Hangat diperkatakan baru-baru ini di media sosial apabila seorang pakar nefrologi menegur menu masakan yang dikongsi oleh pempengaruh terkenal, Khairul Aming kerana penggunaan minyak berlebihan dalam klip masakan sambal hijau yang dikongsi oleh beliau, Jumaat lepas.
Artikel Berkaitan: Jualan Sambal Nyet Cecah RM21.5 Juta, Khairul Aming Antara Usahawan Muda Beri Inspirasi Ramai
Tangkap layar resipi sambal hijau yang dikongsi Khairul Aming di laman Twitter.
Ketika berkongsi video Khairul Aming pada Sabtu lepas, beliau memberi komen bahawa hidangan itu terlalu berminyak dan boleh membahayakan kesihatan orang ramai.
Salam KhairulAming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. TK. https://t.co/vIjsh4lmTV
— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) April 1, 2023
“Salam KhairulAming, Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum,” katanya di laman Twitter.
Kenyataan Dr Rafidah itu bagaimanapun tidak disenangi netizen. Ramai yang berpendapat bahawa tanggungjawab kesihatan tubuh badan bukan terletak di tangan Khairul Aming namun pada empunya badan sendiri yang perlu sedar akan nilai kalori pada juadah berbuka masing-masing.
@khairulamingTerima kasih kepada semua yang bagi feedback. Just nak share sedikit sebanyak pendapat mengenai isu ini dari saya seorang Malaysian yang obese dan juga seorang food content creator 🙏🏻♬ original sound – Khairulaming
Ikutan isu tersebut, usahawan sambal itu tampil memberi pendapat dan penjelasan menerusi laman media sosialnya. Dia bersetuju bahawa kesihatan merupakan perkara yang perlu diutamakan namun demi memastikan warganet lebih jelas dengan situasi dari pihaknya, beliau berkongsi dua perspektif.
Perspektif yang pertama merupakan pandangan dari dirinya sendiri sebagai seseorang yang obese dan sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.
Sebelum ini, usahawan itu ada berkongsi perjalanan beliau dalam menurunkan berat badan di akaun @amingnaksihat
“Saya still eat clean setiap hari tapi pada masa yang sama, saya turut menikmati makanan Malaysia yang sedap. Makanan kita sedap, rugi kalau tak makan sebenarnya. Cuma kita kena kawal porsi,” ujarnya di laman TikTok.
Manakala perspektif kedua merupakan pandangan dari seorang food content creator.
“Kita boleh kurangkan minyak namun resepi tersebut akan jadi kurang sedap. Kalau kita nak sambal yang sedap, kita kena gunakan minyak yang banyak untuk bagi ianya pecah minyak.
Khairul Aming juga merupakan usahawan berjaya dengan produknya, Sambal Nyet.
Tambah beliau lagi, proses masakan yang ditunjukkan turut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warganet akan kandungan bahan seperti gula dan minyak yang digunakan dalam proses menyediakan sesuatu juadah agar mereka lebih cakna dalam membuat pilihan.
“Kalau saya ubah resepi tu dan kemudian ianya jadi kurang sedap, warganet akan kutuk saya balik. Saya tak boleh menang dalam situasi ini,” tambah beliau lagi.
Akhir kata, usahawan muda itu menekankan bahawa orang ramai perlu mengamalkan konsep suku-suku separuh dalam hidangan untuk memastikan kesihatan terjaga.
BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Khairul Aming, Shopee