Isteri Sebak Dengar Khabar Duka Negara Jiran, Ebit Lew Hulur RM25,000 Buat Keluarga Mangsa KRI Naggala 402

Share

Rasanya nama beliau tidak perlu perkenalkan lagi, sebut sahaja Ebit Lew, pasti semua rakyat Malaysia sudah mengenali sosok tubuh pendakwah dan aktivis bebas ini bukan?

Beliau cukup terkenal dengan sifat dermawan dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak tanpa mengira kerakyatan, agama dan bangsa.

Namun jika sebelum ini beliau banyak melakukan ativiti kebajikan didalam negara, terbaru pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew menghulurkan bantuan untuk beberapa keluarga mangsa tragedi kapal selam KRI Naggala 402 milik Tentera Laut Indonesia (TNI).

Menerusi perkongsian di laman media sosialnya, Ebit Lew telah mengambil keputusan untuk menghulurkan sedikit bantuan kepada beberapa keluarga mangsa kapal selam tersebut dengan satu jumlah yang agak besar.

Isteri Sebak

Menurutnya lagi, titik permulaan hatinya terdektik mahu menghulurkan bantuan kepada mereka adalah ketika isteri ustaz Ebit melihat berita dan sebak mendengar khabar duka dari negara jiran itu. Ebit Lew juga memaklumkan beliau memaklumkan akan memberi RM25,000 atau lebih kurang Rp17,000,000 kepada 5 buah keluarga.

Selain daripada itu, Ustaz Ebit juga berpeluang membuat panggilan video bersama keluarga salah seorang daripada mangsa iaitu isteri Serda Diyut Subandriyo.

Beliau dapat berhubung dengan ahli keluarga Serda Diyut atas bantuan daripada satu badan bukan kerajan (NGO) Indonesia iaitu Aksi Cepat Tanggap bagi membolehkannya bertanya khabar serta memaklumkan bantuan yang ingin diberi.

Susulan daripada itu, rata-rata warganet meninggalkan komen memuji dan respect

dengan tindakan  Ebit Lew ni.

Apa-apapun, semoga kesemua ahli keluarga 53 kru kapal yang terkorban agar terus kuat serta tabah menempuh kehidupan yang mendatang. Semoga kisah yang dipaparkan oleh Ustaz Ebit kali ini membuka mata dan hati individu lain untuk turut sama memberikan bantuan jika berkemampuan.

Sumber: Ebit Lew

Published by
Nana