Pengguna iPhone seluruh dunia mungkin perlu bersedia dengan berita kurang menyenangkan, iaitu harga iPhone berpotensi naik mendadak gara-gara tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Menurut laporan Reuters, kenaikan harga ini berpunca daripada keputusan Trump untuk mengenakan tarif terhadap beberapa negara, termasuk China – lokasi utama pengeluaran iPhone. Kesan langsung daripada tarif setinggi 54 peratus itu boleh menyebabkan harga iPhone meningkat antara 30 hingga 43 peratus!

Bayangkan ini:

BACA: Blood Brothers: Bara Naga, Filem Aksi Yang Bakal Gegarkan Perfileman Malaysia!

iPhone Mungkin Naik Harga Sampai RM10,000? Ini Sebabnya…

Ads

iPhone 16 termurah, yang kini dijual pada harga AS$799 (RM3,600) di pasaran AS, dijangka naik hingga AS$1,142 (RM5,130) jika kos tarif ini dipindahkan kepada pengguna.

Manakala iPhone 16 Pro Max versi 1 terabyte pula berpotensi mencecah AS$2,300 (RM10,330) berbanding harga asal AS$1,599 (RM7,180).

Satu beban besar buat pengguna?

Apple kini berada dalam dilema besar, sama ada menyerap kos ini atau ‘menolak’ beban tersebut kepada pembeli. Menurut analisis Rosenblatt Securities, jika trend tarif ini diteruskan, tidak mustahil semua model iPhone baharu akan alami kenaikan harga yang ketara.

Ads

Malah, model iPhone 16e yang dilancarkan Februari lalu pada harga AS$599 (RM2,690) juga dijangka meningkat kepada AS$856 (RM3,850)!

iPhone Mungkin Naik Harga Sampai RM10,000? Ini Sebabnya…

Bukan itu saja, saham Apple jatuh 9.3 peratus pada Khamis, penurunan terbesar sejak Mac 2020. Syarikat teknologi gergasi itu menjual lebih 220 juta unit iPhone setahun, dan kini cabaran terbesar mereka adalah mengekalkan daya saing dalam pasaran global.

Ads

Untuk rekod, Trump sebelum ini pernah memberikan pengecualian tarif kepada Apple, namun kali ini, Apple tidak terkecuali. Ini juga sebahagian daripada strategi beliau untuk ‘memaksa’ syarikat teknologi AS berpindah dari China ke lokasi seperti Mexico atau dalam negara sendiri.

Jika Apple terus terkesan, besar kemungkinan pesaing seperti Samsung akan mengambil peluang untuk rampas kedudukan di pasaran global.

Korang sanggup tak kalau iPhone mencecah RM10,000 satu hari nanti?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI