Demi memastikan nasib pelajar baharu terbela di pengajian peringat IPTA, Menteri Pendidikan Tinggi Mohamed Khaled Nordin pada minggu ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengehadkan yuran pendaftaran masuk agar tidak melebihi RM1,500.
Ketetapan kerajaan itu akan bermula pada Januari 2023 selari dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pembentangan Belanjawan 2023.
Malah, nilai had yuran pendaftaran itu juga sejajar dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional berjumlah RM1,500 kepada semua pelajar baharu yang layak.
Haa, barulah tak garu kepala bila nak bayar yuran pendaftaran kan. Guna je wang pendahuluan pinjaman yang diberikan tu.
Sewaktu bertemu dengan rakan pemberita selepas merasmikan persidangan Pasaran Kerja Graduan anjuran KPT dan Universiti Putra Malaysia baru-baru ini, Khaled Nordin menambah sekiranya terdapat pihak universiti yang melanggar arahan berkenaan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya.
“Saya percaya apabila ada arahan dan keputusan jelas, universiti tidak akan melanggar arahan tersebut.
“(Sekiranya langgar) tunggu kementerian datang,” tegasnya.
Macam inilah baru membantu rakyat. Betul tak?
SUMBER: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.