Kami percaya mesti ramai yang ‘bergantung’ kepada data internet mememandangkan sekolah dan institusi pengajian ditutup akibat pendemik Covid-19 ni. Betul tak?
Semalam Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata inisiatif industri secara bersama ini merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PENJANA)
Justeru itu, Syarikat telekomunikasi kini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan data percuma 1GB untuk tujuan produktiviti dan pembelajaran bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020 kelak.
Ads
Penawaran internet baru ini akan menggantikan penawaran internet percuma 1GB yang ditawarkan sekarang untuk pelbagai tujuan.
Dinamakan sebagai 1GB Internet Produktiviti, internet ini boleh digunakan untuk mengakses sejumlah perkhidmatan pendidikan dan aplikasi persidangan video. Data ini boleh digunakan antara 8 pagi sehingga 6 petang. Semua pelanggan prabayar dan pascabayar Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan TM Unifi akan menikmati penawaran ini.
Ia turut diumumkan yang mana sejumlah sumber pendidikan ditawarkan kepada pengguna, termasuk Classruum, Udemy dan SunagoLearn. Semua pelanggan juga dapat mengakses akses tanpa had ke Microsoft Office 365 dan juga perkhidmatan Zoom.
Ads
Pada masa yang sama, kerajaan mengumumkan akses percuma kepada aplikasi Gerak Malaysia, MySejahtera dan juga MyTrace.
Ads
Syarikat telekomunikasi berkaitan dijangka akan memaklumkan pelanggan mereka bermula hari ini berkaitan penawaran baru ini.
Moga inisiatif ini mampu membantu korang belajar secara ónline’dengan lebih baik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 telah melabuhkan tirainya semalam dengan meriah. Selepas dua tahun rakyat Malaysia tidak merasai sambutan kemerdekaan tanag air, akhirnya rindu terubat juga apabila ia dapat disambut di ibu negaa.
Rata-rata warga kota tidak melepaskan peluang membanjiri kawasan sekitar Dataran Merdeka. Khabarnya ada yang sanggup tidur beralaskan lengan di situ seawal 4.30 pagi bagi memastikan mereka mendapat tempat duduk berhampiran dengan lokasi perbarisan.
Gigih betul!
Berbekalkan semangat patriotik yang tinggi, ramai juga dilihat sanggup bersesak di stesen LRT sekitar kawasan Masjid Jamek, Pasar Seni dan pusat membeli-belah SOGO sebelum berjalan kaki ke Dataran Merdeka.
Senario ini sememangnya membangkitkan rasa bangga apabila melihat rakyat Malaysia begitu mencintai tanah air dan ingin meraikannya dalam persekitaran masyarakat bermajmuk.
Begitupun, ada seperkara yang menyedihkan selepas tamatnya sambutan semalam.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri menerusi foto dan video yang dimuat naik oleh pengendali akaun rasmi Facebook mereka. Ia menunjukkan landskap di Dataran Merdeka yang ‘hancur’ setelah dipijak orang ramai.
“Korang dah kenapa?
“Ada pula sesetengah di kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan. Langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik. Semangat tu dah bagus..Tapi caranya tak betul,” catat DBKL.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pelbagai pendapat. Ada yang kesal dengan situasi ini.
Begitupun, tidak kurang juga yang berpendapat ia berlaku di luar kawalan dengan kehadiran lebih daripada 70,000 orang di kawasan berhampiran Dataran Merdeka.
Ada yang mengatakan Dataran Merdeka tidak sesuai lagi dijadikan lokasi acara besar-besaran seperti sambutan Hari Kemerdekaan dan sebaiknya diadakan di lokasi yang lebih luas seperti Putrajaya pada tahun-tahun akan datang.
Apa-apapun, bagi REMAJA sama ada sesebuah lokasi itu besar atau kecil bukanlah alasan untuk kita merosakkan harta benda awam termasuklah hiasan landskap.
Seharusnya, sikap dan mentaliti pengunjung seperti kita juga memerlukan perubahan. Apa pendapat korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular dia media sosial setelah seorang pelanggan Maybank2U mendapati terdapat sebuah laman web Maybank palsu yang telah diguna pakai untuk tujuan scam dan penipuan pelanggan.
Malangnya, dia merupakan salah sorang pelanggan yang terpaksa menerima implikasi tertipu dengan taktik scammer tersebut setelah dia memasuki laman web itu melalui browser.– OMG – ia memang mirip laman Maybank2U sebenar.
Sekali imbas, memang tak nampak apa-apa perbezaan.
Tinjauan REMAJA terhadap muat naik perbandingan foto pelanggan tersebut mendapat kedua-dua laman web itu cukup sama kecuali beberapa perkara kecil seperti jenis font yang digunakan, saiz font dan beberapa penambahan lain yang tiada pada laman web asal.
Setelah mengetahui tentang insiden ini, pihak Maybank menerusi akaun Facebook mereka terus melakukan pengumuman agar pelanggan mereka tidak mudah klik pada sebarang iklan yang muncul sama ada melalui laman web rawak, mesej telefon dan di media sosial walaupun ia kelihatan seperti iklan legit.
“Scammers semakin bijak pada zaman ini dan mereka cuba mengambil kesempatan dengan mencipta promosi dan kempen palsu di media sosial. Mereka cuba menarik perhatian kamu untuk memberikan info sensitif seperti nama pengguna (username) dan kata laluan (password).
“Sekiranya kamu adalah salah seorang yang memberi respon kepada scammers, hubungi kami dengan segera di talian 03-5891-4744.”
Contoh Taktik Scammers
Maybank turut menyenaraikan 4 jenis taktik scammers yang perlu diperhatikan oleh pelanggan mereka sebelum mempercayai bulat-bulat.
Kempen koleksi terbaharu syarikat label fesyen terkemuka, Zara yang dilancarkan pada Ahad lalu ternyata mengundang kemarahan dan kritikan ramai susulan didakwa menyindir insiden genosid yang sedang berlaku di Palestin.
Kempen yang dikenali sebagai ‘The Jacket’ merupakan sebuah koleksi pakaian edisi terhad yang diperkenalkan oleh syarikat fesyen Sepanyol itu.
Melalui siri gambar kempen tersebut, model Kristen McMenamy yang memperagakan koleksi Zara Atelier terlihat memegang patung yang dibalut dengan kain putih, manakala dalam gambar seterusnya, seorang model berdiri dalam kotak kayu.
Ini seolah-olah memberikan indikasi bahawa koleksi foto itu diilhamkan oleh kehancuran yang berlaku di Palestin akibat perang yang berlaku baru-baru ini.
Setelah menerima kritikan ramai, Zara dilaporkan telah menghapuskan gambar tersebut, meskipun gambar-gambar lain dari kempen tersebut masih kekal di laman sosial rasmi mereka.
Baru-baru ini, pihak mereka turut mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan isu terbabit dan sekaligus memberi penjelasan dengan lebih teliti secara menyeluruh untuk pemahaman pelanggannya.
“Selepas mendengar komen mengenai kempen terkini Zara Atelier “The Jacket”, kami ingin berkongsi perkara berikut dengan pelanggan kami.
“Kempen yang dirancang pada bulan Julai dan difoto pada bulan September ini mempersembahkan siri gambar patung yang belum siap di sebuah studio pematung, dan dicipta dengan tujuan tunggal untuk mempamerkan pakaian yang dibuat dengan seni.
“Malangnya, sesetengah pelanggan merasa terganggu dengan gambar-gambar tersebut, yang kini telah dikeluarkan, dan melihat sesuatu yang jauh daripada niat asal semasa pembuatannya.
“Zara menyesali kekeliruan tersebut dan kami ingin menjelaskan sekali lagi bahawa kami amat menghormati setiap pelanggan kami,” jelas pihak mereka menerusi perkongsian di laman Instagram sebentar tadi.
Namun, jelas sekali penjelasan yang diberikan tidak mencukupi untuk memadam api kemarahan para pelanggan yang masih merasakan pihak Zara tidak cukup sensitif dan bertimbang rasa dengan tragedi berdarah yang sedang dihadapi rakyat Palestin.
“Tiada permintaan maaf yang ikhlas di sini,” komen salah seorang warganet.
“Sesetengah pelanggan merasa terganggu? Ini bukan anda meminta maaf kepada teman lelaki anda. Tipulah kalau tiada seorang pun pekerja anda yang tidak perasan persamaan yang sangat tinggi terhadap genosid yang sedang berlaku menerusi gambar kempen tersebut! Ini bukan kenyataan yang mencukupi,” amuk pengguna lain.
“Mengolok-olok tragedi pembunuhan beramai-ramai termasuk bayi dan kanak-kanak bukanlah nilai seni artistik, tetapi sesuatu yang sangat kejam,” kata pelanggan lain.
Buat makluman, ini bukanlah kali pertama Zara terlibat dalam kontroversi membabitkan isu sensitif ini kerana sebelum ini, syarikat fesyen terkenal ini telah menjadi sasaran kemarahan selepas seorang wakil mereka didakwa membuat kenyataan retorik anti-Palestin.
Vanessa Perilman, Ketua Pereka Fesyen Wanita Zara, dituduh membuat kenyataan kontroversi tersebut sebagai respons terhadap entri pro-Palestin yang dimuat naik oleh seorang model, menyebabkan kecaman meluas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...