Isu Ayam Berulat! McDonald’s Nak Saman Pada Gadis & Netizen Beri Komen Buruk?

Share

Haih, menjawablah nanti.

Seram jugak bhai.

Inilah orang kata, hati-hati menulis di media sosial. Tak kira apa saja niat korang tapi ia mungkin membawa padah.

Sebentar tadi, di bebenang twitter, McDonald’s Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan isu ayam goreng keluaran mereka yang berulat dan tular di media sosial hingga menjejaskan nama baik restoran makanan segera tersebut.


.

Dalam satu kenyataan, Mc Donald’s Malaysia berkata, kami telah merujuk kepada beberapa artikel media dan komen yang berlegar di media sosial mengenai seorang netizen yang membuat dakwaan palsu mengenai makanan kami.

Pada era hari ini di mana setiap individu mempunyai suara di platform media sosial, kami menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan kandungan yang dikongsi di media sosial agar tidak ada reputasi yang akan terjejas disebabkan dakwaan yang tidak berasas dan tidak sahih. Lebih penting lagi usahlah menyebarkan ketakutan dan kebimbangan yang tidak wajar di kalangan netizen.
Di Mc Donald’s Malaysia kami sangat mementingkan keselamatan dan menitikberatkan kawalan kualiti di mana kami mematuhi standard penyediaan makanan yang ketat.

Kami sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk pelanggan kami di seluruh negara dan kami menggesa pelanggan dan orang ramai amnya supaya merujuk kepada saluran rasmi syarikat kami bagi mendapatkan sebarang penjelasan di masa hadapan.

McDonand’s Malaysia kini mendapatkan nasihat perundangan untuk merujuk netizen terbabit serta mereka yang telah menyiarkan semula atau menerbitkan semula artikel itu ke muka pengadilan. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil Tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang terhadap mereka yang cuba merosakkan reputasi kami.

Harap doalah bebanyak bagi yang komen keterlaluan itu ya. Itulah kata orang, fikir dulu sebelum bertindak.

Published by
Almaswa Haji Che Ros