Aktor berbakat besar kelahiran Malaysia, Irfan Zaini, baru-baru ini melakar sejarah dalam kerjayanya dengan membintangi filem antarabangsa terbaharu iaitu G.O.A.T. (Greatest of All Time).
Menerusi temu bual eksklusif bersama Remaja, pelakon berusia 29 tahun itu berkongsi pengalaman yang paling berharga apabila dapat bergandingan bersama bintang Bollywood terkenal, Vijay Chandrasekhar.
Irfan yang memegang peranan sebagai pelakon tambahan tetapi penting dalam G.O.A.T, mengungkapkan kegembiraannya apabila dapat bekerja dalam satu set pengambaran bersama pelakon legenda itu.
“Untuk filem terbaharu ini, sampaikan saya ke set pengambaran mereka dan saya minta peluang kepada produksi terbabit untuk dapatkan satu babak bersama Vijay. Jadi, pada tahun lepas saya diberi peluang untuk dalam filem ini di Rusia, saya tidak kisah jika mereka lakukan pengambaran di Pluto pun saya sanggup.
“Saya pun tidak kisah pegang watak apa asalkan dapat berlakon dengan superstar Vijay. Jadi pelakon tambahan pun dah cukup membuatkan saya gembira. Alhamdulillah, untuk filem ini saya lebih daripada pelakon ekstra kerana saya ada beberapa babak,” katanya bernada gembira.
Ads
Dalam pada itu, tidak hanya teruja dengan peluang berlakon bersama Vijay, tetapi juga dengan sikap rendah diri dan profesionalisme bintang Bollywood itu membuatkan Irfan amat bersyukur apabila berada dalam karya tersebut.
“Apa yang saya suka mengenai Vijay adalah walaupun dia dikenali ramai, dia masih rendah diri dan menghormati orang sekeliling.
“Dia sangat menghargai masa kerana dia datang tepat pada waktunya di set penggambaran. Malah, walaupun saya baru, Vijay ajak saya masuk ke caravan dan berborak. Ini adalah perkara yang saya tidak akan lupa dalam hidup,” ujarnya.
Menariknya, tawaran berlakon dalam G.O.A.T datang semasa umat Islam sedang menyambut hari raya Aidilfitiri, Irfan bagaimanapun merasakan peluang ini terlalu penting untuk dilepaskan.
Ads
Selain itu, dia turut mendedahkan perjalanan untuk mendapatkan peluang ini tidak mudah kerana banyak cabaran yang harus dihadapinya ketika di negara orang.
“Keluarga saya memahami betapa pentingnya peluang ini, jadi saya beraya di Rusia. Paling menarik, produksi menyediakan nasi beriani untuk saya supaya saya tidak terlalu merindui keluarga. Saya tidak sangka pasukan produksi yang besar ini sangat prihatin dan menjaga kebajikan saya.
“Cabaran utama adalah mendapatkan peluang berlakon dalam filem ini. Dengan ribuan pelakon yang menunggu peluang untuk berlakon bersama Vijay, dan saya sebagai orang Malaysia, saingannya sangat sengit. Saya rasa ini adalah rezeki yang cukup besar buat diri saya,” tuturnya lagi.
Ads
Menutup bicara, pelakon filem Polis Evo 3 itu sempat memberikan nasihat kepada pelakon muda yang bercita-cita untuk menembusi industri filem antarabangsa.
“Tiada formula khusus untuk mencipta nama dalam filem antarabangsa. Bagi saya, jangan terus putus asa dan teruskan mencuba. Masa yang tepat akan datang jika kita bersungguh-sungguh dan mencintai apa yang kita lakukan,” nasihat Irfan.
“Bina diri anda dahulu dan cipta satu profil sebelum melangkah ke luar negara. Belajar di Malaysia dan bersedia untuk segala kemungkinan yang berlaku di sana. Jalannya bukan mudah, tetapi usaha yang berterusan akan membuahkan hasil,” katanya panjang.
Sekadar info, filem yang disutradarai oleh pengarah terkenal Venkat Prabhu dan ditulis oleh skrip yang berpengalaman, menjanjikan sebuah pengalaman sinematik yang luar biasa. G.O.A.T. juga banyak melakukan pengambaran di negara Rusia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anugerah yang paling happening dan relaks, Kid’s Choice Award berlangsung pada pagi hari ini di Los Angelas.
Selain daripada menunggukan senarai pemenang untuk kategori yang dipertandingkan, kami juga menantikan pakaian yang disarung oleh selebriti muda dan remaja Hollywood di karpet merah.
And guys, they did not dissapoint. Terutamanya apabila trend di karpet merah pada tahun ini sangat relaks, santai dan sesiapa saja boleh menirunya menggunakan pakaian di dalam almari sendiri.
Zendaya
Zendaya tiba di karpet sejurus selepas menyertai acara March Parade.
Walaupun tidak sempat untuk berehat, Zendaya masih kelihatan gorgeous dengan nude dress yang mengingatkan penulis kepada tutus pakaian ballet. Jika korang perhatikan, ia hanyalah gabungan dress di bawah, T shirt jarang di luar, rantai ‘Off’ dan cermin mata. Tetapi semuanya nampak cantik kerana warna yang digunakan adalah sama.
Camila Cabello
Bahagian top Camila kelihatan formal, seperti ingin menghadiri acara Oscars. Namun, dia bijak untuk mengenakannya dengan seluar jeans straight cut. Besar kemungkinan ia adalah daripada koleksi Guess kerana Camila merupakan duta kepada jenama tersebut.
Ada sesuatu tentang gabungan baju elegan dan seluar jeans yang membuatkan Camila kelihatan sangatlah cool dan relatable. Dan, lihat saja kepada cara rambutnya didandan. Love!
Hailee Steinfeld
Siapa kata seluar joggers atau sweat pants tak boleh dipakai ke acara anugerah sebegini. Hailee memadankan blaus putih dan seluar silver yang menyerupai seluar joggers kegemaran korang untuk ke gym. And girl, you looked banging!
Mudah saja untuk memastikan gaya sebegini tidak dipandang serong oleh orang lain. Pastikan rambut kamu kelihatan kemas, that’s all. Tak kiralah sama ada korang nak mengikat rambut, melepaskan terjurai atau korang ingin memakai tudung.
Pastikan ia kemas.
Millie Bobby Brown
Okay, korang boleh mencuba gaya ini esok!
Padankan saja kemeja denim dengan seluar denim korang yang warnanya seakan sama. Walaupun ramai yang menyuruh untuk tidak mencuba gaya seperti ini kerana takut kelihatan bosan dan pelik, actually, it works well.
Bagi memastikan korang kelihatan elegan, pastikan rambut dan solekan kelihatan ringkas dan kemas. Untuk membuatkan gaya ini menarik pula, mungkin korang boleh memilih aksesori seperti patches, button pins atau bandana.
Yara Shahidi
Semua orang ada pakaian bercorak polka dots di dalam almari, kan!
Polka dots is back dan korang boleh menggayakannya untuk tujuan formal atau santai. Bagi menambah aksesori, pilih kuku palsu terang seperti kuning yang dilekat oleh Yara Shahidi. Pilih juga aksesori elegan seperti anting-anting.
Pakaian oversized seperti ini juga membolekan korang makan seberapa banyak pun tanpa rasa guilty.
Perfect!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Nabil Aqil mengakui tidak tertekan apabila dirinya diajukan soalan berkenaan dengan jodoh, selepas adiknya yang juga pelakon, Imran Aqil selamat mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal pada September lalu.
Malah, bekas peserta Hero Remaja itu santai sahaja menjawab soal jodoh apabila ditanya. Katanya, dia hanya memberitahu masih tiada rezeki untuk mengikut jejak adik lelakinya itu.
“Ya, ada. Tetapi tiadalah soalan yang tertekan sangat. Saya santai sahaja dalam menjawab segala pertanyaan mengenai jodoh. Saya cuma beritahu mereka masih tiada rezeki untuk semua itu.
“Saya akan menjawab sebegitu. Saya okay sahaja bila nak tanya soalan bila mahu berkahwin sebab adik saya pun baru selamat bergelar suami, pastilah mereka tertanya bila giliran saya pula.
“Tiada tekanan untuk saya, selagi ada kawan dan keluar saya okey sahaja dengan kehidupan yang sekarang,” katanya selepas sidang media drama terbaharu Viu, Anggun Mikayla.
Dalam pada itu, Nabil turut menzahirkan rasa syukur dan menumpang gembira apabila Imran selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya itu.
Dia juga tidak lepas peluang mendoakan yang terbaik buat pasangan merpati dua sejoli itu.
“Saya rasa amat bersyukur dan Alhamdulillah kerana adik saya itu saya kenal dia memang good boy. Selain dia memang layak untuk ada puteri dalam hidupnya.
“Lagi pun, dia kini sudah boleh mengawal segala perkara. Saya sangat bangga dan saya doakan yang terbaik buat adik saya,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Imran dan Dahlia selamat mendirikan rumah tanggal pada tanggal 10 September tahun lalu, selepas setahun mengikat tali pertunangan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pembukaan tahun 2020 ini kita disajikan dengan filem perang epik daripada Universal Pictures dan Dreamworks yang berjudul ‘1917’ garapan seorang pengarah yang pernah memenangi anugerah Oscar, Sam Mendes.
Di luar dugaan ramai, filem epik tentang dua tentera muda yang berjuang dalam Perang Dunia Pertama, 1917, arahan Sam Mendes ini merebut Anugerah Filem Drama Terbaik, beberapa hari sebelum filem ini ditayangkan di pawagam merata dunia.
Filem ini diramal bakal ‘meletup’ dan kemenangannya ini bakal melonjakkan lagi penjualan tiket filem 1917 ini. Ia juga baru ditayang di Malaysia pada tayangan perdana semalam, 7 Januari 2020.
Menariknya tentang pembikinan filem ini, ia diinspirasi dari sebuah kisah yang diceritakan datuk Mendes – seorang novelis, Alfred Mendes ketika zaman kanak-kanaknya tentang ‘penghantar utusan yang membawa mesej dalam perang’. Alfred Mendes pernah menulis kisahnya ketika bertugas sebagai askar dalam sebuah misi berbahaya.
Teknik Single continuous Shot
Bukan itu sahaja, filem 1917 yang berlatarbelakangkan era Perang Dunia Pertama ini dihasilkan melalui teknik ‘single continuous shot’ iaitu penggambaraan dibuat dengan menggunakan satu kamera tanpa ‘cut’ (secara terus menerus).
Difahamkan bahawa Sam Mendes menggunakan single shot dimana kamera memfokuskan kepada karakter. Untuk pengetahuan korang, apabila menggunakan teknik ini, ianya bukan mudah kerana kena berterusan untuk melakukan ia tanpa ada silap.
Selain itu, filem ini sebenarnya dirakamkan di luar studio dan menyukarkan team produksi untuk lakukan penggambaran kerana perlu menunggu masa yang sesuai serta continuity setiap babak itu sempurna.
George MacKay as Schofield in 1917, the new epic from Oscar®-winning filmmaker Sam Mendes.
Mana tidaknya, arah angin dan cahaya matahari juga memainkan peranan yang penting dalam setiap babak kerana setiap babak memiliki waktu-waktu tertentu. Jika arah cahaya matahari atau bayang tidak sama, pastinya akan menganggu shot dalam filem.
Hebatkan belum ditayangkan dah menang anugerah. So kalau korang sejenis pecinta filem aksi dan sejarah, penulis sarankan korang patut menonton filem ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelumba sensasi negara, Hakim Danish Ramli terus mencuri tumpuan dunia motosikal apabila berjaya menamatkan perlumbaan dua Grand Prix (GP) Sepanyol dan merangkul dua podium...