iPhone Bakal Lancar Tujuh Model Baru Pada Tahun 2020, Korang Boleh Mula Menabung Sekarang

Share

Jika sebelum ini jenama gajet Apple melancarkan tiga model serentak, tahun 2020 dijangka mereka akan mengeluarkan lagi 7 model iPhone menurut ramalan penganalisa di Rosenblatt.

Teknologi rangkaian 5G juga turut diperkenalkan kerana semakin banyak negara dunia yang menawarkan rangkaian selular terkini yang mampu memberikan kelajuan muat turun sehingga 7Gbps.

Model yang akan dilancarkan khabarnya adalah iPhone SE2 4G, iPhone 12 4G, iPhone 12 Pro 4G, iPhone 12 Pro 5G, iPhone 12 Pro Plus 4G, iPhone 12 Pro Plus 5G dan iPhone 12 Pro Max 5G. iPhone SE2 4G dengan skrin sebesar 5.1 akan dilancarkan pada awal tahun hadapan tanpa sebarang model dengan sokongan 5G.

Berkenaan dengan saiz skrin pula, iPhone 12 hadir dengan saiz skrin yang sama seperti iPhone 11 iaitu 6.1-inci. iPhone 12 Pro dengan skrin yang lebih kecil iaitu 5.4-inci, manakala iPhone 12 Pro Max hadir dengan saiz 6.1-inci.

Harga jualan model 5G khabarnya sehingga $200 (lebih kurang RM830) lebih mahal berbanding model 4G.

Sama-sama kita nantikan sama ada khabar ini adalah benar atau tidak.

P/s: Dah bolehlah menabung sikit-sikit. Hiks!

Sumber: Amanz

Published by
Noor Ain Norman