
Berita baik buat korang yang sedang mencari telefon pintar baru, Apple telah pun mengumumkan bahawa iPhone SE sudah boleh mula ditempah melalui laman rasmi Apple bermula 11 Mei 2020.
Selain tempahan melalui lawan web Apple, korang juga boleh membuat tempahan melalui pengedar rasmi Apple dan syarikat telekomunikasi terpilih.
iPhone SE hadir dengan skrin 4.7-inci Retina HD, dilengkapi pengimbas cap jari Touch ID, dijana cip Apple A13 Bionic, dan menggunakan satu kamera dibelakang. Ia turut hadir dengan sokongan kalis air IP67.
Ha, mesti korang dah tak sabar nak tahu harga telefon pintar ini kan?
Bagi model 64Gb dijual pada harga RM1999, 128GB RM2199 dan 256Gb pada harga RM2699.
Amacam, berminat tak?
Sumber: amanz.my
Google Meet Percuma Dibenarkan Untuk Penggunaan 1 Jam Sahaja Bermula 28 Jun Ini

Sejak negara kita mengumumpkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu, boleh dikatakan hampir kebanyakan urusan pekerjaan dan pembelajaran dilakukan dirumah secara dalam talian.
Untuk memudahkan komunikasi antara pekerja mahu pun para pelajar, medium yang popular digunakan adalah Google Meet, Zoom, Microsoft Teams dan banyak lagi.
Namun begitu, baru-baru ini khabarnya perkhidmatan persidangan video dalam talian, Google Meet bakal mengehadkan semula waktu penggunaan mesyuarat dalam talian kepada 60 minit (1 jam) sahaja bagi penggunaan versi percuma bermula 28 Jun 2021.
Jumlah peserta bagi setiap mesyuarat dalam talian Google Meet percuma ini juga akan dihadkan kepada 100 orang sahaja selepas berkuatkuasa akhir bulan ini.
Jika korang ingin melanjutkan tempoh waktu mesyuarat dalam talian melalui Google Meet lebih dari 1 jam, korang perlu melanggan pelan berbayar perkhidmatan tersebut.
Sebelum ini Google pernah melanjutkan tempoh penggunaan perkhidmatannya secara percuma dua kali, iaitu pada September 2020 dan 31 Mac 2021. Namun, untuk kali ini tidak dapat dipastikan sama ada Google akan memberikan sekali lagi penawaran percuma itu atau tidak.

Walau bagaimanapun, Google Meet percuma masih lagi membenarkan penggunaan panggilan tanpa had masa bagi panggilan secara berdua.
Namun begitu, semua akaun pendidikan di bawah program pembelajaran dalam talian, KPM DELIMa (MOE-DL) tidak terlibat dalam isu had penggunaan Google Meet percuma ini kerana akaun MOE-DL adalah akaun Google Workspace berbayar dan bukannya akaun percuma.
Jadi, jika korang menggunakan Google Meet untuk urusan pekerjaan dalam perjumpaan virtual yang agak lama, maka dinasihatkan untuk mengambil pelan berbayar bagi memudahkan urusan di kemudian hari. Hiks!
Sumber: (1)
10 Aplikasi Belajar Bahasa Inggeris Yang Korang Boleh Download

Isi Kandungan
ToggleTak semua orang fasih berbahasa Inggeris. Tapi, jangan pula malu untuk belajar kalau tak tahu.
Sekarang ni dah ada banyak aplikasi yang boleh korang download untuk belajar bahasa Inggeris. Tak perlukan wang dan lebih menjimatkan masa, semuanya hanya di hujung jari.
Berikut Remaja senaraikan beberapa aplikasi yang boleh korang rujuk.
1. Hello English
Aplikasi ini mempunyai pelbagai feature dengan cara interaktif yang kreatif, merangkumi daripada segi pembelajaran grammar, vocabulary dan conversation.
Kalau bosan nak belajar dengan cara straight foward, aplikasi ini juga menyediakan feature games yang mudah untuk difahami.
Selain itu, korang juga boleh berbincang bersama-sama dengan pengguna Hello English yang lain untuk mengasah lagi kemahiran berbahasa Inggeris yang sudah dipelajari.
2. Duolingo
Yang paling best untuk aplikasi ini adalah bukan hanya bahasa Inggeris yang korang boleh belajar, tetapi ada juga beberapa bahasa asing seperti Mandarin, Jepun, Rusia dan banyak lagi.
Dengan aplikasi ini, korang boleh belajar dengan lebih mudah dan ia juga turut menyediakan penilaian terhadap pelajaran yang diberikan melalui aplikasi ini. Hebat kan?
3. Lingbe Practice Language Live
Jika korang dah banyak berlatih berbahasa Inggeris, aplikasi ini pula digunakan untuk mendapatkan partner supaya korang boleh lebih kerap practice sesama sendiri. Korang juga akan mendapatkan feedback dari segi pronunciation, grammar hingga pada tahap kelancaran berkomunikasi.
4. Busuu
Merupakan salah satu Editor’s Choice di Google Play, aplikasi ini memberikan sijil digital atas kerjasama dengan McGraw-Hill Education. Korang akan diberikan test untuk ditempatkan pada level kemampuan berbahasa Inggeris masing-masing.
Ada lebih 150 pola latihan yang boleh digunakan dalam aplikasi ini untuk melancarkan lagi bahasa Inggeris korang.
5. Learn English Quickly
Aplikasi ini mengutamakan tentang pembelajaran bahasa Inggeris dengan cepat dan mudah. Ini adalah antara aplikasi lain yang korang boleh download.
6. Mango Languages
Aplikasi ini lebih menitikberatkan tentang latihan berkomunikasi. Selain belajar grammar dan pronunciation, Mango Languages juga memberi ruang untuk korang berlatih setiap hari dengan pengguna apps yang lain. Korang boleh memilih untuk menapis rakan apps mengikut kategori usia, jantina dan negara supaya memudahkan cara berkomunikasi nanti.
7. FluentU
Aplikasi ini mempunyai video daripada kehidupan sebenar seperti trailer filem, video muzik, ucapan yang memberikan inspirasi dan banyak lagi. Ia diolah supaya dapat memberikan pengalaman pembelajaran bahasa yang terbaik untuk pengguna.
FluentU juga mempunyai mod pembelajaran yang menyediakan kad imbasan dan latihan daripada video yang ditonton. Dengan car aitu, pengguna tidak akan melupakan perkataan baru selepas habis menonton.
8. HelloTalk
Aplikasi ini membantu pengguna dengan berpandukan situasi biasa yang kita lalui, contohnya seperti bagaimana memulakan perbualan, situasi dalam mesyuarat dan banyak lagi. Setiap topik mempunyai kuiz, latihan dan juga praktis bagi membantu kemahiran berbahasa Inggeris.
9. Memrise
Mendapat pengiktirafan Google pada tahu 2017, aplikasi ini dilihat sangat menarik kerana mempunyai video dan permainan berasaskan bahasa Inggeris, di mana cara ini dapat membantu penggunanya menguasai bahasa tersebut dengan pantas.
10. Awabe
Terdapat lebih 400 ayat yang disediakan untuk membantu pengguna menguasai bahasa Inggeris. Seperti aplikasi-aplikasi lain, ia juga mempunyai permainan, video dan kamus yang sangat menarik serta mesra pengguna.
Lepas ni tak ada lagi alasan nak malu-malu kalau tak pandai speaking English. Belajar je sendiri dekat rumah dengan menggunakan aplikasi berikut.
Belajar diam-diam, nanti kalau dah pandai terus je cakap ‘omputeh’ dengan kawan-kawan yang lain. Confirm dorang terkejut. Hiks!
Pengguna Boleh Guna Aplikasi Signal Sebagai Menggantikan WhatsApp

Sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel tentang pengguna telefon bimbit lama nampaknya tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp bermula 1 Januari 2021 kerana aplikasi tersebut akan memberhentikan operasi kepada peranti lama.
BACA: Aplikasi WhatsApp Bakal Dihentikan Pada 1 Januari 2021 Bagi Pengguna Telefon Lama
Bukan itu sahaja, WhatsApp juga telah mula mengemaskini polisi dan kepenggunaan baru untuk aplikasi mereka dengan memnta izin berkongsi data pengguna kepada Facebook. Jika korang tidak bersetuju data dikongsi oleh Facebook korang terpaksa berhenti menggunakan WhatsApp sepenuhnya.
Polisi baru ini akan dilaksanakan secara efektif bermula 8 Februari 2021 dan selepas tarikh tersebut, pengguna perlu bersetuju jika ingin terus menggunakan aplikasi itu.

Ekoran daripada situasi ini, Elon Musk yang merupakan pengasas Tesla telah memuat naik ciapan di Twitter dengan menyaran pengguna menggunakan aplikasi Signal sebagai pilihan. Walaupun Musk tidak menyebut Facebook atau WhatsApp secara terang-terangan namun ia memberi gambaran bahawa dia mengesyorkan pengguna untuk beralih kepada Signal susulan daripada kes polisi baru WhatsApp.

Ha, lepas ni korang bolehlah cuba untuk download aplikasi Signal ini kalau tak mahu data korang dikongsi di Facebook. Mungkin fungsinya seakan WhatsApp so why not kan?
Sumber: The Verge