Ismail Sabri Lawat Lima Beradik Hilang Ibu Bapa Akibat Covid-19

Share

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri kelmarin meluangkan masa melawat lima beradik yang kehilangan kedua ibu dan bapa mereka akibat virus Covid-19.

Dia yang pada awalnya melakukan lawatan di perumahan awam Seri Perak terus menuju ke Seri Kembangan bagi melawat lima beradik yang kini berada di bawah jagaan datuk, nenek, ibu saudara dan bapa saudara secara bergilir-gilir.

Berkongsi mengenai lawatannya itu di laman Facebook rasmi miliknya, Ismail Sabri berkongsi, “Selepas program walkabout Perumahan Awam Seri Perak, saya terus ke Kota Perdana, Seri Kembangan.

“Hati saya tersentuh dengan 5 adik beradik iaitu Hadrami (11 tahun), Humaira (9 tahun), Harraz (8 tahun), Hawwas (6 tahun) dan Hannan (3 tahun) yang kehilangan kedua ibu bapa akibat COVID-19.

“Kelima-lima mereka kini dijaga oleh datuk, nenek serta bapa dan ibu saudara secara bergilir untuk mencurah kasih sayang kepada kelima-lima beradik ini. Betapa besar dugaan yang dilalui oleh Hadrami dan adik-adiknya di usia yang amat muda. Hanya Allah SWT yang mengetahui.”


PERHATIAN KEPADA KELUARGA MALAYSIA

Menegaskan yang beliau tidak akan mengabaikan mereka yang terkesan dengan kes seperti ini, Ismail Sabri menyatakan ucapan terima kasihnya kepada seluruh ahli keluarga, kementerian, agensi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), syarikat swasta serta masyarakat yang membantu.

Jelasnya lagi, “Saya akan terus beri perhatian kepada Keluarga Malaysia terutama dalam kes seumpama ini demi kelangsungan hidup terutama dari aspek pendidikan mereka.”

Published by
Fiezreen