Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz menasihati golongan selebriti tidak perlu melayan komen yang kurang enak daripada netizen atau ‘berperang’ dalam media sosial.
Selain itu, pelakon filem hit Sheriff: Narko Integriti itu juga memberitahu isteri tercintanya, Datin Diyana Halik sentiasa berpesan agar membiarkan sahaja komen netizen yang menulis perkara yang tidak baik.
“Saya pun kadang-kadang geram juga bila tengok ada orang komen bukan-bukan, tapi isteri saya selalu mengingatkan saya. She is my big alarm clock.
Ads
“Dia selalu cakap ‘kenapa nak layan semua ini, orang ada hak untuk bercakap’. Saya selalu nasihat kepada pendatang baharu, ada yang tanya macam mana saya bawa diri dalam bidang macam ini,” katanya.
Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan gala filem The Experts yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, sesiapa sahaja yang memasuki industri seni seharusnya menerima dengan hati yang terbuka apabila dikritik pelbagai pihak.
Ads
“Saya cakap, kalau masuk bidang ini, nak orang puji, siapa yang tak nak dipuji. Semua orang nak, tapi kena terima tiba masa orang nak kritik atau kutuk, kena terima sebab tak semua orang suka.
“Sebab lagi balas, ada saja netizen yang menjawab dan benda itu tak berakhir. Jadinya, cipta satu ruang untuk peminat dan netizen bergaduh,” tambahnya aktor kelahiran Singapura itu lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ibu mana yang tidak gembira apabila anaknya cemerlang dalam pendidikan, menjadi impian orang tua untuk melihat anak menggenggam segulung ijazah.
Personaliti popular Malaysia, Rozita Che Wan hari ini berkongsi mengenai anak sulungnya, Ammar Effendy yang kini sudah berjaya menamatkan pengajian dan mendapat ijazah sarjana muda berganda.
Tulisnya di laman Instagram, “Alhamdulillah, syukur Allah SWT bagi saya anak-anak yang cerdik dan mudah untuk saya bela, 12 tahun menjadi ibu tunggal, dalam kepala cuma ada azam untuk besarkan anak-anak dan bagi yang terbaik untuk mereka. Tidak terfikir langsung untuk diri sendiri.”
Rozita yang mesra dipanggil Che Ta kemudiannya berkongsi mengenai perjalanan pendidikan anaknya dan juga pengalaman susah payah untuk menyekolahkan mereka.
Tambahnya lagi, “Mereka dapat masuk Maktab Rendah Sains MARA lepas tu upgrade masuk ke Kolej Yayasan Saad. Mereka kemudiannya dapat straight A’s dan masuk Taylor’s University.
“Untuk kami yang pendapatan tak tetap ketika itu hendak bayar yuran Kolej yayasan Saad, memang mencanak cari duit, tetapi Allah permudahkan segalanya. Hari ini Ammar Effendy pula yang bergraduasi! Double degree dalam tangan.”
Bukan calang-calang ibu yang berjaya membesarkan anak dengan baik, ternyata penat lelah wanita anggun ini tidak sia-sia. Ammar sebelum ini cemerlang memperoleh semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Sebelum ini adiknya, Aniq Ezra terlebih dahulu bergraduasi dan tamat dan turut dianugerahkan ijazah sarjana muda berganda.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di kalangan peminat K-pop perkara ini bukanlah satu masalag bagi mereka. Pastinya mereka akan cukup kenal dengan wajah-wajah K-pop idols pujaan masing-masing.
Tapi pernah tak kamu dengar terutamanya daripada bukan peminat K-pop yang sering mengatakan ‘penyanyi K-pop semuanya muka lebih kurang’. Atau ‘aku tengok mereka ni semua sama tak ada beza’.
Ya, itu mungkin benda biasa kita dengar. Tapi hakikatnya memang ada selebriti K-pop dan Korea yang mempunyai wajah seiras. Malah ramai di antara mereka telah mengelirukan ramai orang. “Are we seeing double?” Mungki itu yang menjadi persoalan penuh misteri. LOL
Jom saksikan foto-foto ‘pelanduk dua serupa’ artis Korea di bawah. Adakah kamu rasa wajah mereka memang seiras?
Sukar sekali untuk kita puaskan hati semua orang bukan?
Keputusan 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 semalam telah mendapat reaksi pelbagai pihak. Ada yang bersetuju dengan pemilihan kesemua lagu tersebut dan merasakan ia membawa angin perubahan dalam industri muzik negara.
Namun, tidak kurang juga yang merasakan ada beberapa buah lagu yang lebih layak menempah tiket ke pentas berprestij itu.
Entah di mana silapnya, lima buah lagu ini terkandas di peringkat separuh akhir selepas penilaian dilakukan oleh juri. Harapan yang besar hadir daripada pencinta muzik tempatan, dan penyanyi telahpun membuat sehabis baik untuk menggalas karya sang pencipta lagu. Malangnya, rezeki tidak menyebelahi mereka.
Ini merupakan 5 buah lagu yang pendengar rasakan harus diberi peluang dan boleh melakukan sesuatu yang menakjubkan di Anugerah Juara Lagu 35.
Sembah
Penyanyi: Naim Daniel ft Man Kidal
Ciptaan: Naim Daniel & Iqie Hugh
Biarpun muat naik di Instagram Naim Daniel semalam menampakkan seakan dirinya kecewa dengan keputusan tersebut, penyanyi remaja itu menidakkan tanggapan itu. Dia memilih untuk memandang ke sudut positif dan berpendapat juri lebih tahu apa yang mereka lakukan.
Sembah merupakan salah sebuah lagu yang diperkatakan sepanjang tahun 2020. Kolaborasi nama muda seperti Naim dan Man Kidal, seorang lagenda gitaris dalam industri muzik Malaysia dilihat sebagai sesuatu yang segar; seperti yang sering dilakukan oleh penyanyi luar negara.
Sembah berkisarkan lelaki yang telah memberikan segalanya kepada si kekasih, namun pemberian tetap tidak dihargai.
Sebentar
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Ciptaan: Faizal Tahir, Mike Chan, Mage & Romeo
Genre rancak jarang sekali didendangkan oleh Dayang Nurfaizah dewasa ini. Lalu, Sebentar ini ibarat pengubat rindu kepada peminat yang telah lama mengikuti graf seni penyanyi kelahiran Sarawak ini sejak awal 2000-an.
Ritma lagunya menarik, interaksi Dayang bersama penyanyi latar semasa di peringkat separuh akhir juga menaikkan semangat penonton untuk terus melekat pada skrin sehingga ke not terakhir.
Namun, bukan rezeki juara AJL31 ini untuk mara memberikan seri saingan pada tahun ini.
Tentang Rahsia
Penyanyi: Shila Amzah & Judika (digantikan dengan Afif Tirmizie)
Ciptaan: Farouk Roman & Amylea
Garapan Farouk Roman sudah sinonim dijadikan lagu runut bunyi drama. Tak hairanlah apabila Tentang Rahsia yang menjadi penguat kepada drama Adellea Sofea menjadi salah satu lagu harapan.
Tentang Rahsia dihasilkan dari jalan cerita drama tersebut yang sarat dengan rasa romantik dan sedih. Liriknya ringkas tanpa perkataan yang terlalu ‘berbunga’. Namun itulah kekuatan Tentang Rahsia yang mudah menangkap pendengar untuk benar-benar menghayatinya.
Terik matahari, kan mengintai Gelap yang sembunyikan teduhmu
Like, who writes songs like this anymore?! Disebabkan itulah, kami terkilan apabila ia tidak berjaya ke AJL ke-35
Sakit
Penyanyi: Yonnyboii & Zynakal
Ciptaan: Yonnyboii & Zynakal
Sakit merupakan salah satu karya paling popular pada tahun ini.
Tidak keterlaluan sekiranya penulis berpendapat bahawa 2020 telah membawa sinar baru dalam industri muzik in the form of Yonnyboii. Sebagai pencipta lagu dan penyanyi generasi terkini, Yonny tidak sekadar bergantung harap pada teknologi bunyi dalam penghasilan lagunya.
Sakit umpamanya merupakan sebuah lagu dengan makna mendalam bukan saja buat Yonny tetapi Zynakal. Ia dicipta untuk menulis isi hati penyanyi itu. Isu depresi yang dihadapi Zyn bukan perkara mainan dan Sakit di sini membawa erti bermakna buatnya.
Bagaimanapun, itu semua mungkin tidak cukup buat juri. Bak kata ketua juri separuh akhir Muzik Muzik 35 iaitu Azmeer semalam, Sakit adalah lagu popular dan bukan lagu pertandingan; meskipun beliau menyukainya.
Takdir Tercipta
Penyanyi: Hafiz Suip & Adira
Ciptaan: Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
Dalam banyak-banyak comeback yang memijak pentas SFMM35, ini merupakan comeback paling kami nanti-nantikan. Kelibat Hafiz dan Adira di AJL menerusi lagu berhantu, Ombak Rindu pernah mencipta magis yang sukar digambarkan.
Kehebatan vokal dan penghayatan mereka berdua usah dipertikaikan lagi. Lagu Takdir Tercipta juga ‘senang’ pada halwa telinga pendengar. Sekiranya Hafiz dan Adira ke pentas akhir, kami dapat bayangkan bagaimana mereka berdua akan menjadi salah satu saingan sengit untuk 11 lagu peserta lain.
*
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi versatil, Stacy Anam, akhirnya bakal menunaikan impian untuk mengadakan konsert solo sulung di tempat kelahirannya, Sabah.Konsert tersebut bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa...