Teringin nak pakai iPhone tapi selalu gigit jari sebab price tag? Nah, kini mungkin dah sampai masanya untuk korang join Team Apple. #finally
Model iPhone mampu milik, iPhone 6 32GB, kini semakin mampu dimiliki selepas penurunan harga kali kedua kepada RM1499 sejak dilancarkan pada pertengahan Mac 2017. Dengan harga asal RM1999, iPhone 6 32GB merupakan model Special Edition oleh Apple untuk tahun ini, dan hadir dengan skrin lebih besar (4.7 inci) berbanding iPhone SE.
Dari segi specs, iPhone 6 32GB mempunyai perkakasan yang sama dengan iPhone 6 iaitu skrin 4.7 inci (1334 x 750px), dan dikuasakan chip A8 Apple dengan RAM 1GB. Ia juga mempunyai kamera belakang 8MP dan kamera selfie 1.2MP. Berminat? Boleh beli di sini
Model iPhone 5s yang sudah berusia 4 tahun pula kini dijual pada harga RM999. Model ini mempunyai skrin Retina 4 inci, kamera 8MP chip A7 Apple dengan RAM 1GB. Korang boleh dapatkan model ini di Machines
Amacam? Korang rasa berbaloi tak untuk jadi pengguna iPhone dengan harga terbaru ni?
#Throwback 5 Jenis Classmates Yang Pernah Korang Jumpa
Semasa zaman sekolah, mesti ada macam-macam jenis perangai yang korang mesti akan jumpa dalam kelas.
Bayangkan satu kelas ada lebih 30 orang pelajar yang masing-masing mempunyai karakter berbeza. Ada yang pendiam, mulut bising, tak reti duduk diam dan tak kurang juga yang ‘hidup’ dalam berkumpulan.
Geng skema biasanya duduk di bahagian depan kelas. Macam biasalah, geng ‘nakal’ pula akan ambil port belakang kelas.
Dalam ramai-ramai itu, masing-masing confirm ada karakter tersendiri. Nah, kami senaraikan 5 jenis classmates yang korang pernah jumpa masa sekolah.
01
Innocent Lah Sangat
Depan cikgu amboii, bukan main baik lagi. Dialah paling dengar kata, sopan santun dan kononnya pelajar contoh sebab sentiasa taat dengan arahan cikgu. Pendek kata, bila depan cikgu, pijak semut pun tak mati. Tapi, bila cikgu keluar saja kelas, mulalah tunjuk belang.
02
Bajet Handsome
Pergilah sekolah mana-mana pun, lelaki jenis bajet handsome ni memang bersepah. Haha! Dia rasa dialah yang paling helok dalam sekolah tu, padahal nan hadooo. Eh..
03
‘Melodi’ Bergerak
Apa-apa je yang sedang berlaku di sekolah, mesti si polan ni tahu dulu. Lepas tu, mulalah membawang satu sekolah. Ada saja berita yang nak disensasikan, macam show Melodi hehe. Cerita suam-suam kuku pun boleh jadi hot bila keluar dari mulut lelaki / perempuan sensasi ni.
04
Abang Tough
Lengan baju wajib kena lipat naik atas walaupun dah terang-terangan pakai short sleeves. Bukan apa, dah penat workout mestilah nak tunjuk biceps. Part angkat meja kerusi bagi je lah dekat dia – abang tough kan. Mestilah yang paling sado dan kuat dalam kelas.
Cuma musykil lah. Bila lipas lalu depan meja, menjerit pula.
05
Akak Kawasan
Jangan berani nak masuk port hakak kawasan kalau korang belum betul-betul ‘kamcing’ dengan mereka. Biasanya, karakter hakak kawasan ni seorang yang garang dan menjadi pelindung kepada kawan-kawan baiknya. Kalau tak, tak ada la orang panggil dia hakak kawasan kan?
06
Tak Confident
Pelajar jenis ni memang kalau boleh nak excel dalam apa-apa perkara. Segala aktiviti sekolah dia nak join, segala kelab yang ada dia nak involve.
Tetapi slack-nya, pelajar ini tak confident dengan diri sendiri. Bila bercakap pun macam berbisik, bila berjumpa dia akan menyorok di belakang kawan. Selalunya, mereka merasakan diri mereka tidak sempurna di mata orang lain.
Tambahan pula bila kekurangan diri mereka menjadi bahan ejekan classmates seperti bekas jerawat pada muka, lagilah si dia akan merendah diri dan lebih suka mengasingkan diri daripada kawan-kawan lain.
***
Tak perlulah rasa rendah diri kalau korang hadapi masalah ini. Senang je nak atasi masalah bekas jerawat, contohnya seperti menggunakan minyak Bio Oil. Bukan hanya sebagai pelembap kulit, minyak ini amat berkesan untuk memudarkan cacat-cela pada kulit wajah.
Tak perlukan penjagaan lebih-lebih. Sekadar sapukan pada kesan bekas jerawat dua kali sehari dan ia akan diserap sepenuhnya ke dalam kulit.
Paling best, korang boleh dapatkan Bio-Oil 60ml hanya berharga RM25 di laman web mereka dengan menggunakan kod promosi MYHERMJ25.
Lepas ni, korang boleh lah dikategorikan sebagai pelajar paling cantik dan over confident!
Fakta & Sejarah Tentang Hari Guru Yang Perlu Korang Tahu
Pertama sekali, kami di team REMAJA ingin mengucapkan, Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik anak bangsa di seluruh Malaysia! Tanpa didikan serta tunjuk ajar daripada guru nescaya generasi sekarang dan akan datang pastinya kelam.
Pada tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengetengahkan tema hari guru 2018, ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’.
Secara dasarnya, KPM memberikan empat definisi tema sambutan Hari Guru tahun ini;
GURU: Guru merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid.
PEMACU: Penggerak yang menggerakkan sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan dalam memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran.
TRANSFORMASI: Membawa maksud melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku, pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna.
PENDIDIKAN: Bermaksud perihal mendidik yang merujuk kepada proses atau aktiviti untuk membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.
Tahukah korang bilakah sambuta Hari Guru di Malaysia bermula dan kenapa tarikh 16 Mei setiap tahun dipilih?
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Foto: Sinar Harian & Google
Netizen Tegur Untuk Jaga Imej Muslimah, Masya Masyitah Tampil Balas Ringkas
Terbaharu, penyanyi lagu popular Hapus itu sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila mengenakan fesyen yang tidak sesuai dengan imej wanita bertudung.
Menerusi hantaran di Instagram, Masya tampil memuat naik beberapa keping foto yang mengenakan skirt pendek dengan legging putih ketika bercuti di Tokyo, Jepun, baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: “Buat Orang Yang Mengapi-Apikan, Berhentilah…” Neelofa Mohon Henti Keruhkan Lagi Kenyataannya
Penampilannya sedemikian secara tidak langsung telah ‘memancing’ pengguna platform berkenaan untuk meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.
Tidak seperti kebiasaannya penyanyi itu hanya mendiamkan diri, namun kali ini menerusi hantarannya tersebur, dia dilihat membalas satu komen seorang warganet.
Pengguna tersebut menegur supaya penyanyi lagu Halimunan itu menjaga imej Muslimah yang dibawa dari terpesong jauh serta meminta penyanyi itu tidak lagi bertenang seperti yang ditulis dalam kapsyennya.
“Adik, tidak perlu nak calm (tenang) sangat. Tahu dalam hati itu Allah sudah jentik. Asyik tular sana sini fasal pemakaian awak tidak sudah-sudah.
“Ada sesuatu Allah nak beritahu awak gadis Muslimah, Jagalah imej Muslimah yang sebenarnya. Jangan jadi bahan fitnah, jangan mengundang fitnah,” komen pengguna itu.
Susulan itu, Masya tampil membalas komen individu itu dengan tenang dan ringkas.
“Thank you sisturr (sister),” balasnya ringkas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Masya Masyitah