Isreal Terus Kejam! Musnah & Rampas Barang Pemasangan Khemah Untuk Tangani COVID-19 Di Palestin

Share

Terus kejam dan tidak berperikemanusian. Jika ingin diceritakan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin, kita  tidak akan mampu menulisnya kerana terlalu banyak. Cara terbaik adalah kita berdoa kepada Allah taala agar terus lindungi rakyat Palestin selain membantu dari sudut kewangan untuk membangunkan negara mereka.

Di saat satu dunia kisah dengan pandemic COVID-19 yang seakan tidak ada tanda akan surut dalam tempoh terdekat ini, Israel sebuah nama tidak bernegara ini terus menggunakan cengkaman mereka untuk menindas penduduk Palestin. Sudahlah kekurangan doktor, peralatan mengelak jangkitan COVID-19, itu belum masuk lagi peralatan-peralatan diperlukan untuk mengelak virus dari merebak dan kini Isreal menindas dengan merampas alat memasang khemah yang diperlukan untuk tangani COVID-19,

Perkongsian dari seorang rakyat Malaysia yang menetap di sana, Nadir Al-Nuri yang berkongsi kisah kekejaman Israel yang  terhadap penduduk Palestin sudah cukup menyayat hati kita semua.

Bacalah perkongsiannya. Mari kita terus doakan rakyat Palestin tanpa henti.

Tatkala dunia berperang dengan wabak, mereka mencari jalan memerangi penduduk.

Lebih teruk, mereka menghalang usaha penduduk yang serba kekurangan untuk memelihara diri dari wabak!

Khamis 26 Mac lepas, pegawai dari Pentadbiran Awam Is.rael, Tebing Barat memasuki desa Khirbet Ibziq bersama jip tentera, jentolak dan dua buah trak yang dilengkapi kren.

Yang mereka merampas dan musnahkan ialah alat-alat yang bertujuan untuk membangunkan lapan buah khemah bagi menangani wabak COVID-19!

Dua buah khemah untuk klinik lapangan, empat buah khemah untuk penempatan kecemasan bagi penduduk yang terpaksa dipindahkan keluar dari rumah mereka serta dua buah khemah lagi untuk surau sementara.

Mereka tiada kemanusiaan, mereka tiada rasa kasihan. Malangnya, yang mereka ada adalah sokongan kuasa-kuasa ‘superpower’ yang membolehkan mereka bermaharajalela.

Adakah pihak Palestin punya penyokong? Sebarkan post ini, bongkarkan kezaliman mereka dan buktikan bahawa kita juga ada suara!

Dan di hari berkat ini jangan lupa untuk menyumbang kepada usaha berdepan COVID-19 di Gaza dengan melayari laman emergency4gaza.com segera!

Dalam pada itu di satu post yang lain Nadir Al-Nuri turut berkongsi, sejak  26 Mac lepas, seramai 2067 penduduk Gaza yang balik dari luar diletakkan di dalam sekitar 21 pusat isolasi COVID-19.

Pusat-pusat ini yang diuruskan oleh Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Kebajikan Masyarakat kebanyakannya bergantung kepada NGO untuk beroperasi.

Sebab itu, ada pusat isolasi yang hanya mampu menyediakan beberapa buah kipas, ada pusat yang kekurangan tilam dan ada pusat yang tidak cukup selimut untuk melindungi para penghuninya di waktu malam.

Sedikit demi sedikit, dengan upaya yang ada, dengan usaha penduduk memberikan sisa apa yang mereka ada, penghuni pusat isolasi mula sembuh, tetapi jumlahnya sehingg hari ini, 31 Mac, masih ramai, mencecah 1600 penghuni.

Beberapa hari lepas, Timbalan Menteri Kemnterian Kebajikan menelefon meminta kami bertindak segera. Ada masalah yang dihadapi penduduk tetapi tidak ada NGO yang melakukan apa-apa, kerana masing-masing sibuk mengurus pusat isolasi.
Rupa-rupanya, ramai penghuni pusat isolasi terdiri daripada ketua keluarga, dan keluarga mereka ditinggalkan di rumah tanpa punya bekalan makanan untuk anak isteri.

Kami cepat-cepat melancarkan projek bantuan kecemasan makanan ini, dengan keyakinan bahawa penduduk Malaysia, masih ramai yang sudi menderma.

Apa kata, menjelang Ramadan yang semakin hampir, ayuh kita membantu mereka dengan projek ‘serampang dua mata’, memberi bekal makanan berdepan COVID-19 dan memanaskan badan berdepan bulan mulia.

Sasaran berbaki sudah tidak jauh, tetapi ia hanya keperluan minima bagi mengisi perut anak-anak kita di sini. Sumbangkan seadanya, tanda kita cakna kepada derita mereka.

Sumbangkan ke akaun Maybank CGM 5648 1050 7826 atau klik terus link emergency4gaza.com segera!

Terima kasih kerana berkongsi post ini.

Published by
Almaswa Haji Che Ros