iPhone 11 Dijangka Keluar Dengan Kamera 3D, Ini Reaksi Lucu Netizen

Share

Rasanya baru saja Apple melancarkan koleksi terbaru smartphone mereka, iPhone XS dan iPhone XR September lalu. Kini, khabar angin mengatakan bahawa iPhone 11 bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

Menurut Forbes, salah satu ciri terbaik yang akan diperkenalkan adalah penggunaan kamera 3D yang dikatakan mampu menangkap gambar pada jarak yang jauh dan mendapat kerjasama bersama jenama terkenal, Sony.

iPhone 11 ini dijangka keluar pada penghujung September 2019 dan agak-agak berapa pula harganya ya? Hiks!

Apa yang lebih menarik perhatian kami, respon dari netizen terhadap khabar angin ini boleh buat korang tergelak bila baca komen mereka.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah satu pembaziran.

Apa-apa pun, semuanya terpulang kepada pilihan dan kemampuan masing-masing. Jika korang memang mampu untuk membeli iPhone 11 nanti, alhamdulillah dah rezeki kan?

Jika tidak, ukurlah baju di badan sendiri.

Tapi ada lebih kurang beberapa bulan sebulan smartphone ini dilancarkan. Mungkin korang masih sempat kumpul duit kan?

Published by
Noor Ain Norman