
Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida berkongsi beberapa perkara mengenai putera sulung tersayangnya, Ammar Ahyan.
Menerusi temu bual bersama Remaja, Shahida menyifatkan remaja berusia 17 itu seorang yang pemalu dan rendah diri.
“Ammar kini berusia 17 tahun, dah besar dah anak saya kan.
BACA LAGI: Gandingan 4 Gadis Remaja, Lagu ‘Raya Gen Z’ Curi Perhatian Ramai. Viral 1 Malaysia!
“Dia seorang yang pemalu dan soft spoken, dia juga seorang anak yang sangat baik dan dengar cakap,” katanya.
Menurutnya lagi, Ammar sangat berbeza dengan adik-beradik yang lain, terutamanya dalam hal materialistik.
Selain, beliau turut meluahkan harapan agar Ammar dapat menjadi pelindung kepada adik-adiknya pada masa hadapan.
“Dia juga lain dengan anak saya yang kedua itu, Ammar ini bukan seorang yang materialistik. Nak belikan baju, dia tak nak, apa yang ada itulah dia akan pakai selagi tak koyak.
BACA LAGI: “Saya Rasa Tercabar, Tapi…” -Qadejah Bersaing Lagu Raya Dengan Aliff Syukri?
“Selain itu, saya mengharapkan Ammar menjadi seorang pelindung kepada adik-adiknya dan menjaga mereka. Ia kerana dia jenis yang penyanyang dengan adik-adiknya dan seorang abang yang bertanggungjawab,” ujarnya.
Ibu kepada lima cahaya mata itu, berharap agar Ammar dapat mengambil alih tanggungjawab keluarga seandainya mereka sudah tiada.
“Jadi, saya harapkan seandainya kami sudah tiada nanti, dia akan ambil alih tanggungjawaban kami untuk melindungi dan menjaga adik-adiknya,” tambahnya.
Selain itu, Datin Seri Shahida turut menceritakan tentang minat Ammar yang tidak berfokus kepada dunia hiburan.
Ammar juga dikatakan mempunyai minat yang mendalam terhadap lagu-lagu lama, lebih-lebih lagi karya-karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Ahmad Jais.
“Ammar ini apa yang saya lihat, dia memang tidak berminat dalam dunia hiburan. Dia lebih berminat tentang isu semasa.
“Ammar juga seorang yang berpatriotik kerana sukakan lagu-lagu lama, dia mana ada layan lagu baharu ini. Dia minat lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Ahmad Jais,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.