Iran Kehilangan Pakar Nuklear! Serangan Dikaitkan Dengan Konspirasi Israel

Share

Di saat kita mungkin masih senang membicarakan apa yang bakal dibuat dengan wang RM10,000 yang juga diambil dari KWSP tanpa mengambil kisah apa yang berlaku di luar negara.

Tapi sejak semalam kematian pakar nuklear terkemuka Iran, Mohsen Fakhrizadeh yang mati ditembak di Tehran mula menunjukkan tanda-tanda “pergeseran” bakal tercetus sehingga wujudnya provokasi “perang” nuklear yang bakal melanda dunia. Ini kerana Iran nekad untuk membalas dendam selepas kematian pakar nuklearnya itu.

Dalam kejadian semalam, menurut laporan BBC, kenderaan yang dinaiki oleh Mohsen Fakhrizadeh diserang oleh sekumpulan pengganas bersenjata. Pakar nuklear yang cedera parah itu kemudian dibawa ke hospital namun menghembuskan nafas terakhirnya.

Badan perisikan Barat percaya, Fakhrizadeh adalah individu yang “berselindung” di sebalik program nuklear Iran yang diharamkan oleh Amerika yang cuba menggunakan kuasa ekonomi untuk menyekat program nuklear itu dikembangkan.


.

Seorang diplomat Barat dalam satu temuramah pada 2014 berkata, Fakhrizadeh dikenali sebagai Bapa Bom Iran. Namun begitu Iran menegaskan program nuklearnya bukan untuk peperangan sebaliknya adalah untuk kegunaan pada masa depan.

Bahkan kematian ilmuan dalam bidang nuklear itu disahkan oleh Pemimpin Tertinggi Iran semalam dan menyifatkan serangan itu didalangi oleh Isreal dan bersumpah akan menuntut membalas dendam.

Dikatakan pembunuhan Fakhrizadeh dikaitkan dengan peningkatan jumlah penguraian uranium yang dihasilkan negara itu. Namun dikatakan pembunuhan Fakhrizadeh adalah berkaitan peningkatan jumlah tenaga uranium yang dihasilkan di negara itu sejak kebelakangan ini walau ia diarahkan berhenti pada tahun 2015. Dikatakan penghasilan ini merupakan komponen terpenting untuk menghasilkan loji tenaga nuklear awam dan senjata nuklear untuk tentera.

Ancaman ekonomi terhadap Iran yang diwarkan oleh Amerika terbatal pada 2018 selepas Donald Trump percaya Iran akan akur pada janji tetapi ada sumber memaklumkan Iran memungkiri janji tersebut.

Reaksi dunia selepas pembunuhan ini

Menteri Luar Negeri Iran, Mohammad Javad Zarif mengutuk pembunuhan ini dan disifatkan sebagai tindakan pengganas. Malah beliau menyifatkan tindakan ini sebagai pengecut. Malah yakin Israel terlibat dalam tindakan keganasan ini. Ini kerana pada tahun 2010-2012, empat orang pakar nuklear Iran dibunuh dan Iran menuduh Israel terlibat. Apa yang pasti, jika perang ini meletus, satu dunia akan berisiko menerima kesannya. Sumber : BBC / Gambar : AFP & Khameni.IR/AFP

Published by
Almaswa Haji Che Ros