
Aktres jelita, Datin Intan Najuwa mengumumkan bahawa dia akan kembali aktif dalam dunia lakonan setelah selesai menjalani tempoh berpantang dan pulih sepenuhnya selepas melahirkan anak pertamanya.
Menerusi perkongsian di Instastory, pelakon berusia 28 tahun itu mengakui bahawa kini tumpuan utamanya adalah kepada keluarganya.
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Selamat Lahirkan Cahaya Mata Pertama, Pilih Nama Imane Lunara. Tahniah!
“Semestinya saya akan kembali berlakon sejurus saya betul-betul pulih.
“Sekarang, fokus saya hanya pada anak, karier dan bisnes,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Sakit Dada Tengok, Sumbat Semua Dalam Lokap” -Intan Najuwa Kecam Tindakan Pak Cik OKU Dipukul Beramai-Ramai
Walaupun begitu, pelakon drama popular Saat Kau Takluk Cinta Ini itu menegaskan bahawa dia tetap akan meneruskan kerjaya seni dalam masa terdekat.
Perkongsian berkenaan dibuat selepas para peminat bertanya mengenai perancangan kariernya sebagai seorang pelakon setelah bergelar ibu.
Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga bersama Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu dan selamat melahirkan anak pertama mereka, Imane Lunara, pada 15 Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Intan Najuwa