
Isi Kandungan
ToggleDua hari lepas, Apple secara rasmi telah memperkenalkan versi terbaru sistem operasi mereka iaitu iOS 11. Walaupun sebenarnya lebih ramai yang teruja dengan iPhine X, namun tanpa iOS terbaru apalah maknanya peranti tersebut.
Bila kamu Boleh update iOS 11?
Sebenarnya ia telah dikeluarkan pada dua hari lepas iaitu 19 September 2017. Jika kamu tidak mendapat sebarang notification, sila ke Seetting>General>Software Update.
Korang boleh download dan install. Tapi pastikan kamu mempunyai baki storan dalaman sekurang-kurangnya 2GB. Sebelum itu, kamu harus pastikan adakan peranti Apple kamu menyokong iOS11.
Berikut ialah peranti yang menyokong iOS 11
- iPhone 5S, 6, 6 Plus, 6S, 6S Plus, SE, 7, 7 Plus, 8, 8 Plus and iPhone X
- iPad Air, Air 2 and 5th-gen iPad
- iPad Mini 2, 3, and 4
- All iPad Pros
- 6th-gen iPod Touch
Apakah feature utama yang diperkenalkan dalam iOS 11?
Ikuti review iOS11 menerusi video di bawah;
https://www.youtube.com/watch?v=7qvN4CRrXPE
Sudah Niat Lukis Mural Agong Kerana Berjiwa Rakyat, Pelukis Frontliners Fikir Positif

Bukan mudah ya untuk kita melukis potret wajah seseorang di atas kertas. Inikan lagi melukis mural pada dinding setinggi 10 kaki.
Namun apakah daya, lukisan mural di Taman Cahaya U12, Shah Alam terpaksa dipadam semula setelah insiden vandalisme dicetuskan oleh 2 orang wanita yang kini sedang dikenal pasti.
Pertembungan REMAJA bersama 3 orang pelukis mural frontliners semalam memberi kesempatan untuk mereka menjelaskan betapa sukarnya proses yang perlu mereka tempuhi untuk menyiapkan projek tersebut.
“Idea untuk melukis mural frontliners ini tercetus apabila kami melihat keperibadian (Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan) Agong. Bagaimana baginda begitu rendah diri dan prihatin terhadap rakyat… sempoi. Di situlah terdetik niat untuk melukis mural wajah Baginda.

“Saya mulakan dengan lukisan digital dahulu sebelum dipindahkan ke dinding mural. Wajah Baginda dimulakan sebelum musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala wajah Dr. Noor Hisham sewaktu musim PKPB,” kata Suhaimi yang sudi ditemuramah oleh REMAJA selepas MBSA menyiapkan kerja mengecat semula dinding.
REMAJA tertanya juga berapa lama masa yang diambil oleh Suhaimi, Firdaus dan Hadi dalam pembikinan dinding mural frontliners ini.

“Masa yang diambil untuk lukisan mural bergantung kepada saiz dinding, design dan ketinggian.
“Lebih tinggi lukisan itu, lebih lama masa yang diambil kerana pergerakan kami terbatas akibat keselamatan diri,” jelasnya.
Rasa Terkilan Tentu Ada
“Perasaan itu tentulah terkilan kerana hasil seni kita diperlakukan seperti ini. Apa yang kita buat untuk masyarakat di sini. Orang luar pun datang dari jauh untuk bergambar.
“Kami bertiga gembira bila orang datang dari jauh untuk bergambar dan melihat mural ini. Kita rasa seperti bakat kita dihargai. Kalau kami tak lakukannya (melukis mural), mungkin kami juga tidak berpeluang untuk bertemu dengan Agong . Ia adalah salah satu pencapaian tinggi kami dalam hidup.
Tambah rakan pelukis Firdaus, “Dengan adanya mural ini juga, perniagaan dan kedai-kedai di sini juga dapat kami bantu apabila ramai yang berkunjung. Kawasan ini agak ke dalam sedikit, jadi sedikit sebanyak kami gembira apabila ia menarik perhatian pengunjung dan membangunkan kawasan ini.”
Tambah mereka, perasaan positif masih ada dalam diri mereka untuk meneruskan projek-projek lukisan mural seterusnya di kawasan lain. Apabila ditanya sama ada mereka akan melukis semula di kawasan U12, mereka beranggapan lebih baik sekiranya niat itu ditangguhkan kerana gentar jika ia akan mengalami nasib yang sama dengan lukisan frontliners sebelum ini.
Baca artikel lanjut kami dengan Suhaimi, Firdaus dan Hadi di sini.
CCTV Dapat Detect Dua Orang ‘Pengkhianat’ Mural, Pelukis Trio Serius Terkilan
[MOVIE CONTEST] Ini Bukan Cinta Dan Rangga, Filem Milly & Mamet Lebih Lucu Pasti Buat Korang Terhibur

Masih ingat lagi dengan Milly dan Mamet? Kawan Cinta (Dian Sastrowardoyo) yang berkarater lucu dan menghiburkan dalam filem Ada Apa Dengan Cinta.
Kalau dalam Ada Apa Dengan Cinta 2, ketika mereka bercuti ke Yogyakarta, Milly sedang mengandung dan pelbagai adegan lucunya bersama Mamet (suami) sangat menghiburkan penonton.
Kini, korang berpeluang untuk melihat kisah Milly & Mamet di pawagam kerana cerita cinta mereka juga sudah difilemkan. Merupakan kesinambungan daripada filem Ada Apa Dengan 2 yang berkisarkan mengenai pasangan suami isteri ini yang sudah mempunyai cahaya mata.
Mamet mempunyai minat mendalam dalam dunia masakan dan mahu menjadi seorang chef. Walau bagaimanapun, impiannya tidak kesampaian kerana dia terpaksa bekerja di kilang milik bapa mertuanya.
Dia kemudiannya bertemu dengan bekas rakan kuliahnya Alexandra, yang memberitahu dia susah mempunyai pelabur untuk membuka sebuah restoran yang mereka impikan selama ini.
Pada masa yang sama, hubungan Mamet dengan bapa mertuanya semakin keruh apabila kedua-dua mereka sering berselisihan faham.
Bermulah konflik dan perselisihan yang berlaku kepada pasangan suami isteri.
Antara pelakon yang membintangi filem filem ini adalah Sissy Priscillia, Dennis Adhiswara, Julie Estelle, Ernest Prakasa, Yoshi Sudarso, Titi Kamal, Isyana Sarasvati, Dian Sastrowardoyo dan juga Melly Goeslow.
Milly & Mamet diarahkan oleh Ernest Prakasa ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 7 Mac 2019.
Nak tahu apa kesudahanya? Jom tonton tayangan perdana Milly & Mamet bersama Remaja pada 4 Mac (Isnin) ini dengan hanya menyertai peraduan mudah yang sediakan.
Korang juga berpeluang untuk bertemu dengan barisan pelakon Milly & Mamet, Sissy Priscillia, Dennis Adhiswara dan Julie Estelle pada malam itu nanti.
Menangi tiket tayangan Remaja x Milly & Mamet
Tarikh: 4 Mac 2019
Masa: 8.15 malam
Lokasi: TGV Cinemas 1 Utama
Pemenang akan dihubungi melalui emal. Sila alert dan beri maklum balas kepada kami. Terima kasih..
Filem ‘Penunggang Agama’ Selit Mesej Dakwah, Pelakon Buka Cerita Dikacau ‘Sesuatu’

Golongan agama sering dipandang mulia dan cukup tinggi dalam masyarakat kita dek ilmu agama yang mereka miliki dan sering dijadikan panduan. Namun di sebalik “kepercayaan” yang diletakkan, masih ada segelintir yang cuba mengambil kesempatan menjadi penunggang agama atas nama nafsu.
Sedar dengan tanggungjawab yang dipikut sebagai pengarah, Syafiq Yusof kembali ke persada industri dengan filem terbaharu bertajuk Penunggang Agama.
Walaupun berpegang dengan genre seram namun intipati dan suntikan elemen dakwah pasti akan berjaya mencuri perhatian peminat filem tempatan ini.
Mengakui berdepan cabaran dalam menghasilkan Penunggang Agama, Syafiq berkata filem itu bukan sahaja bertujuan menghiburkan peminat semata-mata malah, lebih penting untuk menyampaikan mesej keagamaan melalui seni.
Dibintangi pelakon hebat seperti Zul Arifin, Azira Shafinaz , Nasir Bilal Khan, Dato’ Jalaludin Hassan, Johan As’ari, Salina Saibi dan ramai lagi. Filem Penunggang Agama ini berkisarkan tentang seorang lelaki (Zul Ariffin) yang merupakan bekas pelajar Al-Azhar juga suami Anna(Azira Shafinaz). Dia berhadapan dengan pelbagai cabaran bila ada ahli keluarganya mengalami gangguan makhluk halus yang sering menganggu kehidupan harian mereka.
Bagi penulis filem bergenre seram dan sarat dengan elemen keagamaan ini agak menarik dari segi jalan cerita serta sinematografinya kerana ianya bagaikan memaparkan realiti apa yang berlaku pada masyarakat kita. Penuh dengan pelbagai elemen seram, kekuargaan, kasih sayang dan juga terselit nasihat.
Malah, salah sorang pelakonnya iaitu Salina Saibi sempat berkongsi kisah diganggu selepas menjalani pengambaran di sebuah rumah di Cameron Highland,Pahang. Menurut pelakon ini, dalam satu rakaman ternampak satu susuk yang pelik dan masih disimpannya sehingga kini. Fuh…dengar cerita ni pun meremang penulis…huhuhu
Akan ditayangkan mulai 25 Mac ini di Astro First, saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand. So kalau korang nak tahu seram tak seram wajib tengok okay!