Walaupun tahun ini Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak menghantar jemaah Haji masing-masing ke Tanah Suci — namun ibadah Rukun Islam ke-5 itu tetap diteruskan bagi jemaah Haji Arab Saudi dan negara yang dibenarkan.
Bulan Zulhijjah merupakan antara bulan yang paling istimewa bagi umat Islam. Terdapat banyak kelebihan padanya yang tidak dijumpai pada bulan lain. Salah satu daripadanya adalah Hari Arafah, iaitu yang disambut pada setiap 9 Zulhijjah setiap tahun.
Memang begitu banyak kelebihan Hari Arafah yang disambut setiap 9 Zulhijjah ini, iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha.
1. SEBAHAGIAN DARIPADA RUKUN HAJI
Pentingnya Hari Arafah adalah ia merupakan sebahagian daripada Rukun Haji.
Ibadah ini juga sangat signifikan dan adalah puncak berkumpulnya seluruh jutaan jemaah Haji dari segenap pelosok dunia.
Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda:
الحَجُّ عَرَفَةُ
Maksudnya: “Haji adalah Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (814)]
2. HARI KESEMPURNAAN AGAMA
Di Arafah inilah Rasulullah telah menyampaikan khutbah wada’ atau khutbah perpisahan. Ia digelar ‘perpisahan’ kerana tidak lama setelah menyampaikan khutbah tersebut, Baginda pun wafat.
Ads
Pada ketika itu, telah turunnya surah al-Maa’idah ayat ke-3 sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Rasulullah SAW:
Maksudnya: “..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” [Al-Maa’idah: Ayat 3]
3. HARI ARAFAH ADALAH HARI RAYA BUAT UMAT ISLAM
Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum”. [Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]
4. HARI ARAFAH ADALAH HARI PENYAKSIAN
Hari Arafah turut digelar sebagai hari penyaksian kerana pada hari tersebut, Allah mengambil perjanjian setia daripada zuriat Nabi Adam sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
Ads
“Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia di Arafah daripada zuriat yang berada dalam tulang belakang Nabi Adam, dan mengeluarkan zuriat itu dihadapannya seperti biji-bijian, kemudian Allah berkata kepada mereka dengan firmanNya, “Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab : Benar (Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi”, yang demikian itu supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak : “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.” [Riwayat Ahmad]
5. DOA PALING MUSTAJAB PADA HARI ARAFAH
Arafah dikenali sebagai tempat berdoa paling mustajab dan di situlah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa. Menurut sumber, ada juga pendapat lain mengaitkan wukuf dengan wahyu yang diterima Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail.
Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]
6. GANJARAN PUASA ARAFAH
Ads
Berpuasa pada Hari Arafah adalah sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji. Ia adalah peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan kerana ganjaran puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]
7. HARI KEAMPUNAN
Ambillah peluang untuk bertaubat dan memohon ampun sebanyak-banyaknya kerana Hari Arafah adalah hari pelepasan dari api neraka. Pada hari ini, keampunan dari Allah terbuka luas.
Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah”. [Riwayat Muslim (2402)]
Selain itu, ibadah wukuf di padang Arafah simbolik dengan peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga setelah terpedaya dengan tipu daya Iblis. Mereka memohon ampun daripada Allah selama bertahun-tahun dan akhirnya berjumpa semula di Jabar Rahmah selepas 40 tahun terpisah.
So, korang wajib setkan dalam reminder korang dan rebutlah kesempatan ini agar kita tak terlepas untuk memperbanyakkan amalan pada hari tersebut.
Moga-moga artikel ini memberi manfaat kepada semua dan Allah memberi kita kekuatan dan kemudahan agar dapat melaksanakan amalan dengan tekun dan istiqamah.
*Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan, Utusan
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Syukur Alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai yang tidak lekang membantu, dana Adik Naail dah cukup!
Tidak terlepas juga, usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad merupakan individu terakhir sebagai penyumbang bagi melengkapkan jumlah RM9 juta yang diperlukan bagi membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1, Wan Muhammad Naail atau Naail.
Menerusi perkongsian di Instagram milik ibu bayi itu sendiri, Raihan Aminz, dana sebanyak RM9 juta itu sudah pun mencukupi bagi cahaya matanya itu untuk menjalani rawatan suntikan Zolgensma.
Menerusi perkongsian itu juga, tertera nama bapa kepada dua cahaya mata itu serta seorang individu yang juga usahawan terkenal, Ayuni yang menjadi dua penderma terakhir bagi mencukupkan kutipan dana yang telah digerakkan oleh badan amal Misi Rakyat.
Terdahulu, usahawan dan pelakon terkenal, Fattah Amin telah berkongsi mengenai masalah kesihatan anak saudaranya, Naail yang menghidap penyakit jarang jumpa, (SMA) Type 1.
Difahamkan, kos rawatan bagi penyakit tersebut mencecah RM9 juta dan gambar yang dikongsikan Fattah menerusi Instagram adiknya, Raihan Amin, jelas dilihat Naail sentiasa memerlukan alat bantuan pernafasan untuk terus bernyawa.
Berdasarkan maklumat yang diberi Raihan, penyakit tersebut menyebabkan otot-otot adik Naail semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru menyebabkan Naail terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pempengaruh @ceddyornot atau Ceddy Ang baru-baru ini berkongsi sebuah video mengenai pendapatnya apabila ada segelintir individu yang meminta dirinya untuk mendengar dan memahami terlebih dahulu isu hangat yang sedang terjadi antara Palestin dan Israel.
Ceddy berkata, dia tidak boleh nak mendengar penjelasan dari kedua-dua negara selepas melihat dengan jelas rakyat Israel boleh bersuka ria, menari seperti badut dan menghancurkan beberapa bekalan yang diberikan. Sementara, rakyat di Palestin ramai sengsara, dibunuh, dan terpaksa menjalani hidup yang sukar akibat serangan Zionis Israel.
“I don’t want to listen to both sides. In fact I’ve tried” – @ceddyornot
“Sangat susah untuk saya untuk cakap semua ini baik-baik saja”
“Tahu tak bila masa yang awak boleh dengar dari dua pihak? Bila kawan atau orang tersayang awak tengah gaduh manja, bukan yang gaduh ganas tu ok. Tapi bila mereka datang mengadu masalah. Itu barulah awak boleh dengar dari dua pihak”
Menurutnya isu yang menimpa rakyat Palestin itu adalah termasuk dalam isu hak asasi manusia. Jelasnya lagi, sudah terang lagi bersuluh sudah ramai yang ditindas, bekalan bantuan disekat dan tidak sampai, malah mereka juga dihalau dari tanah air sendiri.
Tambah Ceddy, “Adakah saya patut buat macam ni… Oh tengok orang di Rafah, tapi awak tahu tak? Jom tengok Israel macam mana pula? tak!”
Ceddy yang lebih dikenali sebagai CEO of Eating di media sosial itu tetap dengan pendiriannya. Dia juga menasihatkan agar lebih ramai lagi usahawan di negara ini menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai mengenai isu yang berlaku di Rafah.
Jelasnya lagi, isu ini sudah semakin tidak terkawal dan jika orang-orang seperti Israel boleh melakukan sesuka hati mereka. Adakah kita sanggup menanggung akibat seterusnya dan apakah kita yakin satu hari nanti negara kita terlepas dari hal sama yang berlaku kepada Palestin seperti saat ini.
“So all eyes on Rafah and from the river to the sea, Palestine will be free” – Ceddy Ang
Sementara itu di ruangan komen, beberapa rakan selebriti dan pempengaruh turut bersetuju dan menyokong kelantangan Ceddy menyuarakan isu ini
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas 11 hari bertarung nyawa selepas koma pada 12 Oktober lalu, seorang anggota maritim berpangkat Letftenan Muda (Maritim), Mohamad Ikmal Ibrahim disahkan meninggal dunia akibat virus zika hari ini. Sebelum disahkan meninggal dunia, arwah terlebih dahulu mengalami cirit birit dan muntah-muntah sebelum dikejarkan ke hospital.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian melibatkan arwah Mohamad Ikmal mencatatkan kematian pertama virus zika di negara ini bagi tahun ini. Jelas beliau lagi, pihaknya masih melakukan siasatan bagaimana pesakit berusia 30 tahun itu boleh mendapat jangkitan itu, termasuk pergerakan dan perhubungan mangsa serta sama ada ia berkaitan dengan jangkitan lain terhadap pesakit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Berita Harian melaporkan, Mohamad Ikmal Ibrahim disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung pada jam 4.45 pagi, selepas dirawat di hospital berkenaan sejak 12 Oktober lalu. Mohamad Ikmal adalah mangsa pertama meninggal dunia akibat virus Zika di negara ini tahun ini dan kes kesembilan dilaporkan sejak empat tahun lalu yang mana lapan kes berlaku pada 2016.
Allahyarham yang bertugas di Kapal Maritim (KM) Nusa Maritim Terengganu meninggalkan seorang balu, Siti Salbiah Roslie yang bertugas di Rejimen Askar Jurutera Diraja. Kes pertama jangkitan Zika yang direkodkan di negara ini membabitkan seorang wanita berusia 58 tahun di Bandar Botanic, Klang pada 1 September 2016.
Dua hari kemudian, satu lagi kes dicatatkan membabitkan seorang lelaki berusia 61 tahun di Likas, Kota Kinabalu, Sabah, yang kemudian meninggal dunia pada hari sama akibat komplikasi jantung. Dr Noor Hisham berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya sejurus mendapat laporan penuh mengenai kematian mangsa.
Kenapa virus zika berbahaya?
Ramai yang sedar akan bahaya gigitan nyamuk aedes kerana ia membawa kepada punca demam denggi. Malah nyamuk eades juga membawa kepada penyakit chikugunya. Namun mungkin kita kurang sedar akan bahaya ZIKA yang turut berpunca dari gigitan nyamuk Aedes.
Bagaimana penyakit membawa maut ini dapat dikesan?
Pada awalnya, pesakit akan mengalami ruam dengan dua atau lebih gejala lain iaitu demam, sakit badan, sakit sendi, sendi bengkak atau mata kemerahan. Malah air yang bertakung di musim-musim hujan juga boleh membawa kepada pembiakan nyamuk Aedes jika tidak dibersihkan.
Menurut Wikipedia, demam zika juga dikenali sebagai penyakit virus Zika, merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus Zika.
Secara amnya, simptom adalah tidak teruk dan berlanjutan selama kurang daripada tujuh hari. Setakat tahun 2015, kematian tidak berlaku semasa jangkitan awal. Jangkitan sudah dikaitkan dengan sindrom Guillain-Barré.
Demam Zika umumnya merebak melalui gigitan nyamuk jenis Aedes. Ia juga mungkin boleh merebak melalui hubungan seks dan pemindahan darah.[4] Penyakit ini boleh tersebar melalui ibu-ke-anak di dalam rahim dan menyebabkan mikrosefali.[1][2] Diagnosis dilakukan dengan menguji darah, air kencing, atau air liur untuk RNA virus apabila seseorang itu sakit.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...