Alhamdulillah, tahniah Remaja ucapkan buat Remy & isteri!
Isteri kepada pelakon berkaliber tanah air, Remy Ishak, Ezza Yusof selamat melahirkan bayi sulung mereka pada jam 11.17 pagi, di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada Khamis.
Berita gembira itu dikongsikan pelakon naskhah popular Pujaan Hati Kanda itu menerusi sebuah hantaran di Instastory Instagram miliknya.
Di ruangan kapsyen, Remy menitipkan kesyukuran dan sempat memaklumkan isteri dan bayinya dalam keadaan selamat dan baik-baik sahaja.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah… Isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi.
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih diatas kiriman doa dan ucapan tahniah,” coretnya.
Ads
Menerusi perkongsian sebelum itu, aktor berusia 41 tahun berkenaan berkongsi momen yang mana isteri tercintanya sedang menahan sakit menunggu masa untuk melahirkan bayi sulung mereka.
Malah, Remy turut memberikan kata-kata semangat agar urusan bersalin Ezza berjalan lancar dan dipermudahkan.
Ads
Sekadar informasi, Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada tanggal 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalin cinta.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah seperti depresi, stres, perubahan emosi dan rasa gelisah menjadi antara masalah kesihatan utama di dunia.
Terbaru, bekas anggota kumpulan idol Wanna One Kang Daniel, mengejutkan peminatnya dan idustri K-pop dengan mengumumkan bahawa dirinya akan berehat buat sementara (hiatus) dari sebarang aktiviti hiburan.
Kabar angin mulai tersebar apabila Kang Daniel membatalkan rakamannya dengan sebuah rancangan musik, disebabkan oleh kesihatan mentalnya semakin merosot. Malah, perkara ini telah disahkan sendiri oleh agensi naungannya iaitu KONNECT Entertaiment.
Alami depresi sejak awal tahun lalu…
Bertambah mengejutkan, Kang Daniel sebenarnya telah disahkan menghidapi tekanan yang amat teruk sejak awal tahun 2019 lalu. Antara punca penyebabnya adalah kes mahkamah dan saman-menyaman terhadap bekas majikannya iaitu LM Entertaiment.
Segala aktiviti dan kerjasama yang melibatkan Kang Daniel, terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Agensinya juga memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku dan berharap agar para peminat akan sentiasa menyokong kerjaya Kang Daniel.
Beberapa bulan lalu, Kang Daniel juga telah mengejutkan industri K-pop dengan mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hangat bercinta, dengan salah seorang ahli kumpulan Twice iaitu Jihyo.
Jangan buat main ye dengan penyakit depresi ni. Ia merupakan penyakit yang paling bahaya jika tidak dirawat dengan lebih awal. Faktor masalah ini mungkin daripada gangguan otak, pengalaman hidup yang negatif atau sedang menanggung masalah besar dalam hidup. Ia juga boleh mendatangkan kesan lebih parah kepada pesakit, iaitu sehingga ada yang sanggup membunuh diri.
Penulis harap dengan keputusan Kang Daniel ini dapat la dia berehat dan cepat sembuh kan.
Baru-baru ini, nama penyanyi dan juga ahli anggota Dolla, Angel telah terpalit dengan satu kontroversi melibatkan pelakon yang terkenal dengan watak Kahar, Amir Ahnaf dengan seorang wanita yang tular di media sosial.
Menerusi perkongsian tangkap layar di Tiktok, Angel atau nama sebenar Angelina Chai Ka Ying (23) tampil memberi penjelasan mengenai hubungannya bersama Amir Ahnaf cuma sekadar rakan industri dan saling memberi sokongan atas pencapaian masing-masing.
“Kami tak pernah keluar bersama dan saya harap para iDolla tidak terlalu risau sebab saya akan terus bekerja keras demi kerjaya saya dan mahu buat yang terbaik demi banggakan nama Malaysia”
Kredit: Tikok Angel Dolla @bbyqngels
Dalam pada itu, pelantun lagu Classic itu juga tampil meminta maaf kepada peminatnya kerana lewat mengeluarkan sebarang penjelasan selain mendoakan kesihatan para peminat.
“Angel minta maaf kalau ada apa-apa yang Angel buat salah”
Kenyataan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi peminat, malah ada segelintir yang kesal dengan sikap masyarakat yang terlalu cepat menghukum dan mengecam penyanyi berkenaan.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata peminat Angel memberi sokongan kepada Angel dan ada di antaranya juga berpendapat bahawa dia sebenarnya tidak perlu membuat permohonan maaf kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan ketika terpalit dengan kontroversi berkenaan.
Sekadar info, dalam perkembangan terkini, Dolla baru sahaja selesai dengan konsert sulung mereka pada 3 Ogos lalu yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur. Dolla mula aktif dalam industri muzik sejak tahun 2019 dan kini hanya dianggotai oleh Sabronzo, Angel dan Tabby selepas Syasya mengumumkan untuk keluar dari kumpulan itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cyber bullying kini seakan sudah menjadi satu epidemik baru yang muncul tanpa henti di kalangan pengguna Internet di seluruh dunia. Di negara kita juga masalah pembuli sider ini juga semakin menjad-jadi apatah lagi dengan keterbukaan dan keupayaan semua orang untuk berkongsi kehidupan mereka di laman media sosial pada hari ini.
Kalau diikutkan definisinya, cyberbullying membawa maksud seseorang yang menggunakan peranti elektronik atau telekomunikasi untuk membuli orang lain. Dan biasanya ia dilakukan dengan menghantar mesej berbaur ancaman, mengejek, mencela, mengajak atau mempengaruhi orang lain dan juga mengugut.
Kes-kes buli di alam siber ini pada suatu ketika dianggap remeh. Namun dengan sudah banyak kes buli yang hingga menyebabkan mangsa mereka membunuh diri, ia kini dianggap sebagai jenayah serius.
Remaja turut menyokong semua usaha atau kempen anti buli siber terutamanya yang dilancarkan baru-baru ini. ‘Spread Truth Not Lies’ yang turut disertai oleh bebrapa nama besar dalam industri hiburan seperti Neelofa, Awal Ashaari, Maya Karin, Joe Flizzow, Nora Danish dan Kavita Sidhu.
Kempen yang dikepalai oleh Neelofa ini dilancarkan bagi bertujuan untuk sama-sama memberi kesedaran kepada orang awam akan kepentingan serta bagaimana untuk melindungi diri mereka daripada pembuli siber dan berita palsu.
Jadi bagaimana untuk kita sebagai pengguna harian Internet boleh menghalang siber buli daripada terus berleluasa?
Remaja ada 5 tip berguna untuk korang.
Jangan Layan
Pertama sekali, pembuli siber ini pembakar semangat mereka ialah perhatian. Apabila orang yang disasarkannya mula melatah dan memberikan reaksi, pembuli ini akan semakin menjadi-jadi. Ingat, apa yang mereka mahukan ialah reaksi daripada korang. Jadi jangan hirau dan layan mereka.
Jangan Mudah Melatah
Ya, Remaja tahu kadangkala kamu berasa sangat penting untuk menegakkan apa yang kamu rasa perlu. Namun dengan melawan kekerasan dengan kekerasan ia hanya membuakkan lagi rasa amarah mereka. Jadi, elakkan jadi mudah melatah dan jika sekali pun mahu memberi komen balas, berilah dengan cara yang boleh buat dia berfikir. Kalau tak berjaya juga, just ignore them.
Simpan Segala Bukti
Antara perkara yang boleh kamu lakukan sebagai langkah berjaga-jaga ialah dengan melakukan dokumentasi. Setiap komen, kata-kata tidak kiralah dalam apa jua bentuk sama ada tulisan, audio ataupun video kamu perlu simpan. Jika ia menjadi keterlaluan kamu boleh menggunakan bukti tersebut sebagai ‘senjata’ untuk mereka berdepan dengan pihak berkuasa.
Block Si Pembuli
Jika gangguan si pembuli datang dalam bentuk mesej ringkas, teks, komen atau private message, do yourself a favour. Gunakan setting yang ada disediakan di semua paltform laman media sosial untuk block mereka. Jika kamu dalam ruang chat public, tinggalkannya dengan segera.
Jangan Hanya Melihat
Masalah pembuli siber kadangkala semakin menjadi-jadi disebabkan tidak ada atau tidak cukup orang yang berani bersuara untuk melindungi mangsa. Gunakan peranan kamu sebagai kenalan di alam cyber atau sebagai follower untuk membantu mereka yang dibuli. Setiap satu komen mampu membuatkan pembuli kelihatan lebih kecil. If you can’t stop them at least cubalah membantu mereka dan buat laporan terhadap perlakuan mereka.
Foto: IG Neelofa
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan hos terkenal, Ain Edruce, yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, memberitahu bahawa dia menyerahkan sepenuhnya tugas memilih nama bayi...