Berita baik yang diterima pagi ini, pejuang Hamas dan Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata berkuat kuasa awal pagi Jumaat waktu tempatan, sekali gus berpotensi menamatkan pertempuran yang berlangsung selama 11 hari.
Hal ini disahkan oleh jurucakap Hamas dan Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mengatakan kabinetnya sebulat suara menerima saranan yang diusulkan Mesir untuk mengadakan gencatan senjata tanpa syarat.
Walau bagaimanapun, beberapa minit selepas pengumuman dibuat, kedua-dua belah pihak tetap meneruskan serangan dengan beberapa roket dilihat terus dilancarkan.
Seorang anggota kabinet Israel mengatakan gencatan senjata itu akan berkuat kuasa jam 2 pagi Jumaat waktu tempatan (7 pagi waktu Malaysia), kira-kira tiga jam selepas pengumuman dibuat.
Setakat ini perang sengit antara kedua-dua belah pihak yang bermula 10 Mei itu telah mengakibatkan 232 nyawa rakyat Palestin terkorban, termasuk 65 kanak-kanak. Angka korban Zionis Israel pula disahkan setakat ini seramai 12 orang dengan ratusan cedera dalam serangan roket Hamas.
Rata-rata masyarakat di Malaysia mengucapkan syukur dengan kemenangan yang diperoleh Palestin ketika ini.
View this post on Instagram
Seorang rakyat Malaysia yang menetap di Palestin juga memuat naik hantaran di laman Instagramnya dengan mengatakan laungan takbir dan jeritan keseronokan bergema di Gaza ketika ini menandakan kemenangan yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu oleh mereka telah pun tiba.
View this post on Instagram
Takbir raya berkumandang di laman Masjid Al Aqsa, depan Qubbat As Sakhra.😭🇵🇸 pic.twitter.com/gmuwxiuHDo
— Ikhwan (@JatIkhwan) May 21, 2021
Thanks to all who participated in this great and clear Victory..
Time to celebrate being on the side of right, victim and freedom!#IsraeliTerrorism #gazavictory #PalestineWillBeFree https://t.co/JHaqPqLMv6— Saud Y. 🇴🇲🇵🇸سعود اليحمدي (@GCCLeadership) May 21, 2021
Alhamdulillah, akhirnya umat Islam di seluruh dunia dapat mendengar perkhabaran baik ini daripada situasi tegang yang berlaku di Palestin. Teruskan berdoa agar masyarakat disana sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.
Sumber: (1)