Berita

Intan Najuwa Hamil Cahaya Mata Pertama. Tahniah!

Share

Selepas hampir setahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon jelita, Datin Intan Najuwa kini hamil anak pertama.

Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon drama popular Saat Kau Takluk Cinta Ini menerusi sebuah hantaran Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Kongsi Detik Percintaan Bersama Suami Tercinta, Mahu Timang Sekurang-Kurangnya Tiga Cahaya Mata

“Rahsia kecil kami akhirnya dikongsikan. Kami bakal bertiga kelak,” katanya.

Dalam hantaran tersebut turut memperlihat, Intan menunjukkan video ultrasound bayi semasa melakukan pemeriksaan doktor.

Selain itu, pelakon Kekasih Rela Paksa itu turut menayang ‘baby bump’ sambil mengusap perutnya yang semakin membesar.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Ulas Isu SPM Tak Penting -“Pendidikan Bentuk Kita Jadi Individu Yang Lebih Baik”

Dalam ruangan komen, rata-rata peminat dan ramai rakan artis berkongsi rasa gembira dan meninggalkan ucapan tahniah kepada pasangan itu.

Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN