Berita

Intan Najuwa Ulas Isu SPM Tak Penting -“Pendidikan Bentuk Kita Jadi Individu Yang Lebih Baik”

Share

Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa menitipkan nasihat buat para pelajar di luar sana bahawa pendidikan dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sangat penting.

Pelakon drama hit Saat Kau Takluk Cinta itu menyatakan pandangan murninya menerusi ruangan Ask Me A Question yang dilakukan di Instastory miliknya.

“Betul ke orang cakap SPM tak penting?” tanya seorang pengguna.

Tampil menjawab soalan tersebut, Intan memberitahu seseorang perlu mengutamakan pelajaran agar masa depan mereka lebih cerah.

“Korang, tolong faham yang SPM sangat penting. Pendidikan adalah sangat penting. Jangan cuba untuk jadikan pelajaran tak penting hanya kerana awak boleh buat duit dengan cara lain pada zaman ini. Itu bukan masalahnya.

“Pendidikan membentuk kita menjadi individu yang lebih baik. Kita tak akan tahu apa akan terjadi pada masa hadapan, dengan adanya pelajaran dan ‘backup plan’ pasti akan sangat membantu di masa depan,” katanya.

Aktres itu turut menegaskan untuk sentiasa mencari ilmu sekali gus dapat menjadi contoh yang baik kepada generasi seterusnya.

“Dan ingat, teruskan mencari ilmu walau apa sekalipun. Apa yang kita belajar akan kekal dengan kita sepanjang hidup dan akan memberi contoh yang baik kepada kanak-kanak dan generasi akan datang,” coretnya lagi.

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai isu yang membimbangkan di mana rata-rata remaja menyatakan hasrat mahu menjadikan gelaran pencipta kandungan atau pempengaruh media sosial sebagai satu kerjaya sehingga mengabaikan pelajaran.

Sekadar info, pelakon berusia 26 tahun ini masih dalam pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang sebuah kolej di Singapura.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath