
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik, mengurniakan dan menggelar suri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Bustamam.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Kisah Peluk ‘Player’ Berpeluh…” – Tangisan Che’ Puan Besar Khaleeda Iringi Kemenangan Johor Jewels
Gelaran baharu itu ke atas isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail itu diumumkan menerusi Jumaah Majlis DiRaja yang berkuatkuasa 31 Disember lalu.
“Jumaah Majlis DiRaja mengumumkan iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan kuasa hak dan keistimewaan Baginda dibawah Fasal 23 Bahagian Pertama, dan Fasal 7(2)(e) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
“Dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja telah suka dan berkenan pada 31 Disember 2023 melantik, mengurniakan dan menggelar suri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che Puan Mahkota Khaleeda binti Bustamam atau versi Inggeris, ‘Her Highness Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam’,” titah Baginda dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook rasmi semalam.
Terdahulu, pada 23 Mac 2021, Che’ Puan Mahkota Khaleeda menerima gelaran Che’ Puan Besar daripada Sultan Ibrahim.
Che’ Puan Mahkota Khaleeda dilahirkan di Kuala Lumpur pada 16 Julai 1993 selamat diijab kabul dengan Tunku Ismail di Istana Bukit Serene pada 24 Okt 2014.
View this post on Instagram
A post shared by YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam (@ymchepuankhaleeda)
Pasangan diraja itu kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua puteri dan dua putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Zahrah Zarith Aziyah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ride Kayangan, Harga Rakyat! Jom Naik Helikopter Keliling KL Di Bawah RM300

Jika dahulu, helikopter seringkali dianggap sebagai medium pengangkutan yang dikhususkan buat golongan VIP dan pemimpin yang perlu ke merata-rata tempat dalam masa yang singkat.
Namun kini tidak lagi apabila banyak syarikat di seluruh dunia yang mula menawarkan perkhidmatan menaiki helikopter bagi menikmati pemandangan bandaraya pada harga yang berbaloi.
Korang tahu tak, Kuala Lumpur juga sudahpun mempunyai perkhidmatan sedemikian rupa!
Impian menaiki helikopter ini telah direalisasikan baru-baru ini oleh syarikat penerbangan yang bary ditubuhkan oleh usahawan Melayu muda yang dikenali sebagai MIHARA Aviation.
Misi MIHARA Aviation untuk menyediakan perkhidmatan pesawat ringan terbaik di rantau ini agar semua orang berpeluang untuk terbang dengan helikopter baru-baru ini tercapai juga menerusi pelancaran yang dilakukan di The Mines Resort & Golf Club.
REMAJA turut berpeluang untuk mengalami sendiri perasaan menaiki helikopter mengelilingi kawasan Seri Kembangan dan bandaraya Kuala Lumpur.



Pengalaman selama enam minit di ruang udara itu membolehkan kami menikmati pemandangan Bukit Jalil, Serdang dan Seri Kembangan. Turut serta di dalam helikopter tersebut ialah tiga selebriti jemputan iaitu Kamal Adli, Aprena Manrose dan Wanna Ali.

“Saya gayat sebenarnya, sangat-sangat takut (dengan ketinggian). 50-50 lah, enjoy tetap enjoy tapi pada masa yang sama tetap ada rasa takut,” ujar Aprena. “Apa yang membuatkan saya dapat atasi ketakutan itu adalah disebabkan kaptennya yang mengemudi helikopter dengan stabil, relaks dan tidaklah terlalu tinggi.
“Kalau korang yang nak cuba, boleh sahaja ke The Mines Resort & Golf Club ini. Memang berbaloi untuk enam minit dengan harga promosi sekarang,” kata Aprena.
Bagi Kamal pula, biarpun sebelum ini pernah menaiki helikopter tetapi ini merupakan kali pertama dia merasai pengalaman ini di Kuala Lumpur.
“Dua kali dapat terbang dan pusing Kuala Lumpur untuk melihatnya dari atas. Rumah saya pun nampak dari atas tadi. (Ketawa) Tanpa promosi ini pun sebenarnya korang sudah mampu untuk naik, inikan pula dengan harga promosi pada bulan Disember ini,” katanya.



*
REMAJA sempat menemui Ketua Pegawai Eksekutif MIHARA Aviation, Puan Aishah Radhuah Binti Adanan untuk mengambil tahu dari mana sebenarnya idea servis pengangkutan udara seperti helikopter ini datang.

“Idea asal tercetus semasa saya berada di Tanah Suci. Golongan jemaah bersama saya pada masa itu terdiri daripada golongan usahawan dengan perniagaan luar biasa.
“Saya melihat idea perniagaan pengangkutan awam ini adalah sesuatu yang jarang ditawarkan di Malaysia,” kongsinya pada pelancaran berkenaan.
“Bagi pakej helicopter ride ini, kita menyediakan tiga buah helikopter. Kita juga mempunyai pesawat fixed wing untuk disewa dan tidak lama lagi, kami juga akan menyediakan jet peribadi. Sekiranya permintaannya meningkat, kami pasti akan menambah lagi jumlah pengangkutan awam ini,” kata Aishah.
Tambah menarik, MIHARA Aviation juga dimaklumkan bakal menambah cabang pengangkutan lain sekiranya terdapat permintaan daripada rakyat Malaysia
“Tidak lama lagi, kami bercadang untuk membuka peluang kolaboratif bersama ekspo-ekspo tempatan bagi memudahkan orang ramai mencuba pengalaman menaiki helikopter.
“Selain itu, bagi mereka yang inginkan perkhidmatan private chartered, fotografi perkahwinan, pelancaran produk, penggambaran dan lain-lain perkhidmatan juga boleh menghubungi kami. Kami terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak bagi merealisasikan impian mereka pula semudah melakukan booking di laman web atau menghubungi kami di nombor WhatsApp tertera,” simpul Aishah.
So guys apa tunggu lagi? Kejar peluang untuk menaiki helikopter sepanjang bulan Disember ini pada harga promosi serendah RM298 seorang.
Dibuka pada setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang, mereka menyediakan lebih daripada 20 slot penerbangan yang boleh ditempah di laman web MIHARA Aviation.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Resipi Mudah Susu Strawberi Korea Dengan Jeli Confirm Bikin Terliur

Isi Kandungan
ToggleMenikmati minuman manis (sejuk pula) saat berbuka puasa sememangnya memberi kepuasan tatkala seharian menahan haus. Jika ke bazar Ramadan, jualan minuman pastinya ‘menangkap’ perhatian pengunjung kerana warnanya yang menarik disertai dengan ketulan ais.
Kali ini, kami nak kongsikan dengan korang antara minuman yang boleh dibuat sendiri untuk berbuka puasa nanti. Paling penting, resipinya mudah dan senang untuk disediakan.
Jom kita lihat resipi minuman susu strawberi Korea dengan jeli yang telah dikongsi oleh @cookingwithel
Bahan-bahan:
– 28 biji strawberi dicuci bersih
– 130 gram gula (ikut kehendak korang)
– Air lemon (jika mahu)
– Jeli strawberi
– Susu full cream
– Ais
Cara menyediakan:
1. Blender kasar strawberi
2. Kemudian, masak strawberi dan gula sehingga likat
3. Setelah masak, tuang adunan tersebut dalam gelas, masukkan jeli dan ais, seterunya tuang susu secukupnya
Note:
– Korang juga boleh menggunakan minuman yogurt bagi menggantikan susu full cream
– Minuman ini lebih sedap sekiranya korang simpan di dalam peti ais semalaman kerana ia akan jadi lebih creamy dengan gabungan strawberi dan susu itu. Jika korang sejukkan di dalam peti ais, sewaktu nak minum barulah minuman ini diletakkan ais
Hm, tengok pun dah sedap. Selamat mencuba!
Sumber: (1)
Tak Payah Bazir Beli Baru, Ini Cara Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika

Seterika lama biasanya mempunyai kesan hitam atau hangus pada bahagian bawahnya. Malah, kerja menggosok jadi tak lancar dan paling tak best seterika sebegini juga akan meninggalkan kerak hitam halus pada baju yang sedang digosok.
ARTIKEL BERKAITAN : 9 Cara Hilangkan Kedutan Pakaian Tanpa Diseterika
Kesan hangus ini juga sukar dihilangkan walau dikikis. Tapi perkongsian Achai Wong memberikan cara mudah untuk kita membersihkannya.
Tak perlu beli bahan pencuci khas, caranya hanya menggunakan Panadol. Hasilnya memang berkesan.
Cuma gosok Panadol pada seterika
- Panaskan seterika dan basahkan Panadol.
2. Kemudian gosok Panadol yang dibasahkan tadi pada permukaan seterika yang ada kesan hitam. Gunakan alat yang sesuai supaya tidak terkena seterika panas.
3. Semasa menggosok Panadol ini, akan berlaku tindak balas yang menghilangkan kesan hitam.
4. Kemudian lap permukaan seterika dan hasilnya kesan hitam dah hilang.
Hasilnya, dah bersih!
Selamat mencuba!
Sumber: Achai Wong