Jika sebelum ini isteri kepada pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar, Fazeera Nazri berkongsi berita gembira apabila dirinya dilantik sebagai pensyarah dalam bidang TESL di sebuah universiti swasta.
Terkini, ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya berkongsi berita gembira di mana dia berjaya mendapatkan band 7 bagi ujian International English Language Testing System (IELTS). Wah hebatnya!
Menerusi perkongsian di Instagram, Faz menunjukkan keputusan yang diraih olehnya. Ujian yang mempunyai empat kategori itu dilihat sangat mudah bagi Faz kerana dia berjaya mengumpul markah yang sangat baik di setiap bahagian tersebut.
Ads
Bagi ujian pendengaran dan percakapan, Faz meraih markah yang sangat tinggi iaitu 7.5. Manakala ujian membaca pula, Faz mendapat 6.5. Bagi ujian penulisan pula, Faz mendapat 6.0. Secara keseluruhan Faz meraih band 7.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Faz. Ujar netizen, ujian IELTS bukan mudah untuk mendapat keputusan yang baik. Namun, Faz berjaya melakukannya.
Budaya buli di sekolah seakan dipandang remeh dan dianggap perkara biasa, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang tinggal di asrama. Walau banyak didedahkan di media sosial tetapi rasa takut pada pembuli tidak pernah habis.
Terbaru, tiga pelajar lelaki mendakwa menjadi mangsa buli dan pukul oleh sekumpulan senior di sebuah sekolah menengah kebangsaan berasrama di Bandar Kemaman, Terengganu pada 23 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketiga-tiga pelajar terbabit membuat laporan polis pada 27 Ogos iaitu empat hari selepas kejadian itu berlaku. Menurutnya lagi, laporan pertama dibuat oleh pelajar berusia 14 tahun yang mendakwa dipukul sekumpulan pelajar senior sehingga menyebabkan gegendang telinga sebelah kanan pecah serta lebam di badan.
Akibat rasa tidak puas hati dilapor hisap vape pada guru
Menurutnya lagi, kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat rasa ketidakpuasan hati pelajar senior terbabit selepas mangsa dikatakan mengadu kepada guru kegiatan menghisap vape.
“Sehingga jam 3.30 petang ini, seramai 11 pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun yang tinggal di sekitar Bandar Chukai ditahan.
Ditahan serta disiasat mengikut Seksyen 147 KK dan Seksyen 325 KK
Susulan kejadian itu, beliau berkata kesemua mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Tambahnya, beliau berharap agar pihak pengurusan sekolah dapat memantai dan mengawasi kejadian seumpama itu supaya tidak akan berlaku lagi.
“Kita juga berharap pihak sekolah segera melaporkan kepada polis sebaik berlaku sesuatu kejadian buli sebegini,” katanya.
Hmmm, benda boleh bincang kenapalah sampai nak pukul-pukul ni.Huhuhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada usia remaja, penjuang hak kemanusiaan, Malala Yousafzai pernah diselamatkan setelah terkena tembakan di kepala oleh tentera Taliban.
Namun itu tak sesekali dijadikan sebagai satu titik henti untuknya mengejar impian terutamanya dalam bidang pendidikan.
Kini pada usia 22 tahun, Malala boleh berbangga dengan kejayaannya dalam bidang pengajian politik falsafah dan ekonomi; sekaligus menghabisan kertas peperiksaan terakhir dari Universiti Oxford, United Kingdom.
Episod hitam ditembak di kepala, leher dan bahu berlaku dalam hidup Malala ketika dia diserang semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah. Pada usia semuda itu, dia cuba untuk mempertahankan hak kanak-kanak dan remaja perempuan yang ingin meneruskan pendidikan mereka.
Setelah berjaya diselamatkan, Malala dan keluarganya memutuskan untuk berpindah ke Birmingham.
Kejayaan Malala bergelar graduan Oxford hadir selepas dia dianugerahkan Nobel Peace Prize pada tahun 2014 ketika berusia 17 tahun. Momen itu termaktub dalam sejarah apabila dia menjadi penerima termuda yang pernah memenanginya.
So what is it like to be Malala selepas menamatkan pengajian?
Well, dia sebenarnya sama saja seperti korang semua.
Selain memuat naik foto di Twitter yang menyaksikannya meraikan kejayaan ini dengan kek graduasi bersama ahli keluarga, Malala juga menyertai rakan-rakan Oxford yang lain di kampus untuk tradisi membaling makanan dan confetti selepas menamatkan peperiksaan.
“Buat masa ini, saya masih tidak tahu apa yang akan saya lakukan pada masa akan datang. Sekarang saya hanya akan teruskan rutin menonton Netflix, membaca dan tidur,” catatnya.
Congratulations girl!
Di Malaysia, kita juga mempunyai sebilangan graduan daripada Universiti Oxford, termasuklah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah!
Beliau pernah menamatkan pengajian di Oxford Business School pada tahun 2008.
Pengalaman pertama penyanyi dan penulis lirik, Aina Abduldi kerusi juri tetap program Big Stage musim kelima semalam telahpun disambut dengan respon yang rata-rata positif.
Bukan mudah untuk mengambil alih tugas yang pernah disandang oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah.
Begitupun, berlainan dengan pengalaman juri-juri wanita di Big Stage sebelum ini, Aina perlu mengadili salah seorang rakan seindustrinya, Nadeera Zaini yang sama-sama memulakan langkah satu masa dahulu.
Justeru, ramai penonton yang sedikit terkejut apabila Aina memberikan 65 markah kepada Nadeera yang membawakan lagu Kerna Ku Sanggup nyanyian asal Agnez Monica.
Sedangkan, beberapa peserta lain telah memperolehi markah yang lebih tinggi daripada Aina termasuklah Naufal Azrin (80), Coex (74) dan Waode (85).
Bercakap kepada REMAJA selepas tirai dilabuhkan, Aina, 29 menjelaskan tiada elemen ‘favouritism’ yang berlaku di Big Stage biarpun ada peserta yang mempunyai ikatan persabahatan dengannya.
“Sebenarnya saya cuba tonjol non-favouritism tadi. Sebab itu, ada yang tidak berpuas hati dengan markah yang Aina beri kepada Nadeera. Tapi saya hadir sebagai seseorang yang telah mengenali Nadeera jauh lebih awal daripada sesiapa pun.
“Kalau (Nadeera) tak menyanyi di atas pentas, saya pernah dengar dia menyanyi di dalam tandas, di dapur. Kami berdua saling mengetahui kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi untuk Nadeera pada malam ini, saya harus berlaku adil kerana saya tahu dia boleh lakukan jauh lebih baik daripada itu.
“Markah yang saya berikan itu bukannya daripada seorang bekas teman serumah tetapi ia adalah daripada rakan seperjuangan. Jika kami bertukar posisi pun dan saya adalah peserta pada malam ini, situasinya tetap sama,” jelasnya.
Kawan Tetap Kawan
Aina yang tampil unik dalam persalinan serba merah Khuntumn dan gaya hijab oleh Naz Living A Style juga beranggapan pengalaman menjurikan rakannya, Nadeera dan 12 lagi peserta lain adalah satu pengalaman baharu yang memerlukan dirinya kekal profesional.
Apa yang utama buatnya adalah gabungan vokal dan kreativiti persembahan yang dibawakan oleh peserta sepanjang 10 minggu bersama.
“Saya tahu momen (yang memerlukan Aina untuk mengadili Nadeera) itu akan sampai. Nadeera pun pernah bercakap dengan saya sebelum pertandingan bermula namun ia berasaskan profesionalisme.
“Kami masih berkawan tetapi pertandingan tetap pertandingan. Saya kena sama rata dengan yang lain.”
“Jika yang lain lebih bagus, perlulah saya beri markah yang lebih kepada mereka.
“Saya berharap peminat Nadeera dan peminat saya sendiri yang telah mengikuti perjalanan kami sejak program terdahulu untuk tidak mengambil benda ini luar daripada konteks Big Stage. Ini adalah untuk program Big Stage dan untuk kebaikan Nadeera sendiri,” katanya.
Tak Semestinya Vokal Tinggi Boleh Menang
Sebagai juri tetap Big Stage 2023 juga, Aina mengingatkan kesemua 13 orang peserta mengenai cara pemarkahan yang telah berubah pada tahun ini di mana 50 peratus markah hadir daripada paduan vokal manakala 50 peratus lagi mewakili kreativiti persembahan.
“Tiada lagi 70-30. Jika vokal 50 peratusnya rendah tetapi kreativitinya tinggi, seseorang itu boleh menang. Dan sebaliknya jika peratusan vokalnya tiggi tapi kreativitinya rendah, seseorang itu juga boleh kalah,” ulasnya.
Begitupun akui Aina, konsert pertama pada 7 Mei baginya adalah sesi suai kenal dengan kemampuan setiap peserta yang bertanding dan tidak terlalu menitik beratkan kesemuanya ciri-ciri pengadilan dengan teliti seperti teknik vokal.
Haa, agaknya adakah markah yang akan diberikan Aina pada minggu hadapan lebih ‘tegas’?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...