
Berita baik buat pengguna iPhone, Apple kini telah menawarkan iOS 15.4 yang mampu untuk nyahkunci peranti walaupun memakai pelitup muka. Ciri ini sedang diuji pada iOS 15.4 Beta yang akan diberikan minggu ini.

Sebelum ini, pengguna iPhone boleh nyahkunci peranti ketika memakai pelitup muka tetapi dengan syarat mereka haruslah mempunyai Apple Watch.
Pengguna yang menaik taraf kemas kini iOS 15.4 ini akan mendapat tetapan baharu pada Face ID & Passcode, iaitu ciri ‘Use Face ID with a mask’.

Walau bagaimanapun, ciri ini dilaporkan tidak dapat digunakan oleh pengguna yang memakai kaca mata hitam dan ia hanya disokong pada peranti iPhone 12 ke atas sahaja. Bagi pengguna iPhone 11 ke bawah, malangnya peranti korang tidak menyokong ciri ini.

Untuk pengguna iPhone 12 dan ke atas, selepas ini korang bolehlah mencuba menukar Face ID dengan memakai pelitup muka dan pastinya ia lebih menyenangkan kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
AirAsia Perkenal AirAsia Food, Perkhidmatan Tempahan Makanan Antara Bandar

Selepas merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan e-hailing perjalanan udara menggunakan pesawat elektric vertical take-off and landing (eVTOL), kini nampaknya AirAsia melancarkan terlebih dahulu khidmat tempahan makanan menerusi AirAsia Food.
BACA: AirAsia Bakal Tawar e-Hailing Udara, Dari KLIA Ke KL Sentral Hanya Dalam 11 Minit
Platform penghantaran makanan AirAsia Super App dikatakan bakal memulakan perkhidmatan unik untuk kawasan terpilih di Lembah Klang yang membolehkan pengguna menikmati makanan terkenal dari Pulau Pinang diterbangkan dan dihantar terus ke depan pintu rumah korang.
Antara pilihan makanan yang ditawarkan termasuklah menu halal daripada Hameed Pata & Mi Goreng Sotong Bangkok Lane, jeruk campur oleh Jeruk Madu Pak Ali, Kuih Nyonya daripada Li Er Cafe, Nasi Kandar Hameediyah, Mi Kari Putih, Char Koay Teow dan Mi Hokkien Bee Hwa Cafe.
Wah, menarik bukan?
Menurut laporan Berita Harian, semua pesanan makanan akan dimasak dan disediakan terus dari kedai sebelum diterbangkan mengikut protokol kebersihan yang ketat dari Pulau Pinang ke Lembah Klang pada hari-hari tertentu setiap minngu. Caj penghantaran dikenakan sebanyak RM5.99 bagi setiap pesanan. Memang berbaloi!
Korang mempunyai pilihan untuk membuat pra-tempahan makanan kegemaran sehingga 30 hari lebih awal. Nah, selepas ini kalau teringin nak makan nasi kandar, mi goreng sotong atau pasemboq korang dah tak perlu nak buat plan ke Pulau Pinang, buat tempahan sahaja menerusi AirAsia Food ini.
BACA: 10 Mi Goreng Terbaik Yang Korang Kena Cari Kalau Mai Penang
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
UPDATE! 16 Ciri Menarik Pada iOS 16. Boleh Dimuat Turun Pada iPhone 8 Dan Ke Atas

Dah ramai yang teruja dengan sistem update iOS 16 bagi pengguna iPhone.
Sistem operas terkini iPhone iaitu iOS 16 kini boleh dimuat turun oleh pengguna peranti-peranti yang layak menerimanya. Saiz muat turun sistem operasi ini ialah 3.1GB dan boleh dilakukan secara OTA seperti kebiasaannya.
ARTIKEL BERKAITAN : Sekian Lama Menanti, Apple Pay Akhirnya Boleh Digunakan Di Malaysia
Katanya iOS kali ini membawakan ciri Always on Display. Jom kita lihat antara 10 ciri iOS 16 yang dikatakan hadir dengan pelbagai ciri baharu yang tidak ditawarkan sebelum.
- Kustomasi Skrin Kunci Seakan Android
Pengguna iOS tidak perlu lagi cemburu dengan pengguna Android kerana ciri kustomasi ini lebih kurang yang ada pada Android.
2. Safety Check – Membantu Mangsa Keganasan Rumahtangga
Ciri Safety Check boleh membantu mangsa keganasan rumah tangga untuk menghadkan akses akaun mereka dari pasangan.
3. Family Sharing – Kawal Peranti Anak Dengan Lebih Mudah
Terdapat banyak isu tentang akses kepada kandungan yang tidak sesuai dengan umur dan juga mengawal berapa lama mereka boleh menggunakan peranti setiap hari. Pada iOS 16, proses mengawal akan dipermudahkan menerusi Family Sharing yang dipertingkatkan.
4. Photos – Perkongsian Mudah Dengan Keluarga Menerusi iCloud
Dengan Shared Library, pengguna ekosistem Apple boleh berkongsi gambar yang diambil menggunakan iPhone terus dengan ahli keluarga. Gambar diselarikan dengan storan iCloud setiap ahli dalam kumpulan.
5. Photos – Sorok Gambar Dengan Face ID, Touch ID dan Kata Laluan
Gambar yang ingin disorokkan dari pengguna lain kini boleh dikunci di sebalik imbasan Face ID, Touch ID dan kata laluan dalam aplikasi Photos. Lepas ini, gambar privasi seperti kad pengenalan, pasport dan sijil kelahiran misalnya akan disimpan dengan selamat.
6. Photos – Melakukan Suntingan Yang Sama Pada Gambar Lain
Proses menyunting gambar dalam Photos turut dipertingkatkan dengan ciri melakukan suntingan yang sama pada gambar yang lain secara automatik. Katakanlah gambar A disunting supaya lebih kecil dan dikenakan penuras monokrom.
7. iMessage – Suntingan Teks dan Menarik Semula Mesej
Khas buat korang yang suka typo? Jangan risau kerana iMessage pada iOS 16 membenarkan suntingan teks yang dihantar asalkan ia dilakukan dalam tempoh 15 minit ia dihantar kepada penerima.
8. Face ID Pada Posisi Landskap
Selamat datang ke 2022 Face ID pada iPhone! Ciri yang sudah sekian lama disokong pada iPad Pro kini akhirnya diberikan kepada model-model iPhone tertentu dengan Face ID.
9. Live Text – Teks Dalam Video Boleh Dipilih
Ciri Live Text yang tahun lalu menyokong mana-mana gambar yang ditekan selama beberapa saat kini menyokongnya pula pada video. Oleh itu proses alih bahasa, menukar mata wang dan banyak lagi boleh dilakukan terus dengan hanya sekali tekan. Sistem yang lebih mesra pengguna berbanding yang digunakan Google Lens.
10. Apple Wallet – Perkongsian Kunci Digital Lebih Selamat
Apple Wallet menyokong kunci digital untuk kereta, bilik hotel dan kampus sejak beberapa bulan yang lalu. Pada iOS 16, kunci digital yang dimiliki pengguna boleh dikongsi dengan selamat menerusi aplikasi pemesejan popular seperti Messages, Mail, dan WhatsApp.
11. Melihat Kata Laluan WiFi Pada Tetapan
Pada iOS 16 kata laluan WiFi akhirnya boleh dilihat oleh pengguna. Sebuah lagi ciri standard pada Android kini dipinjam oleh iOS!
12. Health – Peringatan Memakan Ubat
Aplikasi Health semakin berguna selepas kemas kini iOS 16. Terdapat ciri untuk memberikan peringatan kepada pengguna untuk mengambil ubat pada waktu yang tepat. Ciri imbasan label ubat juga diberikan supaya nama ubat boleh dimasukkan ke dalam senarai preskripsi pengguna secara automatik.
13.Rapid Security Response – Tampalan Sekuriti Pantas Tanpa Disedari
Kelebihan Rapid Security Response ialah pemasangan tampalan sekuriti tidak lagi memerlukan kemas kini versi iOS seperti yang dilakukan selama ini. Ia turut tidak memerlukan peranti dimulakan semula untuk tampalan sekuriti terkini berfungsi.
14.Haptik Untuk Papan Kekunci
Papan kekunci iOS 16 turut boleh menyokong tindak balas haptik yang selari dengan bunyi yang dihasilkan apabila ditekan.
15. CarPlay Untuk Semua Saiz Skrin Kenderaan
CarPlay baharu tidak lagi terhad pada saiz skrin yang kecil dan nisbah tertentu sahaja. Menerusi kerjasama dengan beberapa syarikat automotif utama seperti Honda, Volvo, Jaguar dan Ford CarPlay kelak dapat digunakan pada kesemua skrin dalam kokpit kenderaan.
16. Audio Spatial Khusus Untuk Setiap Pengguna
Akhir sekali kustomasi kepada sistem audio spatial turut boleh dilakukan pada iOS 16. Dengan menggunakan kamera TrueDepth di bahagian hadapan iPhone, sistem akan menganalisa kepada pengguna bagi menghasilkan pengalaman audio yang lebih serasi untuk setiap pengguna.
Tapi ingat! Hanya peranti yang lebih baharu seperti iPhone X, iPhone 8 dan ke atas boleh memuat turunnya sekarang. iPhone 6s/6s Plus, iPhone SE (Gen-1), iPhone 7 /7 Plus adalah lima iPhone yang tidak akan menerima kemas kini iOS 16.
Sumber: 1
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Alamak.. Sambutan Mengecewakan iPhone 14 Plus Desak Apple Henti Pengeluarannya?

Baru beberapa minggu selepas pelancaran model telefon pintar yang dinantikan orang ramai, iPhone 14 Plus; syarikat Apple kini dilaporkan akan menghentikan penghasilan model tersebut disebabkan sambutan kurang memberangsangkan oleh pembelinya.
Menurut laporan yang diterima oleh The Cupertino yang diasaskan di California, sekurang-kurangnya satu pengilang di China sedang bersiap sedia untuk menghentikan penghasilan komponen iPhone 14 Plus.
Ia sekaligus bercanggah dengan pelan asal Apple untuk meningkatkan penghasilan model-model iPhone terbarunya disebabkan gagal mendapatkan kadar permintaan di kalangan pembeli.
iPhone 14 Plus merupakan salah satu model daripada barisan produk baharu yang diumumkan Apple pada 7 September. iPhone 14 Plus ini ditawarkan sebagai alternatif telefon pintar yang lebih murah berbanding model iPhone Pro dan mula dipasarkan kepada pengguna sejak 7 Oktober lalu.
ARTIKEL BERKAITAN : Jenaka Jual Buah Pinggang Untuk Beli iPhone 14 Sesuatu Yang Tidak Beretika? – REMAJA
Untuk pengetahuan, keputusan drastik yang diambol oleh Apple ini juga hadir sewaktu pasaran telefon pintar global diakui telah mengecil sebanyak 9 peratus berbanding suku ketiga sama tahun lalu.
Pasaran lemah ini sekaligus memaksa Apple untuk mengurangkan pengeluaran iPhone 14 sehingga enam juta unit.
Hhm, agak-agak mengapa iPhone 14 Plus ini tidak laku? Adakah ia disebabkan skrinnya yang bersaiz terlalu besar atau kerana perbezaan harganya yang ketara jika dibandingkan dengan model iPhone 14?
BACA LAGI : UPDATE! 16 Ciri Menarik Pada iOS 16. Boleh Dimuat Turun Pada iPhone 8 Dan Ke Atas – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.