa Kereta Juga Mainkan Peranan

Isi Kandungan
Toggle
Finally, ada berita baik mengenai situasi jerebu yang melanda Malaysia!
Menurut Jabatan Metereologi Malaysia, kualiti udara di bahagian timur Malaysia akan bertambah lebih baik pada hari Sabtu atau Ahad, manakala untuk pantai Barat pada hari Ahad atau Isnin.
Sepantas 2 minggu dari sekarang pula, jerebu di Malaysia yang reda sepenuhnya. Setidak-tidaknya, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) akan turun hingga angka 100.
Ini kerana dalam tempoh beberapa hari, angin di rantau ini akan mula berubah haluan dari timur ke barat. Jika haluan angin itu kekal konsisten, ia akan bertiup semula ke Indonesia terutamanya ke Sumatra.
ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan Dengan Jerebu, UiTM Tidak Teragak-Agak Tangguh Lecture Jika..
NAMUN, buat masa sekarang, korang masih perlu berjaga-jaga dengan situasi jerebu ini. Selagi tidak reda, korang disarankan untuk mempraktikkan 7 tip ini.
Aktiviti Luar
Elakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti luar dalam tempoh masa ini. Jika perlu ke luar sekalipun..
Penutup
..gunakan topeng muka agar dapat mengurangkan kesan jerebu yang disedut. Bagaimanapun, topeng pembedahan (surgical mask) bukanlah topeng bersesuaian. Topeng muka yang terbaik ialah topeng muka N95.
Udara Bersih
Walaupun berada dalam bangunan pastikan persekitaran di dalam kawasan terhindar daripada sebarang udara tercemar dari luar.
Jangan Bakar
Bukan sahaja aktiviti pembakaran tidak elok untuk kesihatan tetapi juga menyalahi undang-undang. Jika ternampak berlakunya kebakaran walaupun kecil, sila laporkan kepada pihak berkuasa.
Sentiasa Cuci
Amalkan rutin mencuci tangan dan muka terutamanya sebelum makan. Gunakan sabun bersesuaian yang mengandungi anti-septik.
Minum
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Dengan kandungan air masak yang mencukupi, badan akan merasa lebih segar dan suhu badan akan lebih teratur.
Hawa Dingin
Jika memandu kereta, sila pasang pendingin hawa dengan menggunakan mod kitaran udara dalaman.
Sekiranya mempunyai bajet, pasang juga alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di dalam rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.
Cate Blanchett Sebar Mesej Keamanan Bagi Palestin Di Karpet Merah Cannes Dengan Gaunnya

Keghairahan warganet di seluruh dunia bagi menjalankan gerakan #CelebrityBlockout2024 masih tidak menunjukkan tanda-tanda henti.
Gerakan yang dimulakan oleh pengguna di TikTok itu adalah merupakan satu usaha warganet global bagi memboikot akaun media sosial para selebriti antarabangsa yang mempunyai berjuta-juta pengikut namun memilih untuk tidak bersuara bagi menentang tindakan kejam rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.
ARTIKEL BERKAITAN: “Adakah Halal Atas Dasar Boikot?”, Naim Daniel Terima Kecaman dan Ugutan Dari #Blockout2024 – REMAJA
Beberapa nama yang terpalit dalam senarai boikot itu termasuklah Taylor Swift, Kim Kardashian, Beyonce, Justin Bieber dan rata-rata akaun media sosial mereka telahpun kehilangan sejumlah besar pengikut; lantas membuktikan gerakan boikot itu mempunyai kesan signifikan terhadap pengaruh selebriti antarabangsa.
Begitupun, tidak semua selebriti terkenal yang menjadi sasaran boikot. Ini memandangkan ada sebilangan yang tidak gentar menyebarkan mesej keamanan buat rakyat Palestin dan pembebasan negara mereka daripada cengkaman rejim Zionis. Salah seorang daripadanya ialah pelakon terkenal dari Australia, Cate Blanchett.
Cate, 55 pada hari ini membuat kemunculan di karpet merah Festival Filem Cannes yang sedang rancak berlangsung di Perancis sempena tayangan perdana filem baharu lakonannya, The Apprentice yang merupakan sebuah biopik berkisarkan usahawan serta bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Mengetahui impak kemunculannya di karpet merah berkenaan, Cate mengambil peluang untuk menyarungkan busana satin rekaan Jean Paul Gaultier Couture dengan aksesori Louis Vuitton pada bahagian bahunya.
Menariknya, Cate secara ‘halus’ menyampaikan tanda solidaritinya kepada rakyat di Palestin menerusi pemilihan warna gaun terdiri daripada hitam pada bahagian hadapan dan hijau pada sebelah dalam gaun yang dapat dilihat setiap kali ia diselak.
Dari beberapa sudut, jelas Cate mewakili warna-warna bendera Palestin apabila bergambar di atas karpet merah yang terbentang.
Knowing Cate, this is not just a coincidental choice.
Tambahan pula, beliau merupakan Duta Muhibah untuk Agensi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian.
Semalam, Cate telahpun menggunakan platform beliau di Cannes untuk menggesa agar industri filem antarabangsa bergerak ke hadapan dengan memaparkan kisah-kisah yang dilalui sendiri oleh para pelarian yang kehilangan tempat tinggal akibat peperangan dan keganasan yang berlaku di negara asal mereka.
“Saya selalu hairan mengapa tidak banyak filem-filem yang berkisarkan kisah mereka (pelarian).
“Mereka yang tidak lagi mempunyai tempat tinggal masih mempunyai suara, mereka mempunyai kisah sendiri dan ia hebat malah memberi inspirasi.
“Apa yang ingin saya sampaikan kepada mereka (produksi dan pelakon), apabila mereka memikirkan pengarah yang mereka idamkan untuk bekerjasama atau kisah yang mereka rasakan menarik… apa kata senaraikan orang yang tidak kelihatan seperti anda, yang tidak mempunyai pengalaman seperti anda dan lihat kisah-kisah yang ingin anda sampaikan (kepada penonton antarabangsa),” katanya dalam sidang media.
ARTIKEL BERKAITAN: Syafiqah Aina Terus Tunjukkan Solidariti Buat Palestin Menerusi ‘Billboard’ – REMAJA
BACA LAGI: Anak Bongsu Anwar Ibrahim Pamer Kain Rentang ‘Free Palestine’ Di Majlis Graduasi NYU – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Sedapkan Gosok Mata”, Sebelum Teruskan Kena Tahu Apa Risikonya. Boleh Ke Letak Eye Drop Pada Mata?

Kadang mata terasa gatalkan. Kita pun sedap menggosoknya. Lagi lama lagi sedap dan kemudian mata mulai merah dan kelihatan bengkak. Kita pun panik dan mulai carik eye drop bagi menghilangkan mata merah dan bengkak tu tanpa ke klinik.
Boleh ke gosok mata ketika gatal? Boleh juga ke letak eye drop yang sebenarnya adalah air garam pada mata? Baca pandangan Hafiz Sulaiman, seorang pejuang kesihatan mengenai masalah mata mata yang ditulis di laman facebooknya. Ini tulisannya.
Anak asyik bertahi mata je selalu..
Mata selalu gatal..
Gosok tak berhenti..kadang-kadang sampai sakit.
Tak risau ke tercalar..atau penglihatan rosak kekal?
Untuk sesetengah kes yang teruk, memang berisiko untuk buta…terutama jika terkena jangkitan. Aduan ini biasa pada pesakit yang mengalami alergi konjuntiva atau “Allergic conjunctivitis”.


Alaa..alergik nampak pada kawasan “putih mata” tu
Ia dikaitkan dengan penyakit atopi seperti ekzema, asma dan juga alergi makanan. Walaupun agak jarang, terdapat 2 bentuk alergi mata yang teruk:
1) Alergic keratoconjunctivitis
– kali ini, bukan saja putih mata(conjunctivitis), kanta mata pun alergik sekali (keratitis)!
– 95% dikaitkan dengan atopic dermatitis (ekzema).
– 87% dikaitkan asma.
– Resdung juga berkaitan.
– Biasanya berlaku pada orang dewasa yang ada alahan.
2) Vernal Keratoconjuncitivits
_ Ini semua sekali alergik..bahagian mata dan jugak kawasan mata!
– Boleh dapat silau teruk, mata jadi berair tak henti.. pedih..
– Kemungkinan ada bengkak dan “ketumbuhan” kawasan mata..
Semua ni disebabkan oleh alahan..
Histamin lah..sebab tu nak kurangkan kejap gatal dan bengkak…. kita ambil antihistamin.
Histamin ni “protective” sebenarnya..bila badan kita rasa ada habuk ke masuk mata, histamin badan kita ni yang beri signal kat mata kita :
– Rembeskan air mata banyak-banyak supaya bahan kimia jadi cairr atau bahan beracun jadi kurang toksik..
– Sebabkan bengkak : Bila salur darah banyak, antibodi pergi ke kawasan mata dan bunuh kuman penceroboh.
Stem sel pun banyak kawasan tu untuk repair mana yang patut.

– Gatal : Kita garu-garu tu kalau benda asing masih ada dalam mata kita akan banyakkan lagi air mata dan jadi lebih bengkak..itu untuk bagi ransangan pemulihan lebih cepat.
-sama lah kes macam resdung. Kita bersin supaya habuk atau kuman keluar daripada hidung dan tak masuk paru-paru. Hingus keluar banyak untuk perangkap habuk dan benda asing. Bengkak semua tu untuk repair mana yang.rosak..Amazing kan ciptaan Allah ni.
MASALAHNYA!
– Bila habuk cenonet tapi reaksi macam mata kena asid kuat… garu macam nak terkeluar bijik mata.
– Mata bengkak-bengkak..umur belasan tahun eyebag lagi besar daripada bijik mata.
– Salah makan sikit, mata jadi bengkak dan gatal gila.. kena cahaya mata hari pun silau dan gatal juga.. hmm..
Kena cari puncanya. Puncanya..
Histamin lah! Banyak sangat!
Bila banyak sangat, mata jadi sensitif..
Reaksi pun jadi over sangat..
Over gatal..kita garu-garu..
Over bengkak..
Over stem sel..jadi ketumbuhan
Over stres jugak emosi kita
Ikut teori histamin…perut tu kena jaga..
Rosak perut, mendapat lah alahan..
Menggatallah mata..
PENAWARNYA di lapisan perut dan usus wahai tuan-tuan dan puan-puan. Cubalah diet GFCFSF low histamine..low lectin kalau yang kronik tu.. tak salah tukar diet yang lebih sihat dan rendah risiko bukan.

Di samping tu jangan lupa buat pemeriksaan doktor..
Jangan duk main eye drop je sokmo..
Banyak eye drop tu saline je bang..air garam
Ehh..jangan letak steroid sesuka hati!
Kena glaukoma ke..buta ke..sape nak tanggung!
Hanya guna steroid dengan nasihat doktor!
* p/s: jangan PM saya tanya detail pasal mata..saya bukan pakar mata..tak boleh konsultasi tanpa periksa juga ya, please dont be cheap with your eyes..tak ternilai tu..
Masalah mata konjunctivitis kronik dan komplikasi lain..doktor-doktor swasta dan klinik kesihatan biasanya refer terus ke pakar mata.Tak boleh main-main tuan-tuan dan puan-puan.Pesakit ekzema saya..dah lama sangat ekzema bertahun. Umur belum 30 dah buat pembedahan tukar kanta sebab masalah atopic cataract. Katarak sebab ekzema lah..dah tak boleh nampak jelas dengan kanta yang dah banyak parut sebab tenyeh sokmo. Semoga Allah pelihara penglihatan kita ameen..
SHARE supaya ramai sedar bahaya alergi mata ni.. ramai yang duk tunggu-tunggu jumpa pakar.. biasa lah gatal sikit-sikit.. Follow dan set SEE FIRST supaya tak missed sokmo pasal histamin dan penawarnya insha Allah..
.Hafiz Sulaiman
Pejuang Kesihatan