Kredit: Instagram MK K-Clique

Baru-baru ini, penyanyi rap dan pelakon terkenal, MK K-Clique berkongsi khabar gembira kepada peminat dan pengikutnya apabila mengumumkan bahawa dia dan isterinya kini sudah bergelar ibu dan ayah.

Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh MK atau nama sebenar  Muhammad Hairi Amin Hamdan (28) menerusi Instagram miliknya yang memberitahu bahawa isterinya, Siti Hajar Syeikh Nordin ​selamat melahirkan bayi perempuan pada 3 Ogos.

Penyanyi itu juga turut meluahkan rasa syukur kerana kini dia sudah pun bergelar sebagai seorang bapa.

BACA: Jurusolek Dedah MK K-Clique ‘Request’ Labuhkan Tudung Isteri Tuai Pujian Warganet

Isteri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan! MK K-Clique Kini Bergelar Bapa!

“Alhamdulillah Ya Allah! Hari ini 3 Ogos 2024 isteri saya selamat melahirkan seorang puteri, anugerah terbesar daripada Allah”

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis, peminat dan pengikut MK mengucapkan tahniah di atas berita gembira tersebut dan ada yang mendoakan semoga pasangan tersebut mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.

Apa pun, tahniah kami ucapkan kepada MK dan Hajar!

BACA: ‘Off-Market’, MK K-Clique Kini Sah Bergelar Suami Kepada Siti Hajar

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI